Powered By Blogger

Sabtu, 28 Mei 2011

CERPEN ( LORONG CINTA )

Setiap kali aku lalu di lorong ni,aku dapat rasakan seperti ada sepasang mata sedang memerhatikan ku. Setiap kali juga aku lalu di situ,dada ku akan mula berdebar-debar. Sedikit rasa kurang selesa kadang-kala menyelubungi diri.
Bila aku cerita kepada kawan-kawan baikku,mereka akan katakan, ilusi kau je tu. Ada juga yang berkata, ada la tu benda yang minat dekat kau. Sebab,orang kata lorong berhantu..haha. Aku tak tahu apa yang harus diperkatakan. Setiap cerita ku seolah-olah gurauan buat mereka. Geram juga bila begini jadinya.
Hari ni aku akan lalu lagi lorong tu untuk menghantar buku ke bilik guru. Apa lagi yang harus aku lakukan kerana hanya jalan itu satu-satunya untuk aku menuju ke bilik guru. Aku kuatkan semangat dan cuba tidak menghiraukan perasaan yang kian mendebarkan.
Ketika aku lalu dilorong itu,aku rasakan ada sepasang mata memerhatikan gerak-geri ku. Tiba-tiba terbang roket kertas dan jatuh di hadapan ku. Aku mula kecut perut.
Fikiran mula teringat akan kata-kata kawan-kawan ku. Aku tunduk untuk mengambil roket itu. Mujurlah masa itu buku yang hendak dihantar tidak banyak. Roket kertas itu aku perhatikan dan perlahan-lahan tangaku membuka lipatan roket itu. Ada tulisan di situ. Aku mengerutkan dahi sambil mulut ku terkumat-kamit membaca tulisan itu.

Assalamualaikum gadis lorong,
Izinkan saya menghulurkan salam perkenalan.

Aku mula gusar. Mataku mencari-cari kelibat seseorang dari arah roket ini terbang. Mataku menangkap bayang seseorang dari sebuah kelas kosong yang dijadikan dewan. Kelas itu memang bertentangan denganku. Adakah orang itu yang sering memerhatikan ku dari kelas itu? Jika benar,padanlah setiap kali aku lalu seperti ada yang memerhati. Aku ingin membalas surat layang itu tetapi pen pula tiada. Aku mengambil keputusan untuk menghantar dahulu buku.
Setelah tugas ku selesai,aku terus berlari untuk ke kelas. Ketika sampai di kelas Alina dan Nadia memandang ku pelik. Aku terus mengambil pen dan terus membalas surat layang tadi. Alina dan Nadia ingin melihat tetapi aku menyorokkan surat itu. Zana pula tak kelihatan batang hidungnya. Aku membalas surat itu tanpa kawan-kawan aku mengetahuinya.

Wa’alaikumussalam,
Saya akan izinkan jika awak beritahu siapa awak.

Aku melipat kembali surat itu kepada bentuk asalnya. Roket kertas! Setelah selesai,aku meminta izin guru bahasa melayu ku untuk keluar ke tandas. Kononnya!
Aku berdiri di lorong itu. Tidak tahu bagaimana untuk melakukannya. Aku mendekatkan sedikit diri dengan bangunan yang menempatkan kelas itu yang berada di tingkat satu. Dengan satu hayunan roket itu terbang dan masuk dalam kelas itu melalui celah tingkap. Setelah roket itu aku dapati ‘selamat’,terus aku berlalu masuk ke kelas. Ketika sampai,Zana sudah ada. Alina dan Nadia pula memandangku hairan. Bila aku duduk,mereka masih memandangku sehinggakan Zana turut sama memandang. Aku menjadi kurang selesa.
“Kenapa pandang aku macam ni?” Tegurku.
“Ada sesuatu yang kau sorokkan?” Soal Nadia yang duduk di sebelahku. Meja kami berdekatan. Nadia bersamaku,Alina pula bersama Zana.
“Tak ada apa.”
“ Kau dah kena sampuk dengan hantu lorong tu ke?” Celah Zana. Aku merenungnya tajam dan dia hanya tersengih.
“Mana ada hantu dekat lorong tu. Karut je.”
“Ouh,karut ek? Kalau gitu balik nanti kita lalu lorong tu ye?” Aku,Zana dan Nadia memandang Alina.
“Tak nak!” Nadia sudah menyanggah.
“ Kenapa?” Tanya Zana.
“ Aku takutlah. Buatnya hantu tu datang kejar kita macam mana?”
“Kau ni. Dania dah cakap kan tadi yang lorong tu tak ada hantu. Jadi,apa yang nak ditakutkan?” Alina sudah menggeleng selepas menghabiskan katanya.
“Korang ni,Dania tu saja nak bagi kita sedap hati. Kalau korang nak lalu,lalu lah. Aku tak nak ikut.”
“Arrh! Kesah apa kami. Nak tak nak,kau kena ikut. Ada faham?” Zana sudah menghabiskan katanya. Nadia memuncungkan mulut tanda tidak setuju.


Waktu pulang sudah tiba. Kami berempat jalan beriringan untuk pulang dan melalui lorong itu seperti yang dirancang. Lorong itu tidaklah sesunyi yang disangka. Ramai pelajar yang sering pulang melalui lorong itu ke tempat basikal yang juga tidak jauh dari situ. Jadi,tiada apa yang perlu kami takutkan.
Ketika hendak melalui lorong itu,Nadia sempat menarik tanganku sehingga aku mengundur sedikit ke belakang.
“Kenapa pulak ni?” tanyaku. Zana dan Alina sudah menunggu di depan.
“Tak naklah. Kita lalu jalan biasa ye?” Pujuk Nadia. Belum sempat aku menjawab Alina terlebih dahulu mencelah.
“Dah,tak payah nak mengada-ngada. Tak ada apa yang perlu ditakutkan. Bukan kita je ada di sini. Ramai lagi murid lain lalu.” Aku memandang Nadia dan lantas memaut lengannya.
“Tak ada apalah. Jom.” Aku terus menarik tangan Nadia. Kini kami sudah bersama semula seperti tadi. Ketika ingin melangkah,seperti kejadian ketika aku hendak menghantar buku,roket kertas yang sama telah tepat mendarat di kaki ku. Kami berpandangan. Alina sudah mula cuak. Aku hendak mengambil tetapi dihalang oleh Zana. Aku hanya tersenyum. Aku meneruskan niat dan terus membuka roket itu. Ada balasan. Aku membaca bait tulisan si lelaki misteri yang mungkin seringkali memerhatikan ku. Di saat itu pun aku masih terasa sedang diperhatikan.

Bukan saya tidak mahu memperkenalkan diri.
Biarlah ianya menjadi rahsia buat sementara.
Tapi,jika awak nak tahu juga,cukuplah sekadar mengenal saya sebagai Q.

Aku mengerutkan dahi. Dia nak aku mengenalinya dengan panggilan Q saja? Siapa dia ni? Hatiku tertanya-tanya. Tanpa sedar kawan-kawanku sedang memandangku pelik.
“Nia,apa benda tu?” Soal Zana.
“Tak ada apa.”
“Kau jangan. Bulu roma aku dah berdiri ni.” Ujar Nadia pula.
“Kau ni kan,cuba jangan fikir bukan-bukan. Suka sangat fikir yang karut-marut.” Marah Alina pula. Sedang rakan-rakanku bertekak,aku mendongakkan kepala ku ke arah kelas itu. Memang aku nampak ada bayang seseorang sedang menyorok di balik dinding di tepi tingkap. Aku hanya tersenyum. Aku akan cari siapa Q ni.


Tergesa-gesa aku pagi itu kerana aku sudah berjanji dengan Miss Sunanthy untuk mengambil buku di atas mejanya. Dalam kekalutan itu,aku tanpa sengaja telah berlanggar dengan seorang pelajar lelaki. Akibatnya aku dan dia jatuh terduduk di hadapan pintu masuk bilik guru. Mujurlah tiada mana-mana guru ketika itu.
“Err..maaf. Saya tak sengaja.” Aku menutur maaf. Mukanya yang putih jelas kelihatan berubah menjadi rona merah. Dia bangun dan menepuk punggungnya. Aku masih terduduk melihat mukanya. Rasa serba salah mula terasa. Aku baru saja hendak bangun dia telah menghulurkan tangan untuk membantu aku bangun. Aku menyambutnya. Dia menepuk-nepuk tangannya untuk menghilangkan debu.
“Tak apalah. Saya pun tak pandang depan.” Ujarnya tanpa memandangku. Dia membetulkan bajunya.
“Maaf ye. Tapi,awak okey ke ni?” Tanya ku. Dia mendongakkan muka dan mata kami bertentangan buat seketika sebelum aku melarikan mataku. Dia tersenyum. Goyah perasaanku melihat senyumannya.
“Okey. Err..awak?”
“Okey.” Aku tersenyum. Aku kembali teringat akan tujuan asal ku. Aku segera ingin melangkah masuk. Sebelum itu lelaki tadi memanggil ku. Aku menoleh.
“Nice to meet you. Saya..Irhan.” Ujarnya memperkenalkan diri tanpa diminta. Aku mengangguk sebelum menjawab.
“Dania.” Aku terus berlalu masuk dan menuju ke arah meja Miss Sunanthy. Ketika aku sampai Miss Sunanthy masih tiada. Barangkali dia masih belum sampai. Aku segera mengambil buku-buku yang aku dikehendaki ambil dan terus berlalu.
Ketika aku melalui lorong itu,aku hampir terlupa akan surat layang itu. Aku menoleh ke arah kelas itu setelah terlepas sedikit jaraknya. Aku berjalan mengundur dan spontan berpusing. Aku mengeluarkan roket kertas itu dan melayangkannya. Aku tersenyum kerana target ku mengena.


Sudah sebulan aku dan Q saling berutus surat layang. Kami sering berkongsi kisah termasuklah kisah lorong yang kini sering aku lalui. Katanya kisah yang mengatakan lorong itu berhantu sama sekali karut dan aku cuma tertawa mengenangkan reaksi Nadia ketika hendak melalui lorong itu dulu. Rakan-rakan ku juga sudah tahu tentang persahabatan diantara aku dan Q.
Tetapi,sehingga kini identiti Q masih lagi tidak ku ketahui. Akhirnya semalam aku telah mengambil keputusan untuk bertemu dengannya. Dan hari ini,kami akan bertemu buat pertama kalinya. Tempat pilihan kami ialah sebuah pondok di Taman Sains sekolah. Di situ kami rasakan sungguh tenang.
Hatiku mula rasa berdebar. Kata Zana,inilah perasaan seseorang ketika first date. Ah,ini bukanya date. Hanya hendak bertemu sebagai kawan. Ketika aku sampai,seorang lelaki sudah pun sedia menunggu. Aku memberi salam dan salam ku dijawab. Lelaki itu berpaling dan aku agak tergamam. Lelaki yang berada di hadapanku pernah aku temukan suatu ketika dulu. Cuma yang bezanya dia berkaca mata.
“Hai..” ujarnya.
“Err..hai. Irhan?” Tanya ku. Irhan kelihatan teragak-agak untuk menjawab.
“Saya Qayyum.” Ujarnya. Aku mengerutkan dahi. Hari itu dia memperkenalkan diri sebagai Irhan. Ah,mungkin Irhan juga namanya. Aku tersenyum dan terus duduk. Kami berborak mesra dan dari situ terbitnya benih kasih dan bunga cinta di antara kami.


Aku sudah tiga hari tidak bertemu Qayyum. Katanya dia mengikuti pertandingan badminton antara sekolah. Jadi rutinnya agak sibuk sehingga sukar untuk kami bertemu. Aku pula hari ini entah apa nasib badan terpaksa pulang sendirian. Alina dan Nadia ada perjumpaan Kelab Pengguna manakala Zana pula tidak hadir. Aku berjalan lambat-lambat. Ketika melintasi Taman Sains,aku menangkap suara yang cukup aku kenali. Iaitu suara Qayyum sedang bergelak ketawa. Aku mencari kelibatnya dan terlihat dia sedang berborak mesra seperti pasangan kekasih dengan seorang gadis.
Dengan senyap aku mendekati mereka. Aku berdiri di balik sepohon pokok Palma yang besar berhampiran pondok itu.
“Saya belum pernah jumpa awek macam awak ni. Awak ni dah la cantik,lembut,bergaya pulak tu. Untung saya dapat awak. Saya cintakan awak.” Bagai hendak gugur jantungku mendengar kata Qayyum kepada gadis itu. Lalu,apa pula erti kata cinta yang selalu dikatakan kepada ku. Aku memperhatikan mereka lagi. Penampilan Qayyum tidak seperti selalu. Dia tidak bercermin mata seperti pertama kali aku bertemunya di bilik guru. Dada ku berombak menahan amarah apatah lagi saat melihat dia menggenggam jari-jemari gadis itu. Tanpa membuang masa aku terus menyerang mereka.
“Qayyum! Saya tak sangka perangai awak macam ni. Dasar buaya darat!” Aku benar-benar marah. Qayyum kelihatan terkejut. Begitu juga dengan gadis tadi. Tanpa mendengar jawapan Qayyum segera aku meninggalkan mereka. Panggilan Qayyum tidak dihiraukan.


“Kau ni kenapa hah!? Kenapa kau tak halang dia?” Dia benar-benar marah. Irhan tersenyum sinis. Dia memang suka melihat Qayyum merandang. Dia memang sengaja bertemu dengan Syakila,teman wanitanya di situ supaya Dania melihat mereka.
“Awek kau,jadi kau uruskan lah ye.” Qayyum bertambah marah mendengar kata-kata abang kembarnya itu.
“Kau ni selalu nak rampas apa yang aku miliki. Eh,jangan harap aku akan mengalah dan bagi Dania pada kau. Itulah,waktu kau kena kelas tahanan dulu kenapa suruh aku ganti. Sekarang bila aku dapat ‘ganjaran’ kau nak ambik pulak. Eh,kali ni aku takkan korbankan diri aku lagi tahu. Walaupun kau kembar aku.” Qayyum melepaskan kemarahannya. Dia tahu Irhan pasti ingin merampas Dania dengan taktik kotornya. Seperti dia merampas Syakila daripada Qayyum. Qayyum relakan demi abangnya. Tapi kini tidak sama sekali. Irhan menggunakan taktik kotor dengan memunculkan diri terlebih dahulu di hadapan Dania sebelum dia. Ini yang membuatkan Qayyum marah. Mujur Dania menyebut nama Irhan pada hari pertama mereka bersua muka. Dan dari situ dia tahu Irhan telah berjumpa Dania sebelum ini.
Tanpa membuang masa Qayyum terus melangkah meninggalkan Irhan yang hanya memandang dengan pandangan mengejek.
Qayyum mundar-mandir di lorong yang mempertemukan mereka. Kerana lorong itu dia mula terpaut kepada gadis yang bernama Dania. Dia sering memerhatikan Dania melalui kelas kosong tempat dia selalu ditahan. Dia bersyukur kerana dia menggantikan Irhan untuk kelas tahanan. Jika dia tidak mengganti,pasti Dania tidak dikenalinya. Pelajar-pelajar yang lalu-lalalng hanya memandangnya pelik.


Aku memerhatikan Qayyum yang sedari tadi mundar-mandir menungguku. Oleh kerana marahku yang mendalam kepada Qayyum,membuatkan aku tidak mahu lagi melalui lorong itu. Aku meneruskan langkah menuju ke tempat basikal.
Malam sudah melabuhkan tirai. Aku berbaring di atas katil setelah selesai menyiapkan kerja sekolah. Aku masih teringat kata-kata Qayyum kepada gadis itu. Betapa sebalnya hati bila kata-kata itu kembali berputar di ruang minda ku.
Sedang aku berbaring,telefon ku berbunyi menandakan ada pemanggil. Tertera nama Qayyum di skrin. Aku mengabaikannya. Bila sudah hampir 10 kali,aku terus mematikan telefon. Tiada hati ingin menjawab.


Sudah seminggu tidak bertemu dengan Qayyum. Ini membuatkan aku dilambung rindu. Aku melangkah longlai memanjat anak tangga untuk ke kelas. Hampir saja aku tersadung ketika hendak melangkah ke anak tangga terakhir. Aku mengurut dada.
Ketika hendak masuk ke dalam kelas,aku di kejutkan dengan kehadiran Qayyum. Dia sudah sedia menanti di pintu masuk. Aku kaku tak bergerak. Kaki ini seperti sudah melekat. Zana,Nadia dan Alina datang menerpa.
“Nia,pergilah. Lama tau dia tunggu kau.” Ujar Alina. Satu persatu wajah mereka aku pandang. Dengan satu tarikkan nafas dan kemudian dilepaskan aku melangkah ke arahnya. Dengan muka mencuka dan langsung tidak memandang wajahnya aku menegurnya.
“Hrm,hai. Nak apa?”
“Saya nak minta maaf..”
“Tak ada apa yang nak dimaafkan. Saya dah tahu segalanya. Siapalah saya..tak cantik,tak lembut.”
“Tak..Dania tolonglah dengar dulu apa yang saya nak terangkan.”
“Apa lagi yang nak diterangkan. Saya tak nak jumpa awak lagi.” Aku terus mengatur langkah dan ingin masuk ke dalam kelas. Aku tahu Qayyum sudah jatuh melutut. Aku biarkan. Kerana lelaki seperti itu harus diajar.
Namun,langkah ku terhenti mendengar satu suara menyuruhku berhenti. Aku menoleh. Disaat itu dunia ku hampir saja gelap. Kini di hadapanku terdapat dua orang Qayyum. Seorang berdiri dan seorang lagi duduk melutut.
“Maafkan saya Dania. Hari tu yang awak nampak sebenarnya bukan Qayyum. Tapi saya,Irhan kembar Qayyum. Saya salah. Saya memang sengaja jumpa awek saya di situ supaya awak nampak. Tujuan saya nak pisahkan awak dan Qayyum. Setelah saya berfikir,saya sedar saya dah keterlaluan. Dulu,Qayyum sanggup lepaskan Syakila demi saya. Dan kini,saya ingin melakukan perkara yang sama. Merampas awak daripada Qayyum. Setelah tengok keadaan Qayyum selama seminggu ni tak bermaya,saya sedar yang saya seharusnya membantu dia. Kalau bukan kerana sifat iri hati,pasti perkara-perkara macam ni tak akan berlaku.” Irhan menjelaskan panjang lebar. Qayyum sudah bangun dan tersenyum. Aku memandang wajah kedua-duanya. Memang mirip cuma Qayyum memakai cermin mata dan Irhan tidak. Qayyum tersenyum. Bernarkah apa yang aku dengar? Jika benar akulah yang bersalah kerana tidak mendengar kata penjelasan daripada Qayyum. Aku mendekati Qayyum.
“Betul ke apa yang..err..Irhan cakap?”
“Betul! Saya betul-betul cintakan awak. Setiap kali kelas tahanan,saya mesti perhatikan awak.”
“Kelas tahanan? Awak nampak baik kenapa kena kelas tahanan?”
“Sebab saya..”
“Sebab Qayyum gantikan saya. Sepatutnya saya yang kena tahan. Tapi tulah,saya yang mintak dia ganti. Bila tahu dia jatuh cinta dengan awak,saya cuba mencelah.” Irhan menjelaskan bagi pihak Qayyum. Aku memandang Qayyum dan dia mengangguk.
“Maafkan saya ya sebab salah sangka.” Ujarku tulus tertunduk. Dia tersenyum lebar.
“Ya Allah,terima kasih sebab awak dah terima saya balik.”
“Cop,tak kata pun saya nak terima awak balik.” Riak wajah Qayyum berubah.
“Hahaha..dah kena! Saya terima awak balik. Okeylah nak masuk kelas dulu. Bye.” Ujarku tanpa memberi peluang Qayyum bersuara terus aku masuk ke kelas. Bila menyedari terlupa berkata sesuatu aku keluar semula.
“Lupa nak cakap,jumpa tempat biasa.” Ujarku terus meninggalkan Qayyum.


Aku melangkah riang ke lorong yang kira sudah lama tidak aku lalu. Setelah sampai aku mencari kelibat Qayyum. Apa dia lupa? Aku mengeluh. Hampir saja aku ingin melangkah pergi ketika ada dua roket kertas jatuh di hadapan ku. Aku tunduk dan mengambil. Setelah itu lipatannya ku buka.

Roket 1:
I
Roket 2:
WANT TO SAY

Dan aku tertanya-tanya. Aku memandang sekeliling. Dan roket yang saiznya lebih besar jatuh pula di hadapan ku. Aku turut melakukan perkara yang sama dan tergamam.

Roket 3 :
I LOVE YOU !!

Aku tersenyum. Aku mencari kelibat Qayyum. Aku menoleh ketika ada orang menyentuh bahuku. Qayyum berdiri sambil tersenyum.
“Hahaha..sempat lagi awak ya?” Ujarku.
“Tak kisahlah. Awak tak nak jawab ke?”
“Jawab apa?”
“Tu..”
“Ouh,tak nak.”
“Awak..”
“ I LOVE YOU !” ujarku pantas berlari meninggalkan Qayyum. Qayyum menjerit dan mengejarku. Aku menjelirkan lidah tanda mengejek. Kini kami sudah berdamai dan saling menyinta. Lorong itu menjadi saksi kerana di lorong itu kami berkenalan dan mengikat hubungan persahabatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan