“So,lepas ni apa haluan kau?” soal Hani
dengan suara cerianya. Iqwal seakan sedang berfikir sebelum tersenyum. “Kalau
aku jadi gigolo boleh?” selorohnya. Dia terus tergelak besar apa bila buku lima
Hani mendarat di bahunya. Sebal Hani dengan jawapan Iqwal. “Main-mainkan. Dah
tahu aku tak suka kau cakap macam tu,nak jugak cakap.” Marah Hani. Langkahnya
semakin dipanjangkan untuk meninggalkan Iqwal sendirian di belakang.
Hani tersenyum bila terimbas kembali
memori silam. Gambar di tangannya dipandang sekali lagi. Dia mengemas rak-rak
buku lama dan hasilnya,dia menemui gambar lamanya bersama Iqwal ketika mereka
bersama menuntut di sebuah IPTA. Iqwal,lelaki yang buat dia rasa bahagia.
Walaupun tak pernah menyatakan rasa cintannya pada lelaki itu,dia tetap bahagia
kerana digelar sahabat. Senyumannya mati apabila terkenangkan Iqwal. Entah
dimana lelaki itu sekarang.
Dia masih ingat ketika dia mengambil
keputusan untuk memilih Hariz,Iqwal tiba-tiba hilang dan menjauh. Bahkan,semasa
hari graduasi pun kelibat Iqwal tidak kelihatan setelah mengambil ijazah
mereka. Hani mengeluh. Lantas gambar yang mengembalikannya pada masa lampau
disimpan terus di dalam diarinya. Dia meneruskan kembali kerjanya. Dia tidak
mahu lagi bertangguh. Masih banyak kerja yang harus dia lakukan. Meskipun dia
sekadar seorang penulis novel. Ramai orang menganggap penulis novel tugasnya
mudah dan terlalu banyak masa terluang. Manusia,suka buat andaian sendiri.
Andaian yang tidak pernah mengetahui kebenarannya. Tiba-tiba telefon bimbitnya
berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Kelam-kabut Hani meninggalkan timbunan
kertas-kertas yg disusunnya.
“Assalamualaikum. Helo?” Jawab Hani
lembut.
“Hani,ni saya Rizal.” Jawab si
pemanggil. Hani sudah tersenyum sumbing. Si tuan editor yang pastinya ingin
bertanyakan tentang novel terbaru Hani.
“Ya Encik Rizal. Saya dah agak encik
yang call. Dengar suara je saya dah
cam.” Ujar Hani ada tawa di hujung ayatnya. Rizal juga turut tertawa. “Bagus
awak ni Hani. Haa,saya nak tanya soal novel baru awak. Bila agaknya awak nak submit?” Soal Rizal. Hani sudah
mengagaknya. Rizal tak akan menghubunginya melainkan satu perkara itu.
“In shaa allah hari ni Encik Rizal.
Dalam pukul 2 petang lepas waktu makan tengah hari.” Ujar Hani. Dia sememangnya
sudah siap dan kebetulan ingin menghantar karyanya itu. “Bagus. Saya tunggu
kedatangan awak.” Kedengaran suara Rizal seronok di sebelah sana. Iyalah,lepas ini
dia akan mengaut keuntungan lagi. Hani salah seorang penulis terbaik dan
novel-novelnya semua bestseller. Hani
menjadi kebanggaan editor muda itu dan seluruh pihak penerbitan. Setelah talian
dimatikan,Hani menggeleng sambil memandang telefonnya. Lawak dengan perangai
Rizal. Nasib baik lah editor kalau kawannya,pasti Rizal sudah dia bahan
sehabisnya.
Hani kembali mengemas semula
barang-barang yang tidak habis disusunnya tadi. Dia mengeluh sedikit. Inilah
akibanya kalau asyik bertangguh aje kerja mengemas. Kertas-kertas dan barang
yang tidak digunakan Hani masukkan kesemuanya ke dalam plastik hitam. Dia
tersenyum puas apabila kerjanya itu sudah beres. Dia terus melangkah ke bilik
untuk mandi dan bersiap.
“Tahniah
untuk lagi satu karya hasil awak Cik Hani.” Ujar Rizal setelah meneliti kerja
Hani. Dia memang sentiasa berpuas hati dengan setiap hasil penulisan gadis itu.
Hani tersenyum senang. Sejak dia menghantar karyanya di syarikat penerbitan
itu,hanya itu ayat utama yang akan Rizal katakan setelah meneliti kerjanya.
“Terima kasih Encik Rizal. Ini juga atas sokongan encik dan pihak-pihak
tertentu.” Jawab Hani merendah diri. Walaupun sedikit terselit rasa bangga,dia
tetap sedar akan kedudukannya yang akan berubah bila bila masa sahaja.
”Hani,you
are so humble. Sebab itu saya suka bekerja dengan penulis macam awak.” Puji
Rizal diakhiri dengan tawanya. Hani tersenyum malu. Alahai,melambung pula Rizal
memujinya. Pipi Hani sudah kebas mengukir senyuman.
“So
apa kata kalau kita pergi minum-minum macam biasa?” Rizal sudah tersenyum lebar
sambil mempelawa Hani. Sebenarnya Hani tidak gemar minum berdua dengan Rizal
kerana khuatir tunang Rizal salah faham akan hubungan mereka. Pernah suatu
ketika tunangan lelaki itu bertemu dengannya hanya kerana kerap melihat mereka
berdua. Mujur keadaan itu dapat diatasi.
“Ahhh!
Ada aje tak kena.” Dia mengetuk kuat stereng keretanya. Dia sudah lah mahu
cepat,tiba-tiba sahaja ada benda menghalang. Dia keluar dari perut kereta untuk
melihat mangsa yang dilanggarnya.
“Eh,mata kau letak mana? Jalan tak
reti tengok kiri kanan.” Semburnya melulu. Dia merenung wanita yang sedang
memungut helaian kertas tersebut. Makin sebal pula hatinya kerana perempuan itu
cuma membisu.
Hani kaku. Dia takut. Ekor matanya
menjeling sedikit susuk tubuh lelaki itu. Gaya samseng,dengan seluar jeans ketat dan t-shirt ketat. Kemudian
aksesori-aksesori yang menyemak pandangan mata. Sah! Lelaki ni mesti gangster.
Telah hati Hani. Dia takut untuk mendongak. Dikutipnya perlahan-lahan kertas
yang berterabur.
“Eh perempuan kenapa lembab sangat
hah?!” Sergah Iqwal. Dia semakin hilang sabar. Dia pantas menarik lengan wanita
dihadapannya itu dengan kasar supaya wanita itu bangun. Hani menjerit kecil
apabila dipaksa bangun. Sudahlah kakinya terseliuh. Tidak semena mata mereka
saling bertatapan. Kaku,tergamam. Bibir bergerak cuba menutur kata.
“Iqwal?”
“Hani?” Mereka seakan terkena
renjatan elektrik. Jantung pula berdengup pantas,tidak seirama seperti biasa.
Tiba-tiba telinga Iqwal menangkap bunyi tayar kereta berseret akibat brek
mengejut. Dia pantas menoleh.
“Alamak!” Iqwal terus menarik tangan
Hani. Pintu dibuka dan tubuh Hani ditolak masuk. Hani tergamam dan terkejut.
Dia tidak mampu berbuat apa-apa. Iqwal masuk ke dalam kereta dan memecut laju
keretanya. Hani jadi keliru.
“Err..kita nak ke mana? Ehhh!
Perlahan sikitlah bawak kereta tu.” Hani sudah cuak. Dia rasa bagai mahu
terlucut jantungnya. Iqwal tidak mempedulikan pertanyaan Hani. Matanya tidak
lepas daripada memandang cermin sisi dan cermin pandang belakang.
“Hey!
I’m talking to you!” Hani meninggikan sedikit suaranya. Pandangan tajam
Iqwal menusuk tepat ke dalam anak mata Hani. Garang. Itu yang membuatkan Hani
kecut perut. Entah kenapa ada suatu perasaan sebak mula bertandang. Kalau dulu
pandangan itu pandangan lembut. Kini,pandangan itu suatu pandangan yang
menggerunkan.
“Kau duduk diam-diam boleh tak?
Kalau kau jalan elok-elok tadi tak ada lah aku langgar kau dan kau tak akan ada
dengan aku sekarang ni. Jadi nak tak nak kau kena ikut. Duduk diam-diam.” Arah
Iqwal. Suaranya tinggi menusuk tangkai hati. Hani mendiamkan dirinya. Dia takut
dan keliru. Dia tidak tahu drama apa sedang bermain sekarang. Akhirnya Hani
mengambil keputusan untuk menyepi. Dia memandang keluar tingkap dan entah
bagaimana matanya boleh layu waktu itu.
“Terima kasih.” Hani mengangkat
wajahnya. Iqwal tersenyum manis menampakkan lesung pipit di pipi kanannya.
Aduh,bias membunuh egonya itu.
“Untuk
apa?” Hani tidak tahu untuk apa terima kasih yang lahir dari mulut lelaki itu.
Apa yang dia dah buat?
“Sebab
jadi kawan aku. Kau nak tahu,aku manusia paling beruntung dan gembira kenal
kau.” Jawab Iqwal. Jemarinya sibuk bermain dengan hujung bucu failnya. Hani
tersenyum. Apa dia rasa? Oh,mestilah bahagia. Bunga cinta yang mekar dalam
taman hati semakin mekar. Kalaulah Iqwal tahu hatinya itu. Kalaulah…
“Apa
ni,aku lah paling beruntung tau sebenarnya. Sebab aku tak pernah ada kawan baik
berjantina lelaki. Kawan biasa-biasa tu adalah. So,kesimpulannya aku lah yang
beruntung!” Hujung ayat Hani ada sorakkan gembira sambil tangannya
bertepuk-tepuk. Iqwal tersenyum melihat sifat keanak-anakkan Hani. Comel. “Okay
kalau macam tu kita berdua bertuah.”
Hani
terjaga daripada tidurnya apabila dahinya terhantuk pada dashboard ketika Iqwal brek mengejut. Terpisat-pisat dia ketika
itu. Matanya cuba mengenal pasti kawasan dia berada. Dahi yang terasa sengal
tidak dihiraukan melainkan rasa terkejut dan cuak. Tanah lapang,keliling hutan.
Okay memang tak lawak bila seorang perempuan dibawa ke hutan oleh seorang
lelaki. Iqwal dilihatnya sedang berdiri di sisi pintu kereta bahagian pemandu.
Hani terus membuka tali pinggang
keselamatan dan melangkah keluar. Mata dia meliar melihat kawasan. Dia berjalan
ke arah Iqwal. “Iqwal,kita dekat mana ni hah?” Soalnya. Matanya masih liar
memerhati kawasan. Iqwal senyap. Senyap Iqwal itu membuatkan Hani terus
memandang lelaki itu. Rokok? Zaman bila Iqwal hisap rokok? Oh ya. Manusia boleh
berubah. Kalau Iqwal boleh jadi samseng,mustahil dia tak boleh hisap rokok.
“Oh,dah hisap rokok sekarang.” Ujar
Hani bersahaja dengan senyuman sinis. Iqwal menghabiskan putung rokoknya
sebelum bersuara. “Itu bukan masalah kau.” Asap berkepul-kepul dihembus ke muka
Hani. Batuk kecil mula kedengaran. Hani mendengus kasar. Dia benci perokok!
Iqwal melangkah menjauhi Hani.
Nafasnya ditarik dalam-dalam untuk menghirup udara segar kawasan itu. Hani yang
masih tidak berpuas hati meluru lagi ke arah Iqwal. Kali ini tidak sedekat
tadi. Dia hanya berdiri di belakang lelaki itu. “Iqwal aku tanya kau ni,kita
dekat mana?” Suaranya kedengaran keras. Iqwal hanya menggunakan isyarat tangan
sebagai jawapan. Dia menggerakan tangannya ke kiri dan ke kanan. Geram pula
Hani. Dia tahu lah hutan sebab mata dia tak buta lagi. “Ikut aku,atau kau nak
kena baham dengan singa.” Iqwal bersuara sebelum mengorak langkah. Hani sudah
kecut perut. Memikirkan kata-kata Iqwal,langkahnya dibuka besar supaya dapat
menyaingi Iqwal.
10 minit dia meredah masuk hutan
akhirnya dia tiba ke satu kawasan dimana ada sungai sedang mengalir tenang. Udara
pula sejuk. Dia jadi tenang tiba-tiba. Iqwal melirik lalu ekor mata beserta
senyuman senget. Dia tahu Hani suka tempat macam ni kalau tak tak ada lah Hani
masih terpaku macam sekarang. Dia berdehem untuk menyedarkan Hani dari dunia
sendiri. “Jom.” Sepatah ayat yang keluar dari mulut Iqwal buat Hani terkejut.
Kemana pula? Nak mandi sungai ke apa.
Hani melihat Iqwal mula membuka
langkah. Matanya tertancap pada tanah lapang seberang sungai sana. Ya hutan ini
seperti botak tengah sebab tengah-tengahnya ada tanah yang sangat lapang siap
ada sungai dan pondok. Pondok? Seberang sana ada pondok yang tidak terlalu
besar dan juga tidak terlalu kecil. Sebelahnya ada satu lagi pondok tapi kecil
dan Hani dapat mengagak itu tandas. Macam tandas dalam cerita P. Ramlee tu.
Hani menurut sahaja langkah Iqwal. Tiba di hadapan pondok mereka masih senyap.
Hani kekok tiba-tiba.
“Ehemm..”Iqwal berdehem cuba
membuang rasa janggal.
“Buat masa ni aku tak boleh bawak
kau keluar dari sini. Jangan tanya kenapa cuma sebabnya kau dah ada dengan aku.
Jadi kau kena ikut rentak aku. Kalau kau nak rehat tu masuk dalam pondok.”
Iqwal mengeluarkan kotak rokoknya. Tidak mahu dia bercakap sambil memandang
Hani. Hatinya sukar ditafsir. Dia tahu Hani masih keliru. Bukan susah untuk
membaca riak muka wanita itu.
“Dan kalau nak mandi tu bilik kecil
tu bilik air cuma tak ada lubang jamban. Soal makan kau tak payah risau aku
akan bawak ikut waktu. Tempat ni selamat sebab tempat aku jadi kau tak payah
takut. Dalam pondok tu ada tilam bantal semua lengkap macam rumah. Baju pun
ada. Kau tengok lah.” Iqwal sambung bersuara sebelum memetik pemetik api untuk
menghidupkan putung rokoknya.
“Err..kalau aku tidur dalam tu,kau
tidur mana?” Takut-takut Hani bersuara. Risau juga dia kerana Iqwal yang dulu
bukan yang sekarang. Hani menilik wajah Iqwal sementara menanti jawapan. Muka lelaki
itu masih bersih cuma berkumis kemas. “Kenapa? Kau takut aku nak apa-apa kan
kau? Huh. Aku tidur luar. Kau tak payah risau pasal aku dan tak payah fikir aku
akan apa-apa kan kau. Tapi..” Iqwal memandang Hani dengan satu renungan yang
sudah lama Hani rindu. Renungan redup yang bisa menggoyangkan imannya. “..tapi
kalau kau nak ajak aku tidur sekali aku tak kisah.” Sambung Iqwal dan asap
rokoknya sekali lagi dihembus ke muka Hani. Kecut perut pula dia mendengar kata
Iqwal.
“Tak apa lah kau tidur luar.” Laju
Hani menjawab. Kakinya terus memanjat tangga pondok untuk masuk ke dalam. Telinganya
sempat menangkap tawa Iqwal dan kata-kata Iqwal yang berbunyi, “Tak berubah.”
Hani menoleh ke arah Iqwal yang membelakangkannya sambil menghisap rokoknya. Hatinya
terdetik satu perasaan. Dia cuba berlagak tenang dan terus melangkah masuk ke
dalam pondok tersebut.
Dia membuka pintu dan memberi salam.
Memerhati ruang isi pondok yang luasnya hanya seperti sebuah bilik master. Besar juga lah tu kan. Pondok ini
berbeza daripada pondok biasa kerana seratus peratus daripada buluh dan
beratapkan rumbia. Mesti sejuk bila malam menjelma. Di satu sudut terdapat
tilam dan dua biji bantal. Di satu ruang lagi terdapat rak yang mempunyai
kelengkapan seperti pakaian dan sejadah. Sejadah? Hani memegang lembut sejadah
itu. Ya lelaki itu dulu bukan seperti lelaki lain. Tetapi sekarang adakah isi
dalamnya masih ada sedikit ruang dirinya yang dulu? Hani mengeluh. Dia segera
menutup pintu dan menilik pakaian yang ada. Mana tahu ada yang boleh dipakai. Keadaan
di luar senyap dan dia tidak ambil peduli soal Iqwal.
Hani diam. Dia kaku bila melihat tubuh
badan Iqwal naik turun sepertinya sedang mengawal nafasnya yang keluar masuk. “Wal..”Hani
bersuara lembut. “Kenapa Hani? Kurang apa aku?” Lirih suara lelaki itu. Hani
tertunduk. Dia bukan sengaja berbuat begitu. Dia sendiri terpaksa,tersepit.”Aku
mintak maaf. Jujur aku cakap,kau tak ada kurangnya.” Hani diam. Dia mati akal
mahu menyusun ayat. “Habis kenapa kau pilih Hariz daripada aku?” Iqwal
memandang Hani. Dia cuak.. Iqwal kalau kau tahu macam mana terpaksanya aku
membuat keputusan demi hubungan kita. Aku ada perasaan yang sama macam kau tapi
aku kena fikir tentang kau. “Jawab Hani kenapa?” Iqwal bersuara kembali. Hani
teragak-agak untuk menjawab. “Sebab cinta…” Nah,ayat itu pula yang terkeluar. Kedengaran
suara Iqwal tergelak. Sinis bunyinya. Hani hanya menunduk.
“Cinta?
Aku tak percaya cinta. Aku tahu kau bukan orang yang jenis mudah terpikat
dengan orang yang kau tak kenal betul. Even classmate kita pun nak try kau,kau
tak layan. Okey,atau sebab duit sebenarnya?” Tembak Iqwal. Hani diam. “Aku tak
sangka kau mata duitan. Hani,kau dengar sini apa aku nak cakap. Aku tak akan
nampakkan muka aku lagi depan kau. Walau pada hari graduasi! Faham?” Iqwal
terus berlalu pergi. Hani tergamam. Ya,mereka sekarang ditahun akhir disemestar
akhir. Dan ini juga minggu akhir sebelum final exam mereka. Selepas ini hari
graduasi sahaja pertemuan akhir. Tetapi dia dan Iqwal,hari ini hari akhir
mereka.
“Tok!
Tok! Tok!” Hani terjaga apabila terdengar ketukan yang kuat dari arah pintu. Terpisat-pisat
dia bangun untuk membuka pintu. Ketika pintu dibuka matanya tertancap pada
sekujur tubuh yang sedang berdiri tegak di hadapannya dengan wajah serius. Hani
buat muka bosannya.
“Nah,waktu zohor dah masuk. Ni aku
belikan telekung.” Iqwal menyerahkan bungkusan plastik berwarna merah. Hani
tergamam. Lama dia memandang sebelum menyambut pemberian itu. “Terima kasih. Erm,kiblat
arah mana?” Soal Hani. Iqwal menunjuk ke arah tiang tinggi di penjuru pondok. Hani
turut memandang sebelum kembali memandang Iqwal dengan sengihan. Iqwal kemudian
berlalu pergi. Entah kemana tidak tahu.
Hani mula keluar ke bilik air yang ada di sebelah pondok. Dia
melihat ada sebuah tempayan berisi air di dalam bilik air itu. Penuh,dan dia
yakin pasti Iqwal yang telah mengisinya. Sesudah selesai berwuduk Hani
melangkah naik semula ke pondok. Sebaik melangkah ke dalam pondok itu dia
melihat ada satu lagi bungkusan plastik tapi kini isinya bungkusan makanan.
Hani mengukir senyuman. Macam ni ke gaya kena culik? Dilayan bagai puteri. Tapi
dalam drama-drama bukan main terseksa. Hani mengetepikan bungkusan itu dan
segera menunaikan solat.
Malam itu,setelah selesai menunaikan solat maghrib Hani
melangkah keluar dari pondok. Dia melihat ada unggun api hidup yang sedang
marak. Iqwal berdiri tidak jauh daripada situ sedang berbual melalui telefon. Hani
melangkah mendekati unggun api itu. Dia tertarik pula dengan situasi itu
seperti sedang camping. Dia memandang
Iqwal ketika menangkap suara keras lelaki itu.
“Tak kan aku nak simpan dia lama-lama. Apa? Kau gila? Eh,sekarang
ni nyawa dia sekali terbabit kau faham tak?” Keras suara itu. Hani memandang
lama Iqwal sehingga lelaki itu mematikan talian beberapa minit selepas itu.
Iqwal berpaling dan terkejut melihat Hani di belakangnya. Dia kaku dan tertanya
apakah sekiranya Hani mendengar perbualannya. “Kau buat apa dekat sini?” Soal
Iqwal. “Hmm..maaf aku saja keluar. Bosan.” Iqwal mengangguk.
“By the way,aku
pinjam baju dengan kain pelekat ni.” Ujar Hani lagi. Dia melihat wajah Iqwal
yang tertunduk kusut. Iqwal mendongak. “Tak apa pakai lah. Aku bukan pakai
sangat.” Jawab Iqwal. Dia melangkah mendekati unggun api dan mengambil
sebungkus makanan dan dihulurkan kepada wanita di depannya. “Ambik ni makan.”
Hani menyambut huluran itu. Matanya masih memerhati tindakan Iqwal yang sedang
menambah kayu pada unggun itu. “Aku nak duduk makan dekat sini boleh?” Pinta
Hani. Iqwal diam. Agak lama sehingga Hani mahu bersuara semula. Tetapi belum
sempat dia bersuara Iqwal sudah memotong. “Boleh.” Sepatah jawabnya. Hani tersenyum
dan mula mengambil tempat.
“Kau tak makan ke?” Hani mula membuka bungkusannya. “Aku
dah makan.” Hani cuma mengangguk bila mendengar jawapan itu. Dia terus
memulakan aktiviti mengisi perutnya itu. Iqwal dalam diam memerhati tingkah
laku wanita itu melalui ekor matanya. Dia akui Hani semakin manis dan kelihatan
matang berbeza waktu mereka belajar dulu. Comel masih sama. Perlahan bibirnya
mengukir senyum. Hani mengucapkan syukur setelah sedawa kecil. Dia melangkah ke
anak sungai yang tidak jauh dari mereka. Air sungai jernih dapat dilihat kerana
kawasan hutan itu tidak berbumbungkan kanopi yang tebal maka cahaya bulan
menyinari kawasan itu. Hani kembali duduk di sebelah Iqwal. Dia tidak mahu
terus masuk ke dalam pondok. Diam. Suasana jadi hening dan sunyi.
“Wal..” Hani memecahkan kesunyian. Iqwal memandang Hani
setelah namanya disebut. Hani menarik nafas dalam-dalam sebelum meneruskan
bicara. “Apa dah jadi dengan kau?” Setelah lama dipendam akhirnya terlafaz
juga. Iqwal diam sebelum kedengaran keluhannya. “Masa berputar dan manusia
berubah.” Jawabnya. Hani menoleh ke arah Iqwal yang masih merenung jauh ke arah
unggun api.
“Tapi kenapa perubahan yang macam ni?” Iqwal membalas
pandangan Hani. “Kenapa? Tak suka? Bukan ke lelaki yang tegas dan keras macam
ni yang kau suka?” Balas Iqwal pedas. Membahang wajah Hani mendengarkan
kata-kata Iqwal. Iqwal tersenyum sinis melihat reaksi Hani yang terdiam.
“Aku mintak maaf.” Ujar Hani sayu. Dia membuang
pandangannya ke arah unggun api sambil dagunya ditongkatkan pada lutut. “Untuk
apa maaf tu? Kau tak buat silap.” Balas Iqwal lagi. Senyuman sinisnya makin
meleret. Saskartik sangat. Hani masih diam.
“Saya cintakan awak.” Hariz memandang
gadis yang duduk di hadapannya. Hani terkejut. “Apa awak merepek ni? Haha.”
Hani cuba berlagak selamba. Ketawanya jelas dibuat-buat. Hariz menarik tangan Hani
supaya berada di dalam genggamannya. “Saya betul-betul maksudkan apa yang saya
cakap. I had fall for you.” Hani terdiam. Jantungnya bagai mahu berhenti. Tangannya
cepat-cepat ditarik.
“I
can’t” Hanya itu jawapan Hani. Ya,dia tidak boleh menerima lelaki itu. Hatinya pada
yang lain. “Why not? Awak dah ada orang lain?” Soal Hariz. Suaranya yang lembut
tadi mula kedengaran kerasa sedikit.
“Yes.”
Sepatah lagi jawapannya. Dia menunduk tidak berani bertentangan mata dengan
lelaki itu. Hariz sangat baran. “Okay,let me guess orang tu adalah..”
Kata-katanya berhenti seketika. Hani menanti. “..Iqwal kan?” Nah,tepat! Hani
diam. Hariz bangun agak kasar.
“Saya
bagi masa awak fikir. Kalau awak lebih memilih Iqwal,saya akan pastikan Iqwal
tak akan dapat tengok awak lagi. Saya tak peduli kalau apa nak jadi sekali pun.”
Bisik Hariz penuh amaran keras sebelum berlalu. Hani buntu. Dia tidak cintakan
Hariz tetapi kenapa ini yang terjadi. Dia meraup wajahnya.
“Kau
perlu tahu sesuatu Wal.” Hani bersuara semula setelah agak lama berdiam. Iqwal masih
membisu. Sedari tadi dia menanti Hani bersuara. “Pasal aku dan Hariz.” Hani memulakan
hal tersebut. Iqwal tiba-tiba ketawa. Ketawa pulak. Tadi senyum. Sinis dan
saskartik pulak.
“Apa? Kau nak bagitahu aku yang kau
dah tunang dengan dia? Kahwin dan cerai?” Pedas lagi kata-katanya. Berdesing pula
bila didengar. Hani sabar. Dia meneruskan bicara.
“Tak. Aku tak pernah cintakan dia.
Ya,aku terima dia. Tapi bukan sebab harta kemewahan macam yang pernah kau cakap
dulu. Aku terima dia sebab kau.” Ada sebak di hujung suaranya. Iqwal diam. “Aku
tahu kau sakit hati dengan keputusan aku dulu. Aku pun rasa yang sama. Tapi aku
harus buat macam tu sebab aku tak nak Hariz apa-apa kan kau. Dia bagi aku
amaran jadi nak atau tak aku kena terima. Tapi,kami tak lama sebab lepas habis
je exam kami terus putus. Sebab dia
ada perempuan lain. Itu satu kelegaan untuk aku. Aku cuba nak bagitahu kau tapi
kau semakin menghilangkan diri kau. Aku hilang jejak kau sehingga..” Hani
terdiam setelah panjang lebar berhujah. Iqwal memandang Hani yang sudah berair
matanya. Dia melawan pandang dengan wanita itu.
“..sehingga hari ni kau jumpa aku
dan nampak keadaan aku macam ni?” Tembak Iqwal. Hani mengangguk perlahan. “Kau
yang mengubah aku. Kau yang bunuh cinta aku..” sambung Iqwal keras. Fuh kalau
didengar bosnya pasti dia diketawakan. Samseng jadi mat jiwang.
“Tapi Iqwal aku buat semua ni sebab
aku cintakan kau.” Hani makin hilang sabar. Air matanya yang jatuh sudah tidak
dipedulikan. “Tapi cinta aku pada kau dah lama mati.” Ujar Iqwal. Bagai kaca
berderai hancurnya hati Hani ketika itu. Dia sudah tidak betah begitu. Dia terus
bangun meninggalkan Iqwal. Jawapan Iqwal benar-benar menyakitkan.
Hani menangis teresak-esak di atas
tilam nipis di dalam pondok itu. Tangannya mencapai satu bantal untuk dipeluk. Cahaya
dari lampu minyak tanah menemani malamnya. Hatinya bagai disiat. Sudah lama
perasaan yang terpendam ini dia simpan. Sudah lama juga sakit yang dia rasa
pada malam itu tidak dirasanya. Kali terakhir ketika Iqwal kecewa dengannya
dulu. Iqwal aku cintakan kau. Tak pernah
berkurang sedikit pun. Hati Hani merintih sendiri. Dia mula berbaring dan
menekupkan wajahnya dengan bantal di tangan.
Iqwal di luar masih menyepi. Kadang
rasa menyesal. Tapi dia kuatkan juga hatinya. Maafkan aku. Aku tak layak untuk perempuan sebaik kau. Aku yang
sekarang jauh berbeza aku yang dulu. Aku tak sanggup bawa kau ke dalam
kehidupan baru aku yang mungkin akan mengheret nyawa kau. Lirih hatinya. Bohong
kalau dikatan cinta itu sudah mati. Dia saja yang membatukan hatinya.
Hani
terjaga daripada lenanya apabila mendengar dua das tembakan. Dia jadi
terpinga-pinga sebelum perasaan takut menguasainya. Dia duduk rapat ke dinding
dan memeluk lutut. Apa yang berlaku di luar? Iqwal macam mana? Aku akan mati
ke? Soalan menerjah diruang minda tanpa henti. Ingin dia melihat keadaan di
luar tapi dia takut. Dia dapat dengar kekecohan di luar sana. Bagai sedang
berperang. Sekali lagi dia terkejut dengan tembakan. Air mata sudah mengalir
deras. Dia ingin keluar dari tempat itu.
Keadaan sunyi tiba-tiba. Tiada lagi
suara riuh menjerit dan tembakan. Sunyi seperti waktu dia tiba semalam. Dia bangun
dari tempatnya dan beranikan diri untuk melihat keadaan di luar. Jantungnya berdengup
laju. Ya,dia masih takut. Takut sekiranya yang ada di luar itu bukan lagi
Iqwal.
Pintu dibuka dengan berhati-hati. Dia
menjengah sedikit keadaan di luar. Bila dirasa tiada ancaman dia melangkah
keluar pula. Jantungnya masih seperti tadi. Matanya membutang melihat tubuh
yang bergelimpanangan di hadapan kawasan pondok itu. Ada jugak yang
bergelimpang di tebing sungai. Tangannya menggigil. Dia sudah terduduk di
tangga dengan kedua-dua tangannya sudah menutup muka. Takut dia sangat takut. Air
mata sudah mengalir deras. Bau hanyir darah menusuk hidung. Dia menjatuhkan
tangannya perlahan-lahan. Matanya melilau mencari kelibat Iqwal. Bagaimana
keadaan lelaki itu? Dia turun dari pondok dengan perasaan yang masih kacau.
Dia mula ingin bergerak ke belakang
pondok sehingga terdengar perbualan orang. Dia merapatkan diri ke dinding untuk
menjengah siapa di belakang pondok. “Nasib kau sampai cepat Mi. Aku tak tahu
macam mana kalau..” “Dah jangan cakap. Kau orang kepercayaan aku,tak akan aku
nak biarkan kau mati.” Lelaki yang dipanggil Mi itu kemudiannya ketawa. “Aku
tak sangka dia hantar konco-konco dia seramai ni. Aduh!” Hani menekup mulut
apabila melihat tangan Iqwal yang cedera. Darah banyak mengalir. “Aku sendiri
tak sangka. Bila Rashid bagitahu baru lah aku tahu. Ni,budak perempuan tu macam
mana? Okay?” Iqwal mengeluh. “Aku tak tahu lah. Tapi dia tak ada hak untuk tahu
apa jadi pada aku. Nanti,aku past dia
dekat kau. Kau cakaplah aku pergi mana pun. Aku tak nak dia tengok apa jadi
dekat aku,dia tak patut tahu. Ami kau boleh tolong kan?” Ami ketawa mendengar
kata-kata Iqwal. “Kau ni sayangkan dia lagi kan? Aku tak pernah tengok kau
layan mana-mana perempuan. Sebelum ni,ada je perempuan aku bagi kau tapi
sebelah mata pun kau tak pandang.” Ami ketawa lagi. Iqwal sudah mula resah jika
Hani mendengar suara Ami. “Kau ni,kalau dia dengar aku tak sempat blah.” “Okay sorry. Baiklah aku tolong kau sebab
memandangkan kau orang kepercayaan aku!” Ami memberi kata putus.
Hani pula sudah teresak-esak
menangis. Sampai macam tu sekali Iqwal cuba menjauh. Hani sudah semakin
sebal,dia keluar dari tempat persembunyiannya. Dia ingin bertemu mata dengan
mereka. Ami dan Iqwal terkejut melihat Hani yang sudah berdiri di hadapan
mereka dengan air mata yang mengalir. Iqwal cuba melawan perasaan,dia paling
lemah melihat air mata Hani. “Kau tak payah blah,biar aku yang blah. Aku sendiri
pun dah tak nak ambik tahu pasal kau. Apa jadi dekat kau aku tak peduli. You! Whatever your name is, bawak aku
keluar dari sini. Sekarang!” Hani bersuara lantang. Ami memandang Iqwal. Iqwal membalas
pandangan itu sebelum tertunduk tanda setuju. Ami yang mengerti terus
mengangguk. “Baiklah,jom.” Ami terus mengajak. Hani berpaling mahu mengikut Ami
sebelum kedengaran Iqwal bersuara. “Lepas ni anggap kau tak pernah alami
keadaan macam ni.” Hani menoleh. Iqwal masih menunduk sambil memegang tangannya
yang cedera. “Baiklah.” Hani terus berlalu tanpa menoleh lagi. Iqwal terdiam
sepi tanpa mampu berbuat apa-apa. Ya,dia kehilangan gadis itu untuk kali kedua.
Dua bulan kemudian...
“Great job Hani!” Sorak Rizal
gembira sambil tangannya bertepuk-tepuk. “Sekali lagi awak berikan saya hasil
kerja yang bagus. Saya jamin buku kali ni akan lebih laris.” Ujar Rizal sambil
bermain dengan kerusinya. Berpusing-pusing. Hani tersenyum. “Terima kasih.”
“Tak,saya yang patut ucap
terima kasih. Sebab karya awak ni,reputasi syarikat saya semakin tinggi. Awak memang
penulis emas.” Rizal ketawa lagi. Bukan main bahagia dia. “Tapi,cerita ni
memang lain daripada yang lain. Kisah cinta seorang perempuan dengan gangster. Macam
real. Ending pula memang bahagia. Let
me know if cerita ni adalah cerita betul Hani?” Rizal merenung mata Hani
menanti jawapan. Hani kelu. Sedang memikir jawapan sebaiknya. Dia tersenyum
setelah yakin dengan jawapan yang akan diberikan. “Ya,cerita betul. But after a month that guy changed. Dia berubah
setelah sebulan. Rupanya bukan sengaja dia jadi gangster. Dia jadi gangster
sebab terhutang budi pada ketuanya. Lagipun mereka bukan gangster yang bunuh
orang tak bersalah,tetapi mereka hanya memburu gangster yang jahat sahaja. Bahkan
ada juga kalangan mereka jadi mata-mata polis. Macam ketua mereka. Saya rasa
cerita yang saya tulis cukup buat Encik Rizal faham.” Jawab Hani panjang lebar.
Encik Rizal tersenyum.
“Saya faham. Okey Hani,payment akan saya beri macam biasa. Akaun
awak okey.”
“Terima kasih. Ohya,kalau
tak ada apa-apa saya balik dulu. Ada urusan yang saya nak kena uruskan.” Hani
meminta diri. Dia keluar dari bangunan itu dengan perasaan lega.
Setelah berada di luar
bangunan,matanya melilau mencari kereta yang membawanya ke situ. Dia hairan. “Rasa-rasa
nak penat sikit tak?” tegur satu suara garau yang berbisik di telinganya. Hani
terus berpaling. Dia terus mencubit lengan sasa itu. Lelaki itu sudah
menyeringai sakit. “Sakitlah sayang.” Ujar lelaki itu manja. Hani mencebirkan
bibir. “Buat lagi macam tu,lepas ni saya siku terus.” Hani memberi amaran. “Okay sorry princess.” Ujar Iqwal sambil
menghulurkan sekuntum bunga mawar. Hani tersenyum. “Mana dapat?” “Tadi jatuh
dari langit. Aduh!” Hani mencubit Iqwal sekali lagi. Iqwal menggosok lengannya.
Sensitif sungguh Hani minggu itu.
“Okey jom lah.” Ajak
Iqwal. Hani mengerutkan dahinya tidak faham.
“Ke mana?”
“ Kita pergi makan lepas
tu pergi butik test baju kahwin.” Jawab
Iqwal. Hani menepuk dahinya. Jelas lupa. Yela,dah melayang dengan layanan Iqwal
sebentar tadi terus lupa urusan yang satu itu. Mereka terus menuju ke arah
kereta yang diparkir agak jauh. Rupanya tadi Iqwal pergi membeli bunga mawar
itu. Bila sampai, parkir tak ada tu sebabnya dia terpaksa parkir jauh sedikit
daripada bangunan itu.
Kereta Iqwal meluncur
laju meninggalkan kawasan itu. Ya,dia kini kembali menjadi Iqwal yang dulu. Sebulan
hidupnya sakit menahan kehilangan kali kedua sehingga dia tekad untuk berhenti
menjadi gangster. Sekarang,dia juga sudah mula membuka perniagaan sendiri atas
bantuan bekas ketua merangkap kawan baiknya,Ami.
“Hani,cinta kau membunuh aku yang dulu. Tapi
diri kau,menghidupkan cinta aku yang terkubur. Sampai bila pun kau akan tetap
jadi satu-satunya bunga dalam taman hati aku.”
p/s : setiap watak tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. tinggalkan komen di chatbox ya. ;)


Ceritanya best, baru sekarang dapat cerpen cinta yang lagi seronok dibaca macam ni!
BalasPadam