Hari ini sudah masuk dua hari dia menerima pemberian yang amat digemarinya,chesse cake! Tetapi pengirimnya tidak siapa tahu. Yang dia tahu,balik saja sekolah,chesse cake sudah ada di hadapan pintu bilik asramanya. Tidak juga dia lupa bahawa ada kad juga terselit di situ dan ada nama pengirimnya. Yang pasti bukan nama sebenar. Mr. Chesse Cake!
“Untungnya orang tu,hari-hari dapat chesse cake. Tapi,naya jugak orang tu,sebab nanti makan chesse cake hari-hari,badan pulak naik macam chesse cake tu.” Tawa Zulia kedengaran. Miasara yang sedang membelek kad di atas katil merenung tajam ke arah teman sebiliknya sebelum membaling bantalnya .
“Cemburu cakaplah.” Muncung Miasara sudah sedepa.
“Tak ada masalah aku nak cemburu. Hahaha..” Zulia tertawa lagi. Mujur masa itu hanya mereka berdua saja di dalam bilik. Dua orang lagi sahabat mereka masih belum pulang.
“Gelaklah banyak-banyak. Nanti,aku kenyang makan chesse cake,kau kenyang makan angin.” Miasara membalas dengan pedas. Mati tawa Zulia.
“Yelah. Ish,penat aku gelakkan kau.”
“Tahu pun..” ujar Miasara yang sudah mencubit sedikit chesse cakenya.
“Eh,kau tak tahu lagi ke siapa yang kirim chesse cake ni?” Soal Zulia. Miasara hanya menggeleng sambil menikmati chesse cake. Zulia yang melihat hanya mampu menelan liur.
“Kau ni,tak beradab betul. Bagilah member sikit..” Zulia sudah membuat muka 20 sennya. Miasara tersengih.
“A’ah,aku lupa yang aku bukan seoarang dalam bilik ni.” Seloroh Miasara. Sekelip mata bantal sudah tersasar ke mukanya. Dia tertawa seronok dapat mengenakan Zulia.
“Kejam!” Zulia sudah mencubit sedikt chesse cake yang dihulur Miasara.
“Tak tertulis ke dekat kad..” belum sempat kata-katanya habis,Miasara sudah menyampuk.
“Tak ada. Yang ada hanya nama gelaran je. Mr. Chesse Cake.” Zulia terdiam seolah-olah berfikir.
“Hrm..ini bermakna pengirim merupakan seorang yang juga gemarkan chesse cake. Macam kau! Tapi siapa ye..” Zulia berteka-teki sendiri. Dia yang ingin mencubit lagi chesse cake ternganga apabila mendapati bekas chesse cake itu sudah kosong dan Miasara sudah menjilat jarinya.
“Oi..hampeh punya kawan! Nasib baik aku dah rasa secubit. Kalau tak sah aku kempunan. Pantang lepa,licin habis chesse cake ni.” Miasara hanya tersengih mendengar bebelan rakannya. Zulia terus menjilat jarinya.
“Hrm..aku dapat bayangkan yang Mr. Chesse Cake ni mesti handsome dan sedap mata memandang. Macam chesse cake ni.” Zulia mula membayang rupa Mr. Chesse Cake.
“Itu pun kalau betul,kalau tak aku cari kau.” Zulia tertawa geli hati lantas bangun mencapai tuala.
“Haa..kau nak ke mana?” tanya Miasara.
“Mandilah. Takkan kau nak duduk dengan aku yang tak bermandi ni? Karang habis satu bilik bau bangkai. Campur peluh aku dengan kau sama dengan bangkai. Kau nak?” Zulia sudah menjawab dengan gurauan kasar.
“Hpmh..iyolah! yang bau bangkai kau sorang je okey! Dah bagi aku mandi dulu.” Miasara sudah mencapai tuala dan berlari keluar bilik diikuti Zulia. Mereka sudah berebut-rebut untuk mandi. Beberapa orang pelajar hanya menggeleng melihat teletah dua orang sahabat itu.
“Macam mana? Selamat dah chesse cake tu?” seorang pelajar lelaki senior bertanya kepada seorang pelajar perempuan junior.
“Dah! Abang jangan risaulah..Lisa takkan bagi kek tu tak sampai punyalah. Mesti sampai.” Lisa sudah meyakinkan abang senior di depannya itu. Pelajar lelaki itu hanya mengangguk.
“Bagus. Nah,seperti yang abang janjikan,kek coklat untuk Lisa.” Lisa sudah tersenyum lebar menerima habuannya.
“Thanks.” Lisa terus berlalu. Ada sebaris senyuman di bibir pelajar lelaki itu.
Miasara sudah lelah kerana berlari sebanyak 3 pusingan di padang. Dia duduk di bawah sebatang pokok yang ada sebuah bangku di situ.
Sedang dia duduk berehat tiba-tiba terasa ada sesuatu merayap di atas kepalanya yang ditutupi tudung. Buat pertama kali dia menepis,kedua kali ditepis lagi. Tetapi bila kali ketiga dia sudah naik berang. Apabila dia bangun dan berpaling ke belakang..
“Arrrgghhh!!!” Miasara menjerit terkejut.
“Hahahahaha...”
“Abang Zahrul buat apa dekat sini hah!? Tak ada kerja nak memeranjatkan orang?” Marah Miasara dengan perbuatan Zahrul. Zahrul masih ketawa meskipun sudah duduk di sebelah Miasara.
“Mia tu yang tak perasan abang datang. Penat sangat nampak..” Zahrul menolak muncung Miasara dengan sebatang ranting di tangannya. Miasara menepis.
“Kotorlah! Memanglah Mia penat. Tak nampak ke Mia baru lepas lari 3 round?”
“Eleh, 3 round je.. abang ni 5 round tak fikir pulak. Tengok,sebab tu abang gagah perkasa.” Bangga Zharul sambil menayangkan otot lengannya. Miasara hanya menjuihkan bibirnya.
“Tu bukan otot tapi lemak.” Miasara sudah bangun dan berlari-lari anak meninggalkan Zahrul dengan tawa.
“Oit Mia..ni bukan lemak. Abang kurus and turf macam ni Mia kata lemak?! Jaga Mia..jangan lari!” Zahrul sudah berlari untuk mendapatkan Miasara.
“Lalala..kain pelekat. Lalala..” Zulia menyanyi-nyanyi kecil sambil berjalan menuju ke bilik asramanya. Dia baru saja pulang dari sekolah dan mengambil pakaiannya dan Miasara di dobi. Ketika hendak masuk,dia terpandangkan sebekas chesse cake di hadapan bilik. Dia mengeluh sebelum membongkok mengambil kek itu.
“Haih..hari-hari ada je chesse cake ni depan pintu. Kalau chesse cake,sah-sah lah Mia punya. Agak-agak bilalah pulak aku nak dapat ni?” tanpa Zulia sedar sedang dia merungut ada seseorang di belakangnya.
“Oit, kau chesse cake..kau punya.” Miasara tertawa seronok dapat menyakat Zulia sehingga gadis itu melatah.
“Mangkuk ayun betul kau ni. Nasib baik tak ada sakit jantung. Kalau tak dah lama aku collapse.” Marah Zulia.
“Alarh,maaflah..hehe. Untuk aku ke tu?”
“Eh,tak lah. Untuk mak cik kantin. Haa..untuk kau lah. Siapa lagi puteri chesse cake dekat sini?”
“Hehehe..okey-okey. Come here to mama..” chesse cake sudah bertukar tangan. Zulia mencekak pinggang sambil menggeleng.
“Ni baju kau atas katil. Hisyh,tak bankcrup ke Mr. Chesse Cake ni? Hari-hari bagi chesse cake. Jangan-jangan yang bagi kau chesse cake ni pak guard sekolah tak. Hahaha..” terhambur tawa Zulia. Miasara mengerutkan dahinya.
“Tolonglah..pak guard tu mana tahu aku suka makan chesse cake. Yang tahu kau, Aliya, Shasha dan..Alamak!” Miasara sudah menutup mulut. Zulia hairan.
“Hah! Kenapa pulak? Gigit lidah ke? Dan siapa?” bertubi-tubi soalan yang ditanya Zulia.
“Abang Zahrul..”
“Kenapa dengan Abang Zahrul pulak?” Zulia masih belum menangkap maksud Miasara.
“Kau ni lampi lah..selain korang,Abang Zahrul pun tahu.”
“Habis? Kau ingat Abang Zahrul tu yang bagi. Apalah kau ni..entah-entah member dia ke. Lagipun Abang Zahrul tu dah ada awek. Karang perang dunia ke-10 pulak.” Ujar Zulia. Tetapi dalam hatinya juga berperasaan yang sama dengan Miasara kerana kadang-kadang bila melihat kemesraan di antara Miasara dan Zahrul,Zulia dapat melihat melalui mata Zahrul bahawa lelaki itu mempunyai perasaan kepada Miasara lebih daripada kasih seorang abang dengan adiknya. Namun perasaan itu dihakisnya. Untuk kepastian, Zulia bertekad untuk bertanya kepada Zahrul petang itu.
Seperti yang dirancang,Zulia menunggu Zahrul di dewan makan. Dia sesekali menjeling ke arah jamnya. Kalau boleh dia ingin bertemu Zahrul sebelum waktu makan malam tiba. Dari jauh dia sudah menangkap bayang Zahrul yang gagah berjalan ke arahnya. Di hatinya sudah berbisik nakal.
“Hai Zu..ada apa ni?” Zahrul sudah duduk menghadap Zulia.
“Abang ke yang hantar chesse cake dekat Mia?”
“Hah? Apalah Zu ni. Salam tak ada apa tak ada terus tembak abang dengan soalan macam tu.”
“Hisyh jawab jelah!”
“Okey-okey. Relaks dik..mana ada abang bagi. Apa adik ni?” Zulia tetap tidak puas hati dengan jawapan Zahrul. Entah kenapa.
“Kenapa tengok abang macam nak makan? Zulia ingat abang ke? No way! Abang memang pencinta wanita tetapi abang hanya setia pada yang satu aje. Okey?” Zahrul sudah bangun.
“Abang pergi dulu ada hal. Bye-bye.” Zulia termati kata. Dia juga buntu jadinya. Habis siapa?
Lisa mula resah kerana tiba-tiba saja abang senior yang selalu dibantunya ingin berjumpa. Selalu mereka akan berjumpa pada saat dia dikehendaki menjalankan ‘tugas’.
“Err..kenapa?” takut-takut Lisa bertanya apatah lagi abang senior di hadapannya telah merenungnya dengan tajam.
“Waktu Lisa hantar chesse cake tu, ada siapa-siapa nampak tak?”
“Tak ada. Kenapa?” peluh dingin sudah membasah dahi.
“Ermm..tak ada apa. Esok pastikan jangan ada sesiapa nampak.” Lisa menghembus nafas lega.
“Okey. Jangan risaulah abang.” Ujar Lisa sambil mengkat jarinya tanda bagus.
“Okelah,sekarang waktu makan. Lisa pergi dulu. Bye.” Lisa meninggalkan pelajar lelaki senior itu bersendirian.
“Mia,aku ada satu idea. Tapi itu pun kalau kau nak ikut idea aku ni.”
“Apa?” Miasara,Aliya dan Shasha sudah mendekatkan diri dengan Zulia.
“Apa kata kalau esok kita keluar awal waktu akhir? Kita menyorok dekat bilik sebelah then tunggu sampai si pengirim chesse cake tu sampai baru kita keluar. Amacam?”
“Err..perlu ke?” tanya Shasha.
“Eh,perlu la. Kalau tak sampai bila kita nak tahu siapa gerangan Mr. Chesse Cake tu.” Ujar Aliya pula.
“Sudah. Korang ni mengalahkan Mia. Mia tak cakap apa-apa pun.” Marah Zulia.
“So macam mana Mia?” sambung Zulia. Miasara diam sedang berfikir.
“Erm..setuju!” mereka tersenyum.
Seperti yang dirancang,mereka menyorok di bilik Sumayyah dan tiga orang lagi pelajar. Ketika itu mereka tiada jadi Sumayyah hanya memberikan kunci kepada empat sahabat itu. Zulia telah menjaga di bahagian pintu segera mengendap setelah mendengar derap tapak kasut di luar bilik. Dia segera keluar bersama teman-temannya dan menahan jalan Lisa. Terkulat-kulat bercampur terkejut Lisa dengan keadaan itu.
Alamak dah terkantoi lah pulak! Lisa tersengih sambil mengangkat dua jarinya tanda peace.
“Lisa!!” serentak mereka bersuara.
“Akak-akak semua jangan salah faham. Bukan Lisa yang bagi chesse cake ni..Lisa bukannya..tutt!!” ucap Lisa setelah di bawa masuk ke dalam bilik empat sahabat itu.
“Habis siapa kalau bukan Lisa?”
“Lisa hanya jadi postman je..eh,postlady.”
“Apa ajelah Lisa. Sekarang kami nak tahu siapa Mr.Chesse cake tu?” Desak Aliya.
“Korang,sabarlah dulu. Kalau korang desak Lisa macam ni,nanti Lisa jadi takut-takut.” Miasara cuba meredakan keadaan.
“Lisa,Kak Mia nak tahu siapa Mr. Chesse Cake tu. Akak akan bagi Lisa RM 10 kalau Lisa bagitahu siapa dia.” Miasara memancing Lisa dengan duit. Lisa diam sambil berfikir. Riak wajahnya jelas dia agak berat untuk mendedahkan rahsia.
“Lisa..” Zulia bersuara. Lisa tertunduk.
“Sebenarnya yang bagi chesse cake ni Abang Zahrul.” Terngangan mulut mereka.
“Mustahil! Semalam akak tanya dia jawab tak. Bahkan,siap kata abang memang pencinta wanita tetapi abang hanya setia pada yang satu aje. Mustahillah!” ujar Zulia sambil berpeluk tubuh.
“Sumpah kak! Sebenarnya Abang Zahrul dah putus dua minggu dengan awek dia.”
“Ouh..eh,kebetulan chesse cake ni datang pun dua minggu lepaskan?”
“Yup! Start tu Lisa jadi orang tengah.” Mereka semua memandang Lisa. Zulia tersenyum penuh makna.
“Lisa..boleh tolong? Kami bagi sorang RM 10.” Semua mata memandang Zulia.
“Macam mana hari ni berjaya?” Zahrul seperti biasa sudah menanti Lisa di bawah. Lisa teragak-agak untuk menjawab.
“Dah. Er..berjaya.”
“Kenapa Lisa? Macam takut-takut je.” Tanya Zahrul.
“Memanglah Lisa takut sebab lubang dah pecah!” suara Zulia mencelah. Terkejut Zahrul. Alamak apa aku nak buat ni? Zahrul mula cemas.
“Abang Zahrul ni jahat!” Miasara sudah menolak Zahrul. Aliya,Shasha dan Zulia sudah menarik Miasara.
“Relaks Mia..” Zulia bersuara.
“A’a Mia..rileks. kami faham perasaan kau yang terasa macam dipermain.” Ujar Aliya pula.
“Bukan! Mia tak rasa macam tu. Mia marah sebab Abang Zahrul ni sengaja nak bagi Mia gemuk!” Miasara sudah menumbuk bahu Zahrul bertubi-tubi. Mereka tertawa dengan gelagat Miasara.
“Kenapa ketawa?” muncung Miasara.
“Kau ni lawaklah Mia. Aku ingatkan apa..rupanya sebab kecil je.” Ujar Shasha menyambung tawanya. Miasara sudah memeluk tubuh sambil memuncung.
“Maafkan abang Mia..sebenarnya abang dah lama suka Mia.”
“Kalau suka kenapa tak face to face je?”
“Sebab abang malu..”
“Malu kenapa?” Miasara masih belum puas hati.
“Sebab Mia ni comel sangat..” Zahrul tersengih. Miasara menumbuk lagi bahu Zahrul. Kali ini lebih kuat sehingga Zahrul mengadu.
“Abang Zahrul ni memang kejam! Mana abang dapat duit-duit ni beli kek untuk Mia?” Zahrul tersenyum sambil menjeling ke arah rakan-rakan Miasara.
“Abang buat..” semua melopong tidak percaya.
“Tipu!!” serentak yang ada di situ bersuara.
“Sumpah! Abang buat dengan penuh kasih sayang tahu? Kata budak catering..seganlah kalau buat chesse cake pun tak tahu.”
“Hpmh..patutlah sedap.” Miasara sudah tersipu-sipu. Dia dapat melihat rakan-rakannya tersenyum penuh makna.
“Mia pun suka abang..” setelah mengerti senyuman rakan-rakannya,Miasara mengakui juga perasaannya.
“Betul ke? Hahaha..nasib baik abang tak bertepuk sebelah tangan. Er..jomlah.” ujar Zahrul.
“Ke mana?” tanya Miasara. Dia dan rakan-rakannya sudah saling berpandangan.
“Kahwin..tak lah. Kita pergi makan chesse cake.” Seloroh Zahrul setelah Miasara menunjukkan penumbuk. Mereka sama-sama tertawa sambil menuju ke bilik catering.
“Tengok..abang nak buat Mia gemuk..” mereka berenam tertawa seronok dan pantas menghayun langkah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan