“Aih,tak okey jugak?” Sudah penat Azmir melayan kerenah kawan baiknya yang seorang ni. Hazlami hanya menggeleng sambil menjuihkan bibirnya.
“Aku dah cakapkan dengan kau yang tart telur
ni mesti tak okey punya!” Arif tersenyum sumbing. Azmir menjungkitkan bahunya.
“Mi,cuba kau cakap dekat aku tart telur yang
macam mana kau cari? Semua yang kami beli tak berkenan dekat kau.” Azmir mula
bersandar di sofa yang sedang didudukinya. Ruang pejabat Hazlami yang luas
serta kemas membuatkan sesiapa saja yang bertandang pasti akan selesa.
Biasalah,Hazlami kan seorang pengurus syarikat yang cerewet!
“Aku nak tart telur yang macam umi aku
buat.” Hazlami meletakkan semula tart telur yang baru sekali digigit itu.
“Laa..kalau macam tu suruh ajelah umi kau
buat.” Arif memberi cadangan. Kedengaran keluhan dari mulut Hazlami.
“Masalahnya,takkan
aku nak balik kampung tiap-tiap hari. Lagi satu,kalau aku kahwin,takkan aku nak
harapkan umi aku lagi.” Terang Hazlami.“Kau ni pun macam samdol. Nama aje pengurus syarikat. Tapi perangai rupa ketua kelas budak-budak tadika. Tahu tak?” Azmir mula bising.
“Lagi satu,siapa suruh hari-hari kau nak makan tart telur. Cubalah minat dekat benda lain. Roti ke,karipap ke,boleh terima lagi. Adoyai!” Arif menepuk dahinya. Mempunyai teman seorang seperti Hazlami sudah cukup membuat kepalanya pening. Kalau cakap lebih-lebih nanti,mulalah terasa hati. Mengalahkan perempuan!
“Dah lah,kalau korang penat nak tolong cari, biar aku cari sorang.” Rajuk Hazlami mula bertandang. Azmir dan Arif berpandangan. Kan dah kata! Dah mula lah nak merajuk tu. Desis hati Arif.
“Iyelah-iyelah. Kau ni kalau merajuk kalah perempuan.” Azmir mengalah. Hazlami tersenyum kemenangan. Dia menghirup air yang masih belum sedikit pun terluak.
“Sab nak pergi mana tu?” Mariam memandang adik sepupunya yang sudah sedia hendak keluar dari kedai roti dan keknya. Dia mengambil Sabrina bekerja dengannya setelah gadis itu tamat belajar.
“Nak cari barang sekejap. Nanti Sab baliklah semula. Okey bye Kak Mary.” Sabrina tersenyum. Dia pantas keluar sambil membetul-betulkan topinya. Wajahnya yang putih mulus serta bibir merah bak delima membuat ramai lelaki tertawan. Tetapi siapa sangka gadis sepertinya bukan gadis biasa. Sabrina lebih senang dengan perwatakan tomboynya.
Sabrina terus masuk ke dalam sebuah kedai
serbeguna. Dia pergi kebahagiaan yang menempatkan berpuluh-puluh bar coklat.
Dia mencapai dua bar coklat di tingkat yang sama. Ketika sedang memilih coklat
lain,dia telah dilanggar oleh seorang lelaki sehingga dia jatuh terduduk.
Sabrina menyeringai. Dia membuka topinya untuk melihat lelaki yang melanggarnya
dengan lebih jelas. Hazlami menjadi serba salah. Dia segera membantu Sabrina
bangun.
“Kau buta ke apa?
Orang mata dekat kepala,kau mata dekat mana? Dekat punggung?” Marah benar
Sabrina pada Hazlami. Hazlami pula kehilangan kata. Apa tidaknya,terkejut
kerana gadis secantik Sabrina garang macam singa kelaparan.
“Sorry cik. Saya salah.” Hazlami
akhirnya menuturkan maaf. Sabrina mendengus geram. Dia tunduk membongkok untuk
mengambil bar-bar coklat yang turut sama jatuh tadi.
“Menyampah! Sesedap
rasa aje mintak maaf. Kau ni nampak aje macam berpelajaran. Tapi nak jalan pun
tak reti.” Sembur Sabrina lagi. Marahnya semakin membuak. Hazlami yang sedari
tadi menahan geram mula merasa marah.“Aih cik adik,ni sudah melebih. Aku dah mintak maaf kau pulak nak marah lebih-lebih. Bukannya cedera. Kecoh aje lebih perempuan ni.” Hazlami menghamburkan katanya. Mata Sabrina dijegilkan. Geram dengan lelaki yang berani menlawan katanya.
“Ikut suka aku lah. Diri aku. Dah memang betul aku patut marah sebab orang macam kau. Idiot!” Sabrina dengan selamba menyebut perkataan akhir dihujung katanya. Hazlami menahan marah. Sabrina kelihatan meletak semula coklat-coklatnya. Dia segera keluar. Hazlami mula memandang ke kiri dan ke kanan untuk mencari ruang kosong di rak yang ada di situ. Dia meletakkan barang-barang yang telah di ambilnya. Dia kemudian terus keluar tanpa menghiraukan pandangan pemilik kedai itu. Di luar,dia mencari kelibat Sabrina.
“Mak aih,cepatnya hilang. Alien ke
apa perempuan ni?” Hazlami membebel sambil bercekak pinggang. Dalam saat dia
berdiri di tempat yang sama sambil mencari kelibat gadis yang baru ditemuinya
itu,dia merasakan kaki seluarnya basah. Dia melihat ke arah kakinya. Kelihatan
seekor kucing sedang sewenang-wenangnya kencing di kaki seluarnya. Cepat-cepat
dia berganjak. Ketika itu dia terlompat sedikit.
“Peerrgghh!! Hampeh
punya kucing. Dia ingat aku ni toilet ke apa. Adoyai,habis seluar aku.
Ni perempuan tu punya pasal lah. Dasar perempuan gila pembawa malang!” Hazlami
terus melangkah ke keretanya yang tidak berapa jauh di situ. Dia akhirnya terus
meninggalkan tempat itu dengan perasaan marah.
Sementara itu Sabrina yang dalam perjalanan
hendak ke kedai roti dan kek Mariam masih lagi marah-marah. Ada saja ayat yang
tidak sedap didengar keluar dari mulutnya. Ketika dia sedang membebel seorang
diri,tanpa di sedarinya dia telah terpijak tahi kucing. Ketika itu barulah dia
berhenti bergerak apabila merasa sesuatu di tapak kasutnya. Dia mengangkat kaki
kirinya dan serta-merta semerbak bahu busuk menyengat ke dalam rongga
hidungnya.
“Aiya! Ni marahkan
mamat sewel tu lah. Ish,dia ni memang bawak petaka dekat akulah. Habis kasut
baru aku.” Sabrina masih melemparkan kata. Dia mempercepatkan langkahnya.Setelah sampai di hadapan kedai Mariam,dia menjengahkan kepalanya ke dalam. Keadaan lengang. Dia melangkah masuk dengan kasut di tangan dan berkaki ayam kerana khuatir jika tahi kucing yang ada di tapak kasutnya boleh ‘tertinggal’ di dalam kedai itu. Mariam yang baru keluar dari dapur hairan melihat gelagat adik sepupunya itu.
“Haa..Sab,kenapa tak pakai kasut?” Tegur
Mariam. Sabrina mendengus apabila sudah ‘tertangkap’ dek Mariam.
“Kasut Sab ada tahi
kucing lah. Sab tak nak kedai akak ni kotor,tu pasal Sab tanggalkan kasut ni.
Ni semua berpunca daripada mamat sewel yang bawak petaka dekat Sab. Menyakitkan
hati aje.”“Jangan nak menyalahkan orang aje. Sab yang cuai,orang lain pulak yang kena. Sab pakai kasut ke tak,sama aje. Sab tetap kena lap lantai tu. Sebab memang rutin harian Sab kan.” Mariam sibuk mengemas kaunter pembayaran yang sedikit bersepah itu. Sabrina mengeluh dan hanya menurut kehendak Mariam.
Hazlami berhenti di hadapan gerai kecil Kak Saleha untuk membeli sarapan paginya. Dia selalu juga membeli di situ dan bawa ke pejabat. Orang bujang katakan.
“Hai Mi,berseri muka pagi ni akak tengok. Dah jumpa ke tart telur idaman kamu tu?” Tegur Kak Saleha.
“Tak lagi lah kak. Susah betul nak cari. Macam nak cari calon isteri pula.” Rungut Hazlami. Dia menyambut pembeliannya yang dihulurkan oleh Kak Saleha. Kak Saleha ketawa perlahan.
“Mi ni macam budak-budak pulak akak tengok. Ni,akak dengar kedai roti dan kek dekat dengan syarikat tempat Mi kerja tu boleh tahan roti-roti dan keknya. Cuba Mi cari dekat sana tart telur Mi tu.” Cadang Kak Saleha. Hazlami berfikir sejenak.
“Kedai yang mana kak?” Hazlami tampak berminat.
“Mary Bakery.” Jawab Kak Saleha.
Hazlami
memarkir keretanya di hadapan Mary Bakery. Kedai yang berwarna putih dan
digabungkan dengan warna merah jambu tampak sedap mata memandang. Apatah lagi
dekorasi ala-ala kedai roti dan kek di negara orang putih. Melangkah saja
masuk,bau roti yang masih hangat membuat Hazlami terliur. Keadaan kedai yang
tersusun kemas dan terang dari sudut pencahayaan pasti membuatkan ramai
pelanggan tidak ragu-ragu untuk membeli di situ. Ternyata keputusannya untuk
membeli tart di situ sebagai makan tengah hari tidak salah.
Dia berjalan di
deretan rak-rak roti yang disusun kemas. Roti-roti pula disusun di dalam bekas
khas sebelum diletakkan di atas rak-rak tersebut. Pelbagai jenis roti yang
menarik minat Hazlami. Dia mencapai dulang dan penyepit yang kebetulan
berdekatan dengannya. Dia mengambil seketul roti mentega yang masih panas
sebelum berjalan semula ke deretan rak roti yang lain. Dia akhrinya menemukan
apa yang di cari. Tart Telur!
“Aha! Jumpa pun. Harap-harap kali ni jumpa
lah tart yang aku cari.” Harapnya. Dia melangkah ke kaunter. Kelihatan kaunter
itu kosong. Matanya mencari-cari kelibat orang yang menjaga kaunter itu.
Matanya menangkap lonceng yang ada di sisi mesin duit. Dia menekan lonceng itu
sebanyak dua kali. Kelibat seorang wanita berblaus ungu berserta bunga merah
jambu datang menghampiri. Wanita itu tersenyum manis.
“Maaf ye dik. Akak
dekat belakang tadi.” Mariam memohon maaf.
“Eh,tak apa.” Hazlami tersenyum bersahaja.
“Adik pelanggan baru ye?” Mariam ramah
bertanya. Hazlami mengangguk.
“Iye. Ada sorang kakak ni,dia yang cadangkan
saya ke sini. Sebab tu saya datang. Katanya roti dan kek di sini sedap.”
Hazlami menghabiskan katanya sambil mengangkat ibu jari. Mariam tersengih
melihat gelagat anak muda di hadapannya.
“Ada-ada ajelah.
Nah,ni dia. Jual ye dik. Terima kasih.” Ucap Mariam.
“Saya beli kak. Sama-sama kasih.” Sambut
Hazlami. Dia senang dengan layanan Mariam yang ramah.
“Ouh,sebelum tu,
siapa nama akak?” Hazlami berpusing semula untuk bertanyakan nama Mariam.
“Nama akak Mariam. Tapi orang dekat sini
panggil Mary aje.” Mariam tersenyum manis sehingga menampakkan sebaris giginya
yang teratur dan putih.
“Ouh Kak Mary. Pemilik kedai ni lah ye? Saya
Hazlami. Panggil Mi aje. Baiklah kak,saya pergi dulu.” Hazlami memohon pergi.
Ketika dia keluar untuk pergi ke keretanya,bahunya dilanggar oleh seorang
gadis. Dompet yang di pegangnya jatuh ke dalam tong sampah yang kebetulan ada
di situ.
“Weyh,buta ke? Mintak
maaf tak ada apa tak ada. Main pakai jalan aje.” Hazlami marah. Tangannya
mengcapai dompetnya yang ada di dalam tong sampah itu. Nasib baik tong sampah
ni tak kotor. Dengusnya di dalam hati. Gadis itu menoleh dengan muka bengang.
Mereka sama terkejut.“KAU !!” Serentak Hazlami dan Sabrina bersuara. Sabrina berpatah kembali ke arah Hazlami yang masih berdiri terkejut.
“Kau ni perempuan gila yang aku jumpa hari tu kan? Eh,betul lah. Ohoho..weyh,kau ni memang bawak malanglah. Asal aku jumpa kau,mesti malang mendatang. Asal malang mendatang,mesti aku jumpa kau. Apa kes?” Hazlami meluah segala perasaan geramnya sejak beberapa hari yang lalu.
“Eh,siapa bawak malang hah!? Kau tu yang bawak petaka dalam hidup aku. Dasar sewel!” Marah Sabrina. Dia berpeluk tubuh sambil wajahnya di hadapkan ke arah lain.
“Ish,nasib kau perempuan. Tahu tak!?” Hazlami menahan marahnya. Geram melihat gelagat Sabrina.
“Kenapa? Kau nak pukul aku? Pukul lah. Aku tak heran. Kau ingat aku takut?” Cabar Sabrina. Hazlami sudah mengangkat tangan. Dia benar-benar rasa tercabar. Belum sempat dia mengatur rancangan seterusnya,Sabrina terlebih dahulu menyepak kakinya.
“Ouch! Woi perempuan.” Sabrina sudah belari masuk ke dalam kedai kek Mariam. Hazlami menyangka Sabrina mahu membeli sesuatu di dalam kedai itu. Jadi,dia mengambil keputusan untuk menunggu. Setelah setengah jam tidak kelihatan bayang Sabrina,Hazlami memutuskan untuk kembali ke pejabat.
“Sah perempuan ni lari!” Rungutnya sendiri.
Hazlami melabuhkan punggungnya di atas sofa di ruang tamu rumahnya. Dia baru saja selesai makan malam. Dia mengcapai remote control yang ada di atas meja kopi di hadapannya. Siaran langsung berita jam 8 malam sedang berlangsung.
Sedang dia menonton berita di televisyen itu,dia kembali teringat kepada tart telur yang dibelinya. Tart itu sudah selamat di dalam perutnya. Dia tersenyum.
“Betul cakap Kak Saleha. Tart tu lah tart yang aku cari selama ni. Hrmm..aku kena cari siapa pembuatnya! Indahnya bila impian aku dah tercapai.” Hazlami bercakap sendiri sambil tersenyum. Bayang tart telur yang dibelinya siang tadi masih segar di ingatan. Namun,pantas lamunan itu dicantas oleh bayang wajah Sabrina yang garang tetapi manis.
“Cehh! Kenapa lah muka perempuan gila ni boleh masuk dalam kotak fikiran aku. Syuuuhhh!!” Hazlami merungut sendiri. Tanpa sedar dia membaling bantal kecil ke arah muka pintu. Di saat itulah Azmir dan Arif yang baru masuk terkejut dengan ‘sambutan’ kepulangan yang mereka terima.
“Astarghfirullahhalazim..apa kena dengan kau ni?” Arif menunduk untuk mengambil bantal yang ada di hujung kakinya. Mereka berdua menuju ke arah Hazlami. Azmir sudah melabuhkan punggung di sisi Hazlami,manakala Arif pula duduk atas permaidani dengan kaki berlunjur.
“Kau ni bermasalah lah Mi. Masa tak dapat tart telur tu perangai gila kau tu ada,sekarang masa dah dapat pun ada lagi? Hantu mana lah yang tumpang dalam badan kau ni.” Rungut Azmir. Hazlami masih dengan muka selambanya.
“Tengok,dia still dengan muka
selamba dia. Teruk betul.” Arif mengcampakkan bantal yang ada di tangannya ke
muka Hazlami.
“Hish,korang ni.
Jangan kacau aku nak tengok TV boleh tak?” Marah Hazlami. Azmir tersenyum sinis
mendengar jawapan yang diberikan. Azmir terus bangun dan menapak ke tingkat
atas di mana terdapat bilik-bilik mereka. Arif pula sudah menghilang di dapur.Hazlami sibuk meninjau ke bahagian garam dan gula di Pasaraya Giant. Arif dan Azmir pula ke bahagian lain. Ketika dia tiba di situ,hanya tinggal sebungkus gula saja di situ. Segera dia berlari untuk mendapatkan gula itu.
Apabila tangannya sudah mencapai,ada juga
tangan lain yang turut mendarat disasaran. Mata mereka bertentangan. Sekali
lagi Hazlami dan Sabrina bertemu. Sabrina segera merampas bungkusan gula itu.
Hazlami yang melihat keadaan itu terus merebut bungkusan gula yang ada di
tangan Sabrina. Terjadilah adegan rebut-merebut gula di situ. Akibat daripada
sikap masing,bungkusan gula yang direbut mereka jatuh berderai. Mereka saling berpandangan
dan tidak mengakui kesalahan.
Sabrina terus
meninggalkan Hazlami. Hazlami yang melihat dirinya diletakan untuk
bertanggungjawab segera menurut langkah Sabrina yang terus keluar daripada
pasaraya itu. Lagipun,selamat juga mereka daripada abang guard atau
para pekerja pasaraya itu.Hazlami menghalang jalan Sabrina. Gadis itu menggumam marah. Di hatinya sudah meluap-luap rasa kemarahan itu. Hanya menunggu masa untuk meletus.
“Kau nak apa hah!?”
“Aku nak kau minta maaf.” Hazlami menutur
kata.
“Tak akan! Aku ulang
sekali lagi,tak akan!” Sabrina masih dengan keras kepalanya.“Kau ni sayang aje muka cantik tapi gila. Aku nak kau minta maaf juga.” Hazlami masih menuntut kemahuannya.
“Kau ni kan,dah lah sewel. Muka pulak macam jamban tak siap. Kalau orang macam kau,jangan harap aku nak minta maaf. Never ever and never!” Sabrina terus meninggalkan Hazlami yang tidak sempat berkata-kata. Tiba-tiba telefon bimbit Hazlami berdering. Dia terus menjawab panggilan tanpa melihat siapa pemanggilnya.
“Hah!? Nak apa? Yang kau kacau aku kenapa?” Kasar sekali suara Hazlami.
“Nak apa kau kata? Hoi,kau nak lari ek?
Pandai ye,tak nak bayar kau tinggalkan kami. Kau jangan makan!” Suara Azmir
kedengaran nyaring. Hazlami hampir terlupa tentang kawan-kawannya. Dia menepuk
dahi dan lantas mematikan talian.
“Mati aku.” Ujarnya
sendirian dan terus melangkah semula ke dalam pasaraya itu.Hazlami menapak masuk ke dalam Mary Bakery. Semerbak bau roti menerjah ke ruang ronga hidungnya. Air liurnya di telan perlahan. Dia menghadiahkan senyuman kepada Mariam. Sudah dua bulan dia ‘bersaudara’ dengan Mariam.
“Assalamualaikum kak.”
“Wa’alaikumussalam.
Awal datang pagi ni Mi.” Mariam tersenyum.“Mestilah awal. Saya takut nanti tart telur akak habis.”
“Mi jangan risaulah. Akak sentiasa simpan tart telur untuk Hazlami.” Mariam tertawa kecil sambil menampakan lesung pipitnya.
“Ouh ye kak,dah dua bulan saya ulang-alik ke kedai akak untuk beli tart telur ni. Tapi,sampai sekarang saya tak tahu siapa pembuatnya.” Terang Hazlami.
“Kenapa? Mi dah jatuh cinta dengan pembuatnya ke?”
“Eh,akak ni...kenal pun tidak macam mana saya nak jatuh cinta.” Hazlami hanya ketawa. Saat itu keluar seorang gadis daripada dapur. Mata bertentang mata sehingga membuatkan jantung kedua-duanya berdetak laju.
“Kau!!” Serentak Sabrina dan Hazlami bersuara.
“Eh,kamu berdua kenal ke? Hah Mi,ni lah pembuat tart telur yang Mi suka tu. Sab,ni lah Mi yang akak cerita tu. Sabrina ni adik sepupu akak.” Mariam ceria memberitahu.
“Kau pembuatnya? Err..kak,saya tak nak beli lagi dah. Entah-entah dia ada letak ramuan something dalam tart ni.” Hazlami membuat muka gelinya.
“Eh,mulut kau jaga sikit ek. Aku bukan macam tu lah! Ekeleh mamat sewel ni,banyak cakap pulak. Kalau kau tak nak beli sudahlah. Tak payah susah-susah aku nak kena buat tart telur ni banyak-banyak setiap hari.” Tempik Sabrina geram.
“Kalau aku tahu kau yang buat,sumpah! Mati hidup balik pun aku tak beli.” Setelah Hazlami menghabiskan kata-katanya dia segera berlalu keluar. Sabrina juga turut masuk ke ruang dapur. Mariam yang sedari tadi tidak mengeti apa-apa menggaru kepalanya.
“What?!Perempuan tu yang buat tart telur tu? Haha..nampaknya dia jodoh kau.” Azmir berseloroh. Arif pula seronok ketawa melihat gelagat Hazlami yang muncungnya sudah sedepa.
“Tak payah lah korang nak gelak-gelak. Aku cepuk sorang-sorang nanti.” Hazlami memberi amaran.
“Tenang lah weyh. Kau ni benda kecik macam ni pun nak ambik hati. Orang putih kata apa? Take heart. Hahahaha..” Arif pula bersuara. Hazlami menjeling tajam ke arah kedua-dua rakannya itu.
“Banyaklah kau punya take heart. Dah lah. Aku nak buat kerja ni. Melayan korang,satu kerja aku pun tak siap. Jadi,dengan segala hormatnya anda berdua dipersilakan keluar. Terima kasih.” Hazlami terus memandang komputer ribanya tanpa menghiraukan rakan-rakannya yang keluar dengan ketawa yang bersisa. Dia termenung seketika. Dalam otaknya terfikir dapatkah dia bertahan kalau tak makan tart telur kegemarannya itu.
Dua minggu masa berlalu. Keadaan Hazlami pula tidak tentu arah. Arif dan Azmir kusut melihatnya. Kalau di rumah,macam-macam gelagat Hazlami boleh dilihatnya. Sekejap menonggeng,sekejap terlentang dan sekejap meniarap. Macam orang putus cinta pun ada.
“Oi,Mi. Aku rasa lah kan,lebih baik kau pergi kedai tu beli tart telur yang dah buat kau macam ni.” Arif memberi cadangan pada suatu malam.
“Tak! Sekali aku cakap tak,sampai bila-bila tak.” Tegas Hazlami.
“Susahlah cakap dengan kau ni. Ego!” Azmir
mencelah. Matanya yang sedari tadi tertumpu kepada televisyen kini telah
beralih ke arah Hazlami.
“Tak payah cakap.”
“Menjawab!” Tepat bantal yang berada di
tangan Azmir mengena pada muka Hazlami.
“Lantak kau lah Mi. Kau tu dah besar
bukannya budak-budak lagi. Satu aje aku nak pesan,jangan sampai nanti kau
berputih mata. Aku masuk bilik dulu. Ooo..biar putih tulang,jangan putih
mata..”Arif bangun untuk melangkah masuk ke biliknya sambil menyanyikan
bait-bait lagu. Hazlami terdiam.
Hazlami berbelah bahagi ada sama mahu melangkah masuk atau tidak ke dalam Mary Bakery. Bau roti yang semerbak telah membuatkan Hazlami bertambah keliru.
“Aish,nak masuk ke tak ni?” Dia bersoal jawab sendiri. Langkahnya menjadi tidak sehaluan. Tiba-tiba Sabrina keluar dari kedai itu dengan membawa sebungkus plastik sampah. Matanya dengan mata Hazlami bertaut. Plastik sampah terlepas dari tangan. Dia terus berlari masuk ke dalam Mary Bakery. Tanpa berfikir panjang,Hazlami juga turut sama masuk.
“Eh,Mi. Apa khabar?” Mariam terkejut dengan kehadiran Hazlami.
“Baik. Ermm..kak,tart telur ada lagi?” Tanya
Hazlami. Mariam memandangnya tanpa berkelip.
“Tart telur? Dah tak ada lah Mi.”
“Awalnya habis.” Hazlami bernada kecewa.
Mariam merasa kasihan melihat wajah Hazlami yang kelihatan kusut.
“Bukan habis. Akak
memang dah tak jual.”
“Dah tak jual?? Tapi kenapa?” Wajah Hazlami
mula berubah.
“Sabrina tak nak buat
dah. Dia kata,asal dia buat tart tu je,dia nampak muka kamu. Lepas tu habislah
dapur akak dekat belakang tu. Geram punya pasal,tart-tart yang tak bersalah tu
yang kena.” Hazlami yang mendengar telan liur. Sampai begitu sekali Sabrina
geram dengannya.“Saya tak boleh tahan lah kak. Saya rasa bukan setakat tart aje saya suka. Saya rasa dengan tuan punya tart sekali saya suka.” Luah Hazlami. Tercengang Mariam mendengar. Tapi,jika diperhatikan keadaan Hazlami dan Sabrina,keadaan kedua-duanya juga sama. Emosi Sabrina agak kurang betul sejak dua menjak ni.
“Kak,mana saya boleh jumpa Sabrina?” Tanya Hazlami.
Di dapur Sabrina termenung panjang. Wajah Hazlami sering berlegar di ruang matanya. Dia meraup mukanya. Sekejap-sekejap pasti tangannya mengalihkan kedudukan topi di kepala. Keluhan berat sering terlepas dari mulutnya.
“Tak! Aku tak boleh jatuh cinta dengan mamat tu. Hish,Sab sedar lah yang mamat tu dah banyak menyusahkan hidup kau weyh.” Sabrina membebel sendirian. Dia menampar-nampar pipinya. Tiba-tiba Hazlami melangkah masuk ke ruang dapur yang membuatkan Sabrina menghentikan tindakannya. Dia menjadi kelu. Apa mamat ni nak pulak? Getus hatinya.
“Err..hai!” Tegur Hazlami. Sabrina sudah mencapai senduk kayu. Bila-bila masa saja dia boleh mengetuk Hazlami. Hazlami yang melihat tingkah Sabrina terundur ke belakang.
“Kejap..peace!” Ujarnya sambil mengangkat dua jari tanda pendamaian. Dia tersengih seperti kerang busuk. Sabrina tidak tahu apa yang telah mencuit hatinya telah terlepas tawa setelah melihat senyuman Hazlami. Hazlami tergamam.
“Betul gila minah ni.” Ujar Hazlami perlahan. Sabrina yang mendengar kembali dengan muka brutalnya.
“Kau nak cari pasal ek!?” Sergah Sabrina.
“Bukan. Aku datang nak cari kau.”
“Kenapa cari aku?”
“Sebab..”
“Apa!??!” Lantang suara Sabrina. Mariam yang
berada di kaunter turut terkejut. Terkulat-kulat Hazlami mahu menjawab.
“Sebab aku nak tart.”
Hanya itu yang mampu di tutur.
“Beli lah dekat kedai lain. Aku dah tak
buat.” Selamba jawapan Sabrina. Kepalanya di tunduk ke bawah. Tidak betah untuk
terus bertentang mata dengan Hazlami.
“Aku..aku nak tuan yang buat tart tu
sekali.” Hazlami takut-takut untuk bersuara. Bagai terkena renjatan
elektrik,Sabrina terus mendongak. Aku salah dengar ke?
“Hah!? Apa lah kau merepek ni? Ni mesti kes
banyak sangat makan tart. Sebab tu kepala pun dah teleng.” Ujar Sabrina. Dalam
hatinya hanya tuhan yang tahu. Hati sudah berbunga dengan bunga cinta.
“Aku serius lah! Kau boleh tak serius
sikit.” Pinta Hazlami. Mata Sabrina sudah merenungnya tajam. Dia melangkah ke
arah Hazlami dengan muka garang. Hazlami mula kalut.
“Habis kau ingat aku tak seriuslah? Kau tahu
ke apa yang ada dalam hati dan kepala aku sekarang? Kalau kau tak tahu aku
serius ke tak,jangan nak pandai-pandai arah aku. Bila aku dengan kau,aku
sentiasa serius. Kau faham? Kau ingat apa? Senang-senang kau nak sembur aku.
Dasar lelaki tak malu. Kau ingat aku tak nak kau ke?” Luah Sabrina geram hanya
dengan satu nafas. Namun segera dia menutup mulut apabila sedar dia sudah
terlepas kata. Hazlami mengukir senyuman setelah mendengar kata-kata akhir
Sabrina.
“So..” Hazlami mengangkat keningnya
sebelah ala-ala Ziana Zain gitu.
“Apa so-so?
Nak makan bakso pergi tempat lain la.” Sabrina cuba menutup silapnya.
“Hipokrit betullah kau ni. Kau terima aku ke
tak ni?” Soal Hazlami.
“Hrm..cepat-cepatlah jumpa mak ayah aku.”
Jawab Sabrina malu-malu. Hazlami sudah melompat gembira. Dia segera berlari
keluar daripada Mary Bakery dan berlalu pergi. Mariam yang melihat cuma
menggeleng. Mujur tiada pelanggan saat itu. Sabrina pula di dalam dapur sudah
menepuk dahi. Dia malu sendiri dengan jawapannya.
2 tahun kemudian..
“Sini lah sikit. Aish! Tak dapat lah.” Hazlami mengarahkan Sabrina menyuapkan aiskrim ke mulutnya. Sabrina mempermainkannya dengan mengacah-ngacahnya. Tangan Sabrina dipegang kuat selepas itu. Tawa Sabrina meletus. Sejak berkahwin dengan Hazlami,dia mula menukarkan perangai brutalnya kepada perangai yang lebih feminin.
“Sekali lagi Sab main-mainkan abang,kena Sab.” Hazlami memberi amaran kepada Sabrina. Hidung Sabrina ditarik.
“Apa ni!?” Marah Sabrina dengan tindakkan Hazlami. Muncungnya sudah sedepa.
“Sab tak nak buatkan abang tart telur.” Usik
Sabrina. Muka Hazlami masih selamba.
“Tak yah buat pun tak apa. Abangkan tak lalu
nak makan tart sejak Sab mengandung.” Selamba Hazlami berkata.
“Tapi,pagi tadi Kak Mary bagi ni.” Sabrina
menyuakan tart telur yang kemas di dalam acuannya. Dia menyuakan tart telur itu
di hidung suaminya. Tanpa dapat di tahan,rasa loya mula menerjah. Hazlami
segera berlari ke longkang berdekatan taman permainan yang mereka melepak.
Segala isi perut keluar. Sabrina mula rasa bersalah. Sejak dia
mengandung,Hazlami lah yang mengalami morning sickness. Sabrina
mendapatkan Hazlami dan menggosok perlahan belakang suaminya.
“Apa kena kawan?” Tegur satu suara. Hazlami
memandang ke arah suara itu. Azmir sudah tersenyum sinis. Di sebelahnya pula
Mariam berdiri dengan perut memboyot. Hazlami dan Azmir telah melangsungkan
perkahwinan serentak.
“Agak-agak kau
kenapa?” Hazlami bersuara lemah.
“Relaks lah. Jom duduk.” Mereka kembali ke
tempat duduk yang Hazlami dan Sabrina bertapak sebentar tadi. Air mineral di
suakan kepada Hazlami.
“Lepas ni,kau alergi pulak lah ye dengan
tart. Hahaha..”Meletus ketawa Azmir. Hazlami hanya mencemik.
“Macam tulah gayanya.” Jawab Hazlami.
“Tapi Sab tak.
Sab nak selagi Sab boleh makan.” Sabrina mencelah. Hazlami merenung isterinya
dalam. Sejak mengandung juga,segala makanan kegemaran Hazlami menjadi kegemaran
Sabrina.
“Sebab tu lah kami datang sini. Kami nak
cakap,yang kami baru hantar tart telur satu kotak dekat rumah korang. Sabrina
ni yang teringin nak makan.” Ujar Mariam. Hazlami memandang semua yang di situ
tidak percaya. Dia menepuk dahi. Habis lah tekaknya selepas ini.
“Nasib kau lah Mi.” Azmir menggelengkan
kepalanya. Hazlami masih dengan muka toyanya. Mukanya ditekup. Arrrggghh!!!
Tart telur punca.


