Powered By Blogger

Sabtu, 28 Mei 2011

CERPEN ( MR. PINK VS. MRS. BLUE )

“Tak mahu!! Ad tak nak,tak nak lah! Lagipun bukan Ad kenal mamat tu. Entah sape-sape lah.” Ad atau nama sebenarnya Adila memberontak apabila mamanya menyatakan bahawa dia sudah dijodohkan dengan seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Yang pasti lelaki itu anak kepada teman seangkatan erobik mamanya. Yang sebenarnya Datin Ruby risau akan anak tunggalnya itu. Perangai Adila tak ubah seperti lelaki. Ini yang menyebabkan Datin Ruby risau. Risau jika anaknya tersilap ‘jalan’.
“Alarh,Ad jumpa dulu. Lepas tu kalau tak cinta kahwin dulu baru cinta. Macam mana?” Beria-ria Datin Ruby. Adila memandang mamanya dengan kesal. Hisyh,mama ni dah gila ke? Nak paksa aku pulak.
“Ma,cinta mana boleh dipaksa. Lagi pun Ad yakin yang sampai bila-bila pun Ad takkan jatuh cinta. Sebab Ad dah lama buang rasa cinta tu. Buang masa je cintan-cintun ni.” Ujar Adila masih mahu membentak. Dia teringat kisah di zaman persekolahannya. Kerana cinta dia hampir diperkosa. Sejak itu dia menjadi ‘kebal’ dari cinta dan tak mudah mempercayai lelaki. Baginya lelaki semua sama kecuali papanya.
“Ada je alasan. Mama yakin budak Saiful ni baik orangnya. Ad kenal dengan dia dulu ye sayang? Petang ni mama ajak aunty Dahlia datang bawak anak dia tu. Ad jumpa ye?” tidak putus-putus Datin Ruby memujuk anaknya. Adila mati kata. Cepat dia mencari alasan.
“Petang ni tak boleh. Sebab Ad ada training dekat gim. Lain kali jela.”
“No! I say this evening. Kalau Ad degil,mama takkan bagi elaun bulanan selama sebulan..up dua bulan. Training tu bila-bila boleh. Kalau A yang mama kata,A jawabnya.” Adila kalah juga bila berperang mulut dengan mamanya. Datin Ruby sudah ke dapur. Adila buntu. Dia mencari cara yang harus dilakukannya. Dia mengeluh apabila akhirnya tiada apa-apa idea datang menjelma.
Seperti yang terpaksa diturutnya,Adila bersiap untuk bertemu dengan lelaki yang bernama Saiful itu. Dia memakai jean lusuh dan kemeja petak-petak berwarna biru. Gayanya memang tidak ubah seperti lelaki. Gaya jalan juga keras. Datin Ruby yang melihat hanya menggeleng. Adila tahu mamanya sedang memperhatikan dia,namun tidak diendahnya.
“Ad,kenapa Ad pakai macam ni? Kan mama dah sedia kan baju kurung tadi.” Tegur Datin Ruby.
“Mama ni..Ad dah putuskan nak jumpa ni dah kira baik tau. Kalau Ad tak nak jumpa mama yang kecil hati. Biarlah Ad nak pakai baju apapun.” Ujar Adila mula rimas dengan sikap mamanya.
“Datin, Datin Dahlia sudah datang.” Kehadiran bibik telah menyelamatkan keadaan. Adila tersenyum lega.
Adila mengikut langkah mamanya menuju ke ruang tamu. Dia hanya tersenyum ketika Datin Dahlia memuji kecantikkannya. Arh! Kecantikkan ni dulu yang hampir membinasakan aku. Adila berdialog di dalam hati. Dia terkesima seketika ketika Datin Dahlia mengenalkan anak lelakinya yang bongsu. Saiful!
“Ni lah Saiful. Saif,ni lah Adila yang mama cerita tu.” Ujar Datin Dahlia memperkenalkan Adila kepada anak lelakinya itu. Saiful tersenyum malu. Adila memandang dengan perasaan geli-gelaman. Diperhatikan lelaki itu dari atas sampai bawah. Kulit yang putih melepak,berseluar jean hitam dan t-shirt merah jambu. Biar betul mama ni? Nak satukan aku dengan mamat ni? Ouh, no! Dia ni lelaki ke ba..
“Ad,kenapa diam je?” Tegur Datin Ruby. Dia perasan akan renungan mata anaknya terhadap Saiful. Oleh kerana takut Datin Dahlia perasan,dia segera menegur anaknya.
“Err..tak ada apalah ma.” Adila beriak selamba. Dia dapat melihat jelingan amaran mamanya.
“Eh Lia,I nak tunjukkan you sesuatu. Jom kita pergi tengok. Biarkan budak-budak ni berborak.” Ajak Datin Ruby. Adila sudah membeliakkan matanya. Dia memandang mamanya dengan harapan agar mamanya tidak pergi. Namun mamanya pura-pura tidak mengerti. Adila cuma memerhati kelibat mamanya dan Datin Dahlia hilang.
Panas punggungnya lama-lama di situ. Dia segera bangun dan keluar ke halaman ruang kolam renang. Saiful juga turut sama mengikut langkah Adila. Adila hampir tergelak kerana melihat lenggang-lenggok Saiful berjalan. Namun,ditahannya. Rimas pula dia bila Saiful mengekorinya.
“Hey kau! Apa kau nak?” Sergah Adila dengan tiba-tiba. Terkulat-kulat Saiful ingin menjawab.
“Err..saya..saya nak..nak kenal dengan..awak.” Saiful takut-takut untuk bersuara. Adila senyum sinis.
“Huh! Kau ni memang anak mak kan? Ikut je telunjuk mak kau. Mak kau kata kau kena kahwin dengan perempuan macam aku pun kau setuju kan? Kau tak takut ke kena wrestling dengan aku hari-hari?” Soal Adila. Saiful menggeleng. Adila tidak puas hati.
“Kau ni payah lah! Kau tahu kan kahwin ni tak boleh dibawa main? Kahwin ni kena ada...apa tu? Haa..cinta. Kalau tak cinta macam mana lah nak hidup bahagia. Alarh,aku tahu kau pun ada teman wanita. Mesti kau terpaksa tinggalkan dia kan? Kau ni anak jantan,jangan jadi lembik! Tak kesian ke kat awek ko tu?” Panjang lebar Adila bertazkirah. Saiful hanya diam tertunduk. Adila nampak muka lelaki itu merah. Dia tersenyum sinis. Dia mengatur langkah untuk meninggalkan lelaki itu. Namun belum sempat dia pergi Saiful bersuara.
“Mama kata kahwin dulu baru bercinta. Dan saya tak ada teman wanita. Sebab tulah saya terima cadangan mama saya.” Jawab Saiful. Dia mendekati Adila. Kini dia sudah berada di hadapan. Memandangkan ketinggian Saiful melebihi Adila,Adila menjadi sedikit gugup. Dia sebenarnya berniat untuk mengenakan Saiful supaya selepas ini Saiful akan serik untuk berkenalan dengannya. Dia terpandangkan kolam renang di sebelahnya. Dia tersenyum nakal.
Sengaja dia melepaskan ikatan rambutnya dan berpura-pura mengibas rambutnya seperti orang yang sedang rimas. Ketika itu juga sengaja getahnya dijatuhkan ke dalam kolam dan dia menjerit. Dia ingin berpura-pura mengambil tetapi Saiful terlebih dahulu ingin mengambil. Umpan sudah mengena dan ketika Saiful membongkok,Adila menolak Saiful. Dia menjerit seolah-olah terkejut. Saiful juga begitu.
Datin Ruby dan Datin Dahlia yang mendengar segera keluar untuk melihat. Terkejut mereka melihat situasi itu. Datin Ruby segera menyuruh bibik mengambil tuala dan bibik tiba tidak beberapa minit kemudian. Datin Dahlia mendekati anaknya yang sedang memanjat tangga. Adila tersenyum sinis melihat Saiful. Saiful tertunduk ketika melihat senyuman Adila.
“Apa Saif buat sampai jatuh dalam kolam?”
“Err..Saif..Saif tergelincir mama. Tadi Saif nak ambik getah Adila. Tapi entah macam mana boleh tergelincir. Adila tak sempat nak tarik Saif tadi.” Bohong Saiful. Dia tahu Adila tidak menyukainya. Dan dia juga tahu Adila yang menolaknya. Tetapi dia telah bertekad tidak akan mengalah. Oleh kerana itu dia bercerita perkara yang baik. Dia memang lembut tetapi dia adalah lelaki yang gentleman. Adila sedikit terkejut apabila Saiful menyatakan begitu. Datin Ruby tahu Saiful bukan tergelincir tetapi pasti ada sesuatu yang berlaku angkara Adila. Adila dijelingnya.
Datin Dahlia meminta diri untuk pulang. Datin Ruby menghantar kawan baiknya itu sehingga ke pintu pagar dan segera dia masuk ke dalam rumah.
Ketika dia masuk,Adila sedak duduk tertawa berdekah-dekah sambil menonton televisyen. Langsung tiada rasa bersalah. Dia duduk di sebelah anaknya.
“Ad,cuba Ad bagitahu mama perkara yang sebenar?”
“Perkara apa?” Adila memandang mamanya dengan wajah selamba.
“Perkara apa Ad tanya? Perkara yang Saiful jatuh tadi.”
“Alarh mama..kan ke Saiful dah bagitahu tadi.”
“Itu mama tahu. Mama tahu yang dia sedang menipu dan membela kamu! Ad tolak dia kan?” Datin Ruby masih mendesak. Adila hanya menganggkat bahu.
“Kenapa Ad buat macam tu?”
“Saja.”
“Mana boleh saja. Ad tahu tak,tak baik buat dia macam tu.”
“Biarlah. Takkan sebab macam tu je dia dah nak cengeng.”
“Apa pun yang Ad nak cakap mama tak kisah. Hujung bulan ni,Ad dan Saiful akan berkahwin. Bertunang dua jam lepas tu kahwin. Keputusan mama muktamad. Papa pun dah serahkan segalanya kepada mama. Mama dan Datin Dahlia pun dah setuju. Ad tak boleh membantah. Harap faham.” Datin Ruby meninggalkan Adila yang sedang terkejut. Adila tidak dapat berkata apa-apa. Lidahnya kelu.


Hujung bulan..
Adila rimas dengan jari-jemarinya yang sudah dibaluti daun inai. Dia ingin membasuh tetapi ditegah oleh Kak Salmiah. Kak Salmiah merupakan sepupunya. Dia merupakan siswi jurusan solekkan di sebuah universiti tempatan. Dia diberi kepercayaan untuk menjadi mak andam bermula dari malam berinai hinggalah ke majlis perkahwinan Adila.
“Kak Sal..apa kes ni berinai-inai segala? Rimas lah!” rungut Adila.
“Banyak songeh la Ad ni. Cuba ubah perangai tu. Dah nak jadi bini orang pun.”
“Ad tak mahu mama yang paksa.”
“Mama Ad nak yang terbaik. Takut Ad tersilap pilih haluan dengan sikap Ad tu.” Adila terkesima. Dia dapat menangkap maksud sepupunya itu.
“Mama tu yang suka fikir bukan-bukan. Dia ingat Ad tak tahu yang dia sebenarnya takut Ad jadi lesbo.” Ujar Adila selamba.
“Apa lesbo-lesbo ni?” celah satu suara. Nina adik Kak Salmiah masuk. Nina merupakan pelajar tingkatan 4. Dia adik Kak Salmiah satu-satunya.
“Tak ada apa.” Nina mencebik.
“Dan-dan tu kata tak apa. Eh,bakal suami kau tu kacaklah. Jalan pun bergaya. Aku tak nampak pun macam yang kau kata tu. Apa? Lembut?” Nina mula bicara tentang Saiful. Adila sudah ketawa.
“Sah kau silap orang. Eh,si Saiful tu dari jauh pun dah cam tau. Sebab cara jalan dia sebatu dah nampak. Mengalahkan mak nyah!”
“Kau ni tak baiklah. Serius aku cakap dengan kau..aku tak silap orang. Dia sendiri datang bagi cincin tunang korang.” Ucap Nina. Adila terdiam. Benarkah kata-kata Nina? Keliru Adila dibuatnya.
Hari yang ditunngu semua orang dan tetapi bukan Adila telah tiba. Adila dan Saiful sudah diikat selama dua jam tadi. Kini dia sedang disiapkan oleh Kak Salmiah untuk majlis akad nikah yang akan bermula sebentar lagi. Tangan Adila tidak duduk diam. Ada saja hendak ditolaknya.
“Cuba Ad duduk diam. Susah Kak Sal nak solek.” Rungut Kak Salmiah. Adila merenggus. Setelah siap,Adila telah dibawa ke masjid.
Ketika sampai,keluarga pihak lelaki sudah sedia menanti. Mereka melangkah masuk bersama. Adila melihat Saiful sudah duduk di hadapan tok kadi. Hati perempuan Adila terdetik melihat ketampanan Saiful dengan sepasang baju melayu berwarna putih yang tersarung ditubuh lelaki itu.
“ Boleh kita mulakan?” Soal tok kadi. Semua mengangguk. Dengan lafaz bismillah acara dimulakan.
“Muhammad Saiful Hakimi, aku nikahkan dikau dengan Nur Adila Safura bersama-sama mas kahwin sebanyak RM88.80 tunai.”
“Aku terima nikahnya Nur Adila Safura bersama-sama mas kahwin sebanyak RM88.80 tunai..”
“Sah?”
“Sah!” Dengan sekali lafaz Saiful dan Adila sudah sah menjadi suami isteri. Ketika Saiful sedang berjalan untuk mendekati Adila,Adila mula perasan dengan gaya langkah Saiful. Benar seperti kata Nina. Dia berpeluh.
Tangannya diraih dan disarungkan cincin dan kemudian dahinya dikucup. Saat itu bagai satu perasaan halus yang membuatkan Adila membalas dengan mencium tangan Saiful dengan hormatnya. Tanpa dia sedari Saiful sudah tersenyum.


Malam sudah tiba. Adila jadi panas punggung. Dia tidak mahu tidur sebilik dengan Saiful. Untuk menghilangkan resahnya,dia mengambil keputusan untuk mandi. Baru membuka pintu bilik air dia sudah menjerit kerana terdapat dua ekor lipas sedang berkahwin. Dia sememangnya geli dengan lipas meskipun dia brutal. Dia berlari ke arah pintu dan ingin keluar. Ketika dia keluar,dia terlanggar tubuh seseorang.
“Kenapa Adila tergesa-gesa?” tanya Saiful hairan. Dia merenung wajah isterinya yang pucat. Adila yang sudah tidak ambil peduli dengan siapa dia berhadapan telah menarik Saiful ke bilik air.
“Saya nak awak buang lipas-lipas ni cepat.” Arah Adila yang menyorok di belakang Saiful. Saiful tergelak. Tidak disangka gadis yang ganas seperti Adila takut dengan Lipas rupanya. Saiful segera mencari tisu dan masuk ke dalam bilik air. Dia mengambil dua ekor lipas tadi dan buang di luar melalui balkoni bilik.
Adila hanya melihat tingkah Saiful. Dia juga hairan mengapa perempuan yang ganas sepertinya boleh takut lipas sedangkan Saiful yang lembut tidak? Dia juga hairan dengan gaya jalan Saiful. Tidak seperti Saiful yang dikenalinya mula-mula dulu.
“Apa yang Dila pandang kat abang? Ada yang tak kena?” tegur Saiful setelah sedar dirinya menjadi perhatian mata Adila. Adila tersentap. Dia malu sendiri.
“Err..awak dah tak lembut ek?” Dengan selamba Adila bertanya. Riak wajah Saiful sudah bertukar keruh. Dia tidak menghiraukan pertanyaan Adila dan terus menuju ke arah katil. Adila hanya mencebik. Saiful sudah berbaring dan berselimut. Adila terus masuk ke dalam bilik air setelah mengambil baju tidurnya.


Adila merungut geram apabila tidurnya diganggu. Saiful cuma menggeleng. Dia sudah diberitahu oleh ibu mertuanya bahawa Adila memang liat untuk bangun pagi. Jadi dengan sabar Saiful tetap mengejut.
“Adila,bangun la..dah subuh ni.” Lembut suara Saiful. Bulat mata Adila setelah mendengar suara Saiful. Dia tidak bermimpi dan memang benar kini dia sudah menjadi isteri Saiful. Dia memandang Saiful yang hendak melangkah keluar. Diperhatikan lenggok gaya jalan lelaki itu. Dia mengerutkan dahi kerana gaya jalan Saiful tidak seperti semalam. Kini gayanya sudah lembut kembali. Dia menjadi keliru. Dia fikir mungkin dia masih mamai oleh kerana itu penglihatannya kurang jelas. Dia segera ke bilik air untuk mengambil wuduk dan kemudian solat.
Dia turun setelah siap mandi dan berpakaian. Kelihatan mama dan ibu mertuanya sedang seronok berbual.
“Selamat pagi pengantin baru..” Tegur Datin Dahlia. Adila hanya tersenyum. Malas hendak menyahut.
“Saraplah..kami semua dah sarap. Tinggal Ad je.” Ujar Datin Ruby.
Ketika Adila hendak meyuapkan nasi goreng ke mulutnya,satu suara telah membuatnya terhenti. Saiful berjalan ke arah meja makan dengan senyuman. Hampir terkeluar mata Adila apabila melihat gaya jalan Saiful lembut. Ternyata dia bukannya mamai tapi memang realiti. Dia tidak menghiraukan Saiful walaupun ketika itu dia menjadi keliru. Diteruskan juga niatnya yang hendak menyuap nasi goreng.
Setelah siap bersarapan,Adila telah naik ke biliknya dan turun semula. Beg sandang dan topi sudah ada bersama. Datin Ruby dan Datin Dahlia terkejut.
“Ad nak kemana?” tegur Datin Ruby.
“Kolej.”
“Kan Ad baru kahwin.”
“Ad nak hantar tugasan. Harin ni on due.” Jawab Adila sudah menyarung sepatunya. Saiful tiba-tiba muncul.
“Abang hantar Adila ye?” Saiful menawarkan diri.
“Err..tak payah lah. Saya naik motor je.” Adila menolak.
“Biar Saiful hantar. Mama tak percaya Ad pergi kolej je. Nanti lepas pergi kolej entah ke mana melencong.” Adila terpaksa menurut kata mamanya. Dengan langkah geram dia masuk ke dalam kereta Satria Neo Saiful. Saiful tersenyum ke arah ibu mertuanya.
Adila lega kerana dia sempat menghantar tugasannya. Dia masuk ke dalam kereta Saiful dan terus diam. Dia teringat akan persoalan yang bermain di benak. Lantas soalan itu diajukan.
“Err..kalau boleh tahu,kenapa malam gaya awak jalan macam lelaki. Tapi bila siang macam..err..macam auww??” Saiful memandang Adila sekilas sebelum kembali memandang ke arah jalan raya.
“Sebabnya,abang ada ‘penyakit’ yang pelik.”
“Penyakit apa?”
“Penyakit bila siang abang jadi auww..bila malam abang lelaki ’sejati’” Saiful tertawa. Adila mengerutkan dahi.
“Macam mana tu?”
“Sebenarnya apa yang Dila nampak sekarang bukanlah diri abang. Abang yang sebenar ialah abang yang Dila nampak malam tadi.” Adila keliru setelah mendengar kata-kata Saiful.
“Abang sebenarnya bukan lembut sejak kecil. Tapi,setelah abang naik tingkatan 4,abang telah masuk ke sekolah berasrama. Yang hanya ada pelajar lelaki..” Saiful terhenti di situ.
“Stop this car!!!” Adila memberi arahan. Serentak itu Saiful memberhentikan kereta.
“Bermakna awak ni gay?? Siang awak jadi gay dan malam lelaki? Saya balik sendiri.” Adila sudah keluar dari kereta. Saiful terasa dengan kata-kata Adila. Dia bukan gay. Dia keluar untuk mendapatkan Adila.
“Abang bukan gay. Abang tak pernah ada perasaan tu pun. Abang jadi macam ni sebab waktu tu abang diliwat oleh senior abang dan selepas sebulan abang berubah perwatakkan macam ni. Dan lepas tu abang terus keluar sekolah.”
“Apa pun alasan awak,saya tak tetap tak nak bersuamikan lelaki gay. Awak ni gay tahu?” Saiful kecewa dengan kata-kata Adila. Hatinya sebak tatkala itu. Dia terus meninggalkan Adila dengan perasaan sebal. Kenapa susah untuk Adila mempercayainya?
Adila berjalan pulang sendiri. Entah kenapa susah pula untuknya mendapatkan teksi hari ini. Tambahan pula hatinya mula rasa tidak sedap sejak Saiful meninggalkannya tadi. Dia melalui lorong rumah kedai yang sunyi itu. Kerana jalan itu yang dirasakannya cepat. Dia sering lalu di situ tetapi ketika dia menaiki motor dan bukan berjalan kaki. Dia menjadi takut pula dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku. Ketika dia berjalan ke hadapan sedikit,langkahnya dihalang oleh dua orang lelaki. Rupa mereka benar-benar menggerunkan. Salah seorang daripada mereka menyeringai. Adila telah membuka langkahnya. Mereka mendekati Adila. Adila menendang salah seorang daripada mereka hingga menyebabkan lelaki itu jatuh. Adila mahu memukul yang lagi seorang namun sempat ditahan.
Dia dipegang dan ditarik ke longgokkan kotak. Kedua-dua lelaki tadi sudah membuka baju mereka. Adila menangis. Kejadian beberapa tahun lalu kembali menerpa. Dia menjadi takut.
Suara seorang lelaki mematahkan niat dua orang lelaki tadi. Adila memandang ke arah suara tadi. Dan Saiful telah berdiri dengan sebatang kayu. Di sebelah kiri dan kanannya terdapat dua orang lelaki. Adila melihat saja Saiful dan rakan-rakannya membelasah dua orang penjahat itu sehingga pengsan. Adila bangun dan mendapatkan Saiful. Dia memeluk erat Saiful sambil menangis dan meminta maaf. Saiful membalas pelukkannya.
“Saya minta maaf sebab terlanjur cakap tadi..ni lah balasan untuk saya yang dah derhaka kepada awak. Terima kasih selamatkan saya.” Adila menutur kata di dalam sebak. Saiful membawanya masuk ke kereta dan pulang.


Seminggu kemudian..

Adila sudah bertekad untuk berubah. Memandangkan cuti semesta telah bermula,Adila mahu menjalankan tugasnya sebagai isteri. Saiful pula ke kerja. Dia masih lagi menetap di rumah mamanya. Sejak kejadian minggu lepas,Adila telah melayan Saiful dengan baik. Saiful juga masih lagi dalam proses mengawal perwatakkannya yang satu itu.
Memandangkan hari itu hari minggu,mereka telah bercadang untuk pergi bersiar-siar. Ketika Saiful sedang mandi,tiba-tiba telefon bimbit Saiful berbunyi. Adila mengangkat panggilan tersebut. Belum sempat Adila bersuara,pemanggil terlebih dahulu bersuara.
“Helo sayang,siang ni free tak? I nak jumpa you. I dah hantar mesej tapi you tak balas. Kenapa senyap? Okey I tahu mesti you dengan bini you kan sekarang? Tak apa nanti kita jumpa di Orient ye. I tunggu.” Adila tergamam. Suara lelaki? Kenapa panggil Saiful sayang? Mungkinkah benar Saiful.. Adila sudah menangis. Tidak di sangka kata-katanya minggu lepas memang benar. Dia segera mengelap air matanya ketika Saiful keluar dari bilik air.
“Eh,kenapa tak siap lagi?”
“Dila tak nak pergilah. Tak sihat.”
“Tak sihat? Nak pergi klinik tak?” Adila menggeleng.
“Hrmm..tak apalah. Dila rehat okey. Eh,ada mesej. Erm..abang nak kena jumpa kawan. Dila rehat ye. Kalau ada apa-apa call.” Ujar Saiful dia segera bersiap. Tidak beberapa minit kemudian dia siap. Sebelum melangkah keluar,Saiful telah mengucup lembut dahi Adila. Adila hanya membiarkan.
Setelah Saiful memandu pergi dari rumah,segera Adila keluar dan mencapai kunci motornya. Panggilan mamanya tidak dihiraukan. Dia menuju ke Orient seperti yang diperkatakan lelaki tadi.
Ketika sampai dia melihat Saiful disambut oleh seorang lelaki yang perwatakkan lembut juga. Mereka jalan beriringan masuk ke dalam. Adila memarkir motornya dan kemudian turut masuk. Orient merupakan sebuah restoran yang terkenal. Dia melihat Saiful telah bolos bersama lelaki tadi ke dalam sebuah dewan. Dengan lafaz bismillah dia membuka pintu dewan dan..
“Suprises!!” Adila kaku di hadapan pintu dewan. Dia melihat begitu ramai manusia di dalamnya. Intan dan member-member aku yang lain pun ada? Desis hatinya. Dia membaca banner yang tertulis, ‘ HAPPY BIRTHDAY ADILA’ . Adila sungguh terharu. Saiful datang mendekatinya dan meraih dia di dalam pelukkan.
“Akhirnya mengena juga perangkap abang. Abang dah rancang semua ni dan termasuk panggilan yang Dila jawab tadi. sebenarnya sepupu abang yang call. Acap. Abang tahu mesti Dila ingat abang..ttuutt..kan? Haha..sama sekali tak. Abang sengaja buat macam tu supaya Dila mengekori abang.” Ujar Saiful menerangkan segalanya. Adila menjadi geram. Mati-matian dia menyangka Saiful gay. Dia menyepak kaki suaminya.
“Auuwww!! Sakit kaki mak,nyah!” ujar Saiful berjenaka dengan gaya lembutnya. Semua orang tertawa. Adila sudah memeluk tubuh sambil memuncungkan mulutnya. Seketika kemudian dia terus memeluk Saiful dan turut sama ketawa.
“Ada gua kesah? Hahaha..maafkan Dila sebab salah sangka.” Adila memeluk Saiful erat. Kini dia tahu bahawa tidak lelaki itu semua sama. Dia bersyukur kerana telah dipertemukan dengan Saiful meskipun Saiful seorang lelaki lembut. Tetapi Adila sudah tidak kesah. Baginya dia memang sesuai dengan Saiful kerana dia juga merupakan gadis tomboy. Memang kena gayanya. Mereka merai hari jadi Adila sekaligus merupakan hari jadinya percintaan mereka, Mr. Pink with Mrs. Blue.

3 ulasan: