Rasa hendak menangis aku dibuatnya. Geram bercampur marah menjadi satu. Aku menjadi semakin geram melihat tingkah Adam. Sesuka hati dia saja menyepahkan rumah pada hari minggu seperti ini dan akhrinya aku menjadi mangsa!
“Hello Mak Bedah oii..ni majalah ni tolong kemas. Aku sakit tangan pulak.” Adam sudah menjerit memanggil aku dengan gelaran Mak Bedah! Aku terus mencampakkan mop dan berlalu untuk menghadapnya.
“Ya Allah!! Oit,babun aku dah kemaslah tadi. Kau ni manusia ke jin hah!?” Aku mula naik berang. Sejak berkahwin dengan Adam,ada saja yang dia lakukan menaikkan kemarahanku.
“Ermm..entahlah. agak-agak kau aku apa ye?” Adam sudah membuat muka seposennya. Aku sudah menggempal penumbuk tapi segera diisyaratkan oleh Adam agar bersabar.
“Opps..jangan marah. Kau tahukan marah-marah pada suami tak elok. Apa suami kata kena dengar. So, aku suruh kau kemas kau kena kemas. Okeylah,aku ngantuk pulak. Tidur kejap ye..” ujar Adam sudah berlalu naik ke bilik. Aku sudah tidak dapat menahan marah. Aku mencapai majalah yang dibacanya tadi dan lemparkan ke dinding. Terlepas sedikit geram di hati.
“Mak Bedah oii..majalah tu aku beli guna duit aku.” Dari atas aku dapat mendengar suara Adam memekik bagai tarzan.
“Aku bukan Mak Bedah lah! Aku Hanim. H.A.N.I.M !” Aku mengeja satu persatu namaku.
“Apa aku kesah. Hanim ke,Hanum ke,aku tak kesah. Kemas cepat lepas tu masak. Aku tahu nanti aku bangun aku nak makan.” Terbeliak mataku mendengar. Satu lagi sikap Adam yang benar-benar buat aku sakit hati. Dia tahu menyuruh saja tetapi tak mahu membantu.
“Kau nak makan ye..tunggu ler. Aku bagi kau makan yang sangat-sangat ‘sedap’!” Aku berbicara sendiri pantas mengemas majalah-majalah yang bertaburan.
Aku malas sungguh untuk memasak. Tambahan pula memasak untuk Adam. Dia bukan seorang suami yang bertanggungjawab. Setiap hari ada saja perkara yang akan membuatkan aku geram dan marah. Kadangkala terasa bagai nak ketuk kepala si Adam tu. Tapi akal ku masih waras.
Sebenarnya kami berkahwin bukan atas dasar suka sama suka. Tetapi atas sebab nenek aku merupakan sepupu kepada atuk Adam. Hisyh,aku memang benci bab-bab kahwin paksa ni. Macam drama! Sudah dua bulan aku dengan Adam hidup sebagai suami isteri. Oppss,itu pun atas pandangan perspektif dan agama. Tetapi bagi kami,hidup kami umpama housemate. Tidurpun bilik yang berasingan. Berbalik kepada memasak. Aku sudah merencana sesuatu yang pasti dapat mengenyangkan Adam. Sambil tersenyum nakal aku memulakan projek.
“Adam!! Kau tak nak bangun makan ke hah!!??” Aku sudah menjerit di luar pintu bilik Adam. Hisyh,sah lah mamat ni tidur mati. Memandangkan tekak ku sudah sakit gara-gara memanggil Adam,aku bertekad untuk masuk ke biliknya. Kebetulan pula biliknya tidak berkunci. Aku pantas mencapai bulu ayam yang ada di atas meja belajar di tepi bilik Adam dan masuk ke dalam biliknya. Aku mencari kelibat Adam namun tiada. Saat itulah kedengaran pintu bilik air di dalam bilik Adam dibuka. Bagai dipanggil aku segera menoleh dan...
“ARRRGGGGHHH!!!” Aku dan Adam serentak menjerit. Terkial-kial aku menutup mata dengan tangan. Bulu ayam yang dipegang sudah jatuh. Adam yang ketika itu hanya bertuala segera masuk semula ke dalam bilik air.
“Oii,kau tak reti ketuk dulu ke sebelum masuk bilik aku?!” marah Adam. Aku sudah membuka mata.
“Aku dah penat jerit dekat luar. Manalah aku tahu kau tengah mandi.” Jawabku.
“Aku boleh saman kau tahu tak? Sebab menceroboh hak asasi aku!” tingkas Adam. Aku mencebik. Hak asasi konon. Pirraaahhhh!!!
“Makhamah takkan terima sebab tak salah kalau seorang isteri masuk bilik yang ada suaminya!” tentangku.
“Arh! Apa-apa jelah. Yang kau ni tak reti nak keluar ke? Ke kau nak tengok free show?”
“Tak ingin aku!”
“Haa..kalau tak ingin cepat keluar. Aku kira sampai tiga..1...2...” Aku masih lagi berdegil. Sebenarnya aku sengaja ingin menguji kesabarannya.
“Aku tak nak keluar..” Aku semakin seronok mengenakannya. Dapat didengari keluhan kasar Adam.
“3!!!” Pintu bilik air dikuak dan Adam keluar. Aku segera menutup mata dan berlari keluar. Tidak aku sangka Adam benar-benar melakukan itu. Segera aku masuk dan mengunci pintu bilikku. Dari dalam bilik aku,aku dapat mendengar Adam mentertawakan aku kerana biliknya berhadapan dengan bilik aku. Geram benar aku dengan Adam. Tapi tak apa sebab sebentar lagi aku pula akan ketawakan dia.
Beberapa minit kemudian kedengaran suara Adam di luar bilikku. Aku melihat jam loncengku dan maggi yang baru aku rendam. Cepat pula mamat ni bersiap. Selalu berjam-jam.
“Kau nak apa hah?!” tanya ku dari dalam bilik.
“Aku nak makanlah..”
“Aku dah sediakan semua. Kau pergi jelah makan.” Ujar ku. Setelah pasti Adam sudah berlalu pergi,aku ketawa seronok. Aku mengira dari satu hingga tiga dan akhirnya..
“HANIMMMM!!!” suara Adam bergema di segenap penjuru rumah. Aku dari dalam bilik sudah ketawa terbahak-bahak. Teringat aku apabila ‘sajian’ yang aku sediakan cukup untuk membuatkan sesiapa saja marah. Bawang yang belum dikupas,beras,garam,cili kering dan gula menjadi hidangan. Sudah semacam cerita musang berjanggut. Aku yakin saat ini Adam pasti benar-benar marah. Haa..rasakan! Makanlah kenyang-kenyang wahai Adam.
Ketika aku turun untuk membuang bekas maggi cawan ku,Adam duduk di meja dengan muka ketat. Aku hanya menjeling melalui ekor mata sambil bernyanyi kecil. Aku tahu Adam pasti sangat marah. Tetapi ada aku kesah? Aku segera ke singki membasuh cawan,sudu dan tangan. Ketika hendak berlalu pergi dari dapur,aku hampir jatuh. Semua gara-gara Adam menyadungku dengan kakinya. Aku bengang.
“Nak apa hah!?” soal ku pura-pura tidak bersalah.
“Aku nak makan! Kalau kau tak masak,kau tak boleh keluar dapur.” Adam bersuara keras. Aku masih lagi buat muka tak tahu.
“Bukan tadi kau dah makan ke? Tak kenyang lagi?” Aku membalas. Dapatku lihat muka Adam mulai merah menahan marah.
“Kau bagi aku bahan yang tak masak macam mana aku nak makan?”
“Habis apa masalahnya? Kau masaklah. Excuse me..” Aku segera menolak Adam ke tepi dan terus berlalu ke ruang tamu untuk berehat. Dari situ aku dapat mendengar telefon bimbit Adam berbunyi. Beberapa minit kemudian dia sudah ada di depanku sambil mencekak pinggang.
“Hisyh,tepilah!” Marahku kerana dia menghalang pandanganku ke arah televisyen.
“Mama suruh datang rumah sekarang juga.” Ucapnya. Aku tergamam. Aduh,pasti kena berlakon seolah-olah aku dan Adam amat bahagia. Ouh,tidak!
Mama menyambut kami dengan baik. Aku mencium tangan ibu mertuaku dengan penuh hormat. Dia pula mencium kedua belah pipiku penuh kasih sayang. Tersentuh pula hatiku saat itu.
“Hanim sihat?”
“Sihat ma..” jawabku memaniskan muka. Adam pula saat itu tidak ketinggalan untuk bermanja dengan mamanya.
“Hisyh kamu ni Dam..dah jadi suami orang pun nak manja lagi. Tak lama lagi nak jadi bapak orang pulak.” Ujar mama. Aku terpempam mendengar perkataan ‘bapak orang’. Bapak kepada anak siapa? Anak dia dan aku kah? Ouh,tidak! Berkali ganda aku tak mahu.
Aku pura-pura untuk ke bilik air. Sebenarnya aku tidak mahu mama menyasar ke topik perbualan tentang anak. Ketika aku pasti mama tidak membicarakan topik itu,aku kembali semula ke ruang tamu rumah banglo 3 tingkat itu. Mahu patah tulang aku mendaki. Adam sedang rancak berbual dengan mama. Aku duduk di sebelah Adam. Dia secara tiba-tiba merangkul pinggang ku sehingga menyebabkan aku kurang selesa. Aku cuba merenggangkan pelukkan tetapi makin erat dibuatnya. Akhirnya aku mengalah. Mama tersenyum melihat kami.
“Mama ada tanya dengan Adam bila kamu berdua nak bagi mama cucu? Mama bosan duduk sorang dekat rumah. Waktu-waktu macam ni papa keluar bekerja. Anak pula mama ada dua orang je. Adam dengan Dahlia yang tengah study dekat Denmark. Jadi,bila Hanim boleh laksanakan impian mama? Kalau boleh mama nak timang cucu sebelum mama pergi.” Ujar mama panjang lebar. Aku jadi serba salah pula dibuatnya. Kelu tanpa kata.
“Adam kata insya-Allah dalam tahun ni. Hanim boleh?” aku tercengang. Tak guna betul si Adam ni. Kenapa lah dia cakap dalam tahun ni. Dah lama hidup ke mamat ni? Aku menjeling tajam ke arah Adam. Adam sudah tersengih-sengih seperti kerang busuk.
“Hanim tak tahulah ma..rezeki di tangan tuhan.” Hanya itu yang aku mampu suarakan. Mama mengeluh hampa.
“Tak apa,mama akan bantu kamu berdua.” Bersungguh mama nampaknya. Aduh apa yang aku nak jawab? Ni semua kerana ADAM! Aku hanya mampu tersenyum.
“Malam ni kamu berdua bermalam di sini ye..lagipun dah lama tak berkumpul.” Ajak mama.
“Okey!” Belum sempat aku menjawab Adam terlebih dahulu menjawab. Memang cari nahas Adam ni. Aku pasti dia mesti ada muslihat. Tangannya segera aku rentap dari pinggangku. Mujur mama tidak melihat.
Sakit hatiku hanya tuhan yang tahu. Adam memang sengaja membuat aku marah. Di meja makan tadi bukan main lagi dia layan aku. Sempat juga dia malukan aku. Katanya,mama nak tahu,Hanim ni kalau dah lapar bawang tak berkupas pun dia makan. Bergema tawa mama dan papa. Bibik Surti pun sama. Aku malu yang amat. Aku betul-betul marah. Malam ni aku akan pastikan Adam merana!
Aku segera pura-pura tidur saat Adam melangkah masuk ke bilik. Aku dapat dengar dia melangkah ke bilik air dan keluar semula. Dia mematikan lampu bilik itu dan hanya tinggal lampu tidur saja. Tiba-tiba dia memeluk aku dan mendengus nafasnya di telingaku. Meremang bulu romaku.
“Good night Mak Bedah.” Itu kata-katanya. Aku jadi kelu. Segera aku menendang perutnya. Bergolek Adam jatuh dari katil. Setelah dia bangun dan aku sudah berdiri di atas katil sambil memasang kuda-kuda.
“Jangan dekat..kalau tak habis kau!” Ugut ku. Mukanya berkerut-kerut menahan sakit sambil kedua tangannya diangkat.
“Woo..okey relaks. Aku ingat kau dah tidur dan tak sedar dengan apa yang aku buat.” Ujar Adam. Perutnya diusap-usap.
“Kau ingat aku apa hah!? Dah berapa lama buat kerja ni?” aku masih lagi dengan kuda-kudaku.
“Baru malam ni lah.” Jawabnya. Aku kisah apa baru malam ni ke,apa ke,dia tetap salah!
“Kau ni nak ambik kesempatan ek?” Adam pantas menggeleng. Belum sempat aku sambung berkata,guruh berdentum tiba-tiba dan elektrik terputus. Memang sedari maghrib tadi hujan sudah turun. Aku menjerit ketakutan dan mulai menangis. Sedari kecil aku memang takut dengan guruh dan kegelapan. Aku mencari sesuatu yang dapat aku berpaut. Saat itu tubuh sasa Adam memeluk aku. Aku mula senyap dari tangisan. Aku merasa selamat di dalam pelukkannya. Dia berbisik agar aku bertenang.
“Syyhh!! Segalanya baik-baik saja.” Ujarnya. Aku hanya berdiam diri dan membalas pelukkannya. Guruh bunyi lagi. Aku makin mengeratkan pelukkan. Aku dapat rasakan Adam membelai lembut rambutku. Aku terbuai dengan belaian itu. Sedang aku asyik dengan belaian itu lampu tidur kembali terpasang menandakan elektrik sudah ada. Aku bagai baru tersedar dari mimpi bahawa aku dan Adam saling berpelukkan segera menolak dia jauh-jauh. Adam kaget dengan perlakuanku. Dalam samar-samar lampu tidur aku tertunduk malu. Ternyata bukan Adam yang ‘terkena’ tetapi aku.
“Maaf..aku tak sengaja.” Jawabku. Nafas ku menjadi tak teratur. Kejadian selama beberapa minit tadi bagai mimpi indah + ngeri buat aku.
“Err..tak apalah. Aku tidur atas sofa malam ni. Kau tidurlah. Selamat malam.” Ujar Adam lantas berjalan ke arah sofa yang ada di dalam biliknya. Aku berbaring dan cuba melelapkan mata tetapi gagal. Akhirnya setelah mencuba aku berjaya juga.
“Ya Allah!” Aku pantas bangun dan mengucap. Berpeluh tubuhku. Aku melihat ke arah sofa dan Adam masih lena. Tak percaya dengan mimpiku. Aku memperoleh anak hasil hubungan ku dengan Adam. Ouh,tidak!
Aku menoleh ke arah jam di dinding dan ternyata hari sudah pagi dan hujan sudah reda. Pukul 6 sudah masuk waktu subuh. Aku segera bangun untuk bersolat sebelum mengejutkan Adam. Aku keluar bilik ketika Adam sedang solat. Tampak tenang wajahnya.
Riuh keadaan dapur ketika aku turun. Mama dan Bibik Surti sedang menyediakan sarapan sambil bergurau.
“Assalamualaikum ma..” tegurku. Mama berpaling dan tersenyum.
“Wa’alaikumussalam.” Jawab mama. Aku juga memberi salam kepada bibik.
“Lena malam tadi Nim?” Tanya mama. Aku cuma mengangguk. Masih terbayang kejadian malam tadi.
“Mana Adam?” tanya mama. Aku memandangnya sebelum menjawab.
“Ada tengah bersiap. Kejap lagi turunlah.” Jawabku. Aku membantu bibik menghidangkan hidangan. Ketika aku hendak mengangkat hidangan lain mama menegah. Jadi aku akur dan keluar ke taman mini mama.
Segar benar udara pagi itu. Terasa nyaman apatah lagi sesekali titisan embun jatuh di atas kepalaku. Aku duduk di tepi air terjun buatan. Banyak ikan koi sedang berenang-renang. Aku sendiri tidak tahu mengapa kejadian malam tadi masih aku terbayang. Bahkan aku merasa sudah tertarik kepada Adam. Tak! Aku tak boleh jatuh cinta pada Adam! Tak boleh! Aku cuba bertegas pada diri sendiri. Makin aku paksa makin kuat rasa itu. Sedang aku berlawan dengan perasaan kedengaran suara berdehem di belakangku. Adam sudah berdiri di hadapan ku dengan kemeja biru muda dan di kontrakan denga tali leher berwarna biru tua. Dengan wajahnya yang kelihatan segar menampakkan diri Adam yang merupakan seorang yang terpelajar dan bekerjaya.
“Mama panggil sarap.” Ujarnya pantas meninggalkan aku. Aku terpaku. Sejak malam tadi Adam berlainan sekali. Kalau tidak pagi-pagi seperti ini ada saja perkataan yang menyakitkan diperkata. Meskipun bukan di rumah mereka. Kalau tidak bersuara,mesej pun jadi. Asal dapat mencari gaduh. Tetapi pagi itu hanya perkataan mama panggil sarap. Itu saja? Aku menggaru kepala.
Adam pergi ke kerja dan aku seperti biasa duduk di rumah. Sejak berkahwin dengan Adam,aku tidak lagi bekerja. Mama ku dan ibu mertuaku melarang. Adam menyatakan pada aku sebelum pergi ke kerja bahawa malam ini kami akan bermalam lagi di rumah mama. Aku akur. Lagipun dapat juga aku menemani mama.
Ketika sedang membantu mama di tamannya,mama bertanya pada aku akan layanan Adam padaku selama ini.
“Adam layan Hanim dengan baik tak?” tanya mama. Aku mematikan paip yang aku guna untuk menyiram bunga. Aku menyertai mama dengan turut duduk di buaian mini.
“Erm..baik. kenapa ma?” Aku risau jika mama perasan bahawa yang sebenarnya di antara aku dan Adam punya benteng pertahanan tersendiri.
“Tak ada apa. Mama hanya risau kalau-kalau dia menyakitkan hati Hanim. Adam tu nakal tapi baik. Mama ingat lagi,waktu dia tingkatan 3 dia pernah main bola dekat taman ni denganDahlia. Pecah pasu mama. Buka sebiji tapi dua biji. Yang menyakitkan hati dia kata jiran sebelah baling bola kena pasu mama. Geram mama. Terus mama denda dia bersihkan taman mama selama seminggu. Sebenarnya mama bukan marah pasal dia pecahkan pasu. Mama cuma tak nak dia asyik nak menyalahkan orang lain sampai kesalahan sendiri tak nak ngaku.” Mama ketawa ketika bercerita. Meskipun umur mama sudah mencecah 54 tahun,mama tetap kelihatan cantik. Aku juga tertawa mendengar cerita mama. Tak aku sangka perangai Adam yang menyakitkan hati itu sudah sebati di dalam dirinya sejak remaja lagi rupanya.
“Setakat ni okey je. Tetapi kadang-kadang adalah jugak menyakitkan hati.” Akui aku. Mama mula tergelak kecil.
“Mama dah agak. Walaupun sikit,tetap ada perkara nakal yang dia buat.” Ujar mama. Aku hanya tersenyum.
“Adam tu umur je dah 27 tahun. Tapi perangai serupa budak 7 tahun.” Sambung mama lagi. Aku hanya menggeleng.
“Mama harap Hanim larat melayan kerenah Adam tu.” Aku mengangguk. Ye,selama ni aku memang ikut kehendak Adam. Dah serupa orang gaji aku jadinya.
Tengah hari itu mama mengatakan Adam dan papa akan pulang makan tengah hari. Jadi,aku telah membantu mama dan bibik memasak. Tomyam campur,sayur kailan ikan masin,ayam goreng,jus tembikai dan buah epal menjadi sajian. Walaupun ringkas tetapi menyelerakan.
Aku menyambut kepulangan Adam dengan baik hari itu. Bahkan melayannya di meja makan dengan baik. Aku sendiri tidak tahu kenapa.
“Err,mama Adam nak tinggalkan Hanim seminggu dekat rumah mama boleh? Sebab Adam kena pergi Langkawi esok untuk uruskan tender yang baru dapat.” Adam menyampaikan hasratnya. Mama tersenyum lebar.
“Boleh..apa salahnya. Lagipun Hanim menantu mama. Abang nanti ikut Adam ke?” kini mama beralih kepada papa setelah hasrat Adam dipersetujui.
“Tak. Kali ni saya nak dia uruskan sendiri.” Ujar papa. Aku hanya diam.
Aku menjadi pendiam sehingga ke malam. Aku sendiri tak tahu kenapa aku menjadi begini setelah mendengar Adam akan ke Langkawi selama seminggu. Apa ni? Aku sepatutnya suka. Arrrggghh!! Aku dah mula cintakan dia ke? No way! That’s no way to let his love inside. Aku menjadi semakin resah.
“Kenapa kau tak tidur lagi?” lamunan aku tercantas dengan teguran Adam. Aku tersipu-sipu.
“Nak tidurlah ni. Aku tidur dulu. Selamat malam.” Aku sudah mula menarik gebar untuk menutup tubuh ku.
“Selamat malam. Kalau nak apa-apa aku ada dekat bilik kerja.” Ujar Adam. Aku cuma diam. Dia menutup lampu dan meninggalkan aku dalam kesamaran cahaya lampu tidur. Aku lena setelah lama mengelamun.
Aku terjaga apabila rasa sejuk menucuk-nucuk hingga ke tulang rusuk. Padanlah,rupanya penghawa dingin dipasang paling tinggi suhunya. Kalau dibiarkan hingga ke pagi mahu beku aku. Saat itu baru aku sedar Adam tiada di dalam bilik. Aku ingin keluar ke bilik kerja tetapi mematikan niat setelah mendengar pintu bilik kerja yang berada di sebelah ditutup. Cepat-cepat aku ke katil dan pura-pura tidur.
Pintu bilik dibuka dan ditutup. Aku jadi kaku saat itu. Aku sangkakan Adam akan mengambil bantal dan tidur di sofa seperti semalam. Tetapi ternyata dia terus berbaring di sebelahku. Aku dapat merasa jari-jemari kasarnya mengusap lembut rambutku. Aku dibelai.
“I..I Love You.” Aku terkejut dengan kata-kata yang terpantul dari mulut Adam. Namun aku masih pura-pura tidur. Kini jari Adam sudah merayap ke pipi dan seluruh wajahku.
“Selamat malam sayang..”Seketika kemudian dahiku dikucup lembut. Aku terasa senang saat itu. Adam akhirnya lena sambil memelukku. Aku sendiri tidak tahu mengapa aku tersenyum. Arh,janganlah aku angau.
Seminggu telah berlalu. Tak sabar aku menunggu Adam pulang. Aku yakin dengan perasaan ku kini. Seminggu berpisah,aku sering berperang dengan perasaan rindu. Aku akui kini aku sudah jatuh cinta kepada Adam. Sesekali jika Adam telefon aku akan melonjak gembira tanpa pengetahuannya.
Cuaca pula hari itu tidak berapa baik. Hujan dari pagi hingga ke malam. Aku tahu ini pasti menyukarkan perjalanan Adam yang menaiki kapal terbang. Bila hujan begini,aku menjadi takut. Apatah lagi hari sudah malam. Aku duduk sendiri di dalam bilik menanti Adam. Serta-merta kejadian minggu lalu datang menerpa. Alangkah bagus kalau Adam ada ketika ini.
Sedang aku terkenangkan Adam,guruh berdentum dan elektrik terputus. Seperti biasa juga aku akan menjerit takut. Kini aku tidak tahu pada apa harus aku berpaut. Dimindaku sudah memikirkan pelbagai perkara yang menakutkan seperti kehadiran han** di kala ini. Aku cantas fikiran seperti itu.
Aku menarik selimut menyelubungi tubuh ketika pintu bilik diketuk betalu-talu. Aku takut. Mula membayangkan yang bukan-bukan. Pintu yang dikunci sesekali bergerak-gerak tombol pintu itu. Aku sudah semakin takut dan akhirnya terus baring sambil menyelubungi diri di dalam selimut tebal. Badan ku menggigil. Pintu bilik dibuka. Aku menjadi semakin takut dan nafas menjadi tak teratur. Aku merasakan ada sesuatu naik ke atas katil. Aku tidak bergerak.
Tiba-tiba badanku dipeluk dari belakang dan aku sudah mula menangis. Tangisan ku kedengaran. Badan ku lemah disaat ‘benda’ itu memeluk aku.
“Tolonglah..aku tak..kacau kau. Jangan kacau..aku.” tersekat-sekat suara ku. Pelukkan itu semakin kuat. Desahan nafas hangat terasa ditegkuk ku. Meremang bulu roma aku. Aku tidak tahu apakah jin yang sedang memelukku? Aku menjadi takut.
“Syyyhh!! Jangan takut. I’m not ghost.” Suara itu lembut kedengaran di telinga ku. Aku terpempam. ADAM!
Aku bangun secara tiba-tiba. Dengan diterangi cahaya kilat dari luar,wajah Adam dapat aku lihat. Aku segera memeluknya erat dan menangis. Adam membalas.
“Dah jangan nangis. Sayang akan selamat. Abang akan jaga sayang.” Satu lagi kejutan yang aku terima. Panggilan aku-kau tak lagi digunakan. Kini abang-sayang sebagai ganti. Aku menangis terharu. Adam yang perasan aku masih menangis mengangkat wajahku.
“Kenapa nangis? Abang tak sakitkan hati sayang lagikan?” Aku cuma menggeleng. Dalam hati hanya Allah yang tahu.
“Hanim sayang abang..I Love You.” terlafaz juga kata-kata keramat itu. Adam menarik aku erat di dalam dakapannya dan malam itu merobohkan segala benteng pertahanan kami.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan