Powered By Blogger

Ahad, 22 Mei 2011

CERPEN ( RATU )

“Excuse me !!” Kumpulan The Diva menolak setiap pelajar yang berkurumun di hadapan papan kenyataan. Mereka yang terdiri daripada empat orang gadis memang amat disegani di Sekolah Menengah Dato’ Haji Latib. Apatah lagi ketua kumpulan tersebut merupakan anak tunggal pemegang saham besar di sekolah itu.
“Shiela ! cuba kau tengok,ada pertandingan Ratu. Penyertaan haruslah berkumpulan dan setiap kumpulan hanya seorang akan dipilih sebagai wakil ke pusingan akhir. Hanya 5 kumpulan akan di terima dan setiap kumpulan terdiri daripada 3 atau 4 orang pelajar. Eh,Shark jadi juri lah. Wah,kau kena masuk. Shark kan pakwe kau mesti dia akan bagi kau markah lebih.” Liyana membaca setiap isi dan syarat penyertaan tersebut. Shiela,ketua kumpulan The Diva sudah tersenyum lebar. Hujung rambutnya dipintal-pintal. Siapa tidak tahu kisah cintany bersama Shark anak pengetua sekolah itu.
“Of cause lah aku akan masuk. Huh,kalau tak buat pertandingan pun gerenti akulah RATU.” Dengan bangga Shiela menyebut perkataan RATU. Beberapa orang pelajar yang mendengar hanya mencebik.
Akhirnya tempat telah ditinggalkan. Yang ada cuma kumpulan pelajar yang terlebih bagus itu saja. Sedang leka kumpulan The Diva meneliti poster pernyetaan,empat orang gadis telah menerpa ke situ.
“Korang-korang,marilah sini tengok apa yang aku nampak.” Izzaty menarik tangan Fana. Yani dan Dalila menurut langkah mereka.
“Eh,ada pertandingan Ratu. Kita masuk nak?” Izzaty dengan semangatnya memandang setiap daripada muka rakan-rakannya.
“Nak,nak. Aku dah lama tunggu pertandingan sebergini.” Dalila bersetuju. Fana juga begitu cuma Yani saja kurang menunjukkan minatnya.
“Tak naklah. Apa yang kita dapat dari pertandingan ni?” Yani bertanya. Rakan-rakannya terdiam. Tanpa mereka berkata apa-apa,suara Shiela yang sedari tadi mendengar mencelah.
“Huh,korang berempat nak masuk? Jangan haraplah..cerminlah diri korang tu dulu.” Shiela tersenyum sinis sebelum memetik jarinya tanda mengajak ahli kumpulannya beredar. Empat orang sahabat itu terpinga-pinga dengan kata-kata Shiela.
“Tengok,kita belum masuk pernyetaan lagi pun dah ada yang kutuk. Tak nak aku buat malu muka.” Yani menyambung kata-kata setelah bayang The Diva lenyap.
“Alarh,lantak dioranglah nak cakap apa. Kita tak kacau diorang pun..” Fana menjawab sambil berpeluk tubuh. Yani mencebik.
“Betul!” serentak Izzaty dan Dalila menjawab. Yani kehilangan kata. Dia mengeluh akhirnya.
“Lantak koranglah.” Dia terus meninggalkan rakan-rakannya dan menuju ke dalam kelas.


Setelah Yani melangkah masuk ke dalam kelas,dilihatnya pelajar-pelajar perempuan sedang berkerumun di papan kenyataan kelas pula. Yani sudah tahu apa sebabnya. Dia terus menuju ke tempat duduknya.
“Hai,tak join diorang ke?” seorang pelajar lelaki telah menarik kerusi dan duduk di sebelah Yani. Yani cuma membalas dengan gelengan.
“Kenapa? Bukankah benda-benda macam ni memang selalu menarik perhatian perempuan.” Lelaki itu masih lagi bersuara.
“Tak naklah ! Dany, aku ni bukan jenis suka masuk benda-benda macam ni. Nak kena catwalk lah,menyanyilah,menari lah dan sebagainya. Ish,tak gemor benor teman.” Dany tergelak mendengar kata-kata Yani.
“Kau memang. Apa yang kau minat? Haa..bab sastera memang kau akan masuk. Apa salahnya kau cuba masuk pertandingan ni. Aku nak juga tengok kau catwalk.” Ujar Dany cuba menyakat tetapi malangnya lengannya menjadi sasaran.
Tidak lama kemudian Izzaty,Fana dan Dalila melangkah masuk dengan senyuman panjang melebar.
“Dating je tahu!” Dany sudah bangun kerana Dalila telah masuk. Dia terus kembali ke tempatnya dengan sengihan.
“Mana ada dating. Borak kosong je.” Yani menyangkal kata-kata Izzaty.
“Yelah tu. Eh,kitorang dah daftar tau pertandingan tu.” Izzaty yang duduk di hadapan Yani pusing ke arahnya. Terbeliak mata Yani mendengar kata Izzaty. Tidak disangka rakan-rakannya benar-benar nekad. Yani memandang Dalila disebelahnya untuk meminta kepastian. Dalila tersengih dan mengangguk.
“Pertandingan tu akan bermula MINGGU DEPAN !” bagai hendak gugur jantung Yani apatah lagi dinyatakan dia juga turut serta.


Minggu Pertandingan..

“Baiklah minta perhatian kepada semua pelajar. Diharapakan bersabar dan bertenang. Pertandingan akan di mulakan sebentar lagi. Diminta semua peserta mendaftar diri.” Pengurus acara telah memulakan bicaranya. Berpusu-pusu pelajar di dalam Dewan Utama Sekolah Menengah Dato’ Haji Talib. Mereka begitu teruja untuk menyaksikan pertandingan yang pertama kalinya diadakan.
“Korang, aku nak tarik dirilah.” Yani gugup melihat suasana di dalam dewan itu. Berpeluh-peluh dahinya. Mata Dalila merenungnya tajam.
“Kau gila!? Setelah berhari-hari kau buat latihan,tak kan kau nak sia-siakan segala usaha kau. Lagipun,kita kena buktikan kepada The Diva yang kita lagi hebat!” Fana bersuara. Mereka semua terus membisu.
“Assalamualaikum..” mereka terus menoleh ke arah datangnya suara yang menyapa. Kelihatan Dany sudah berdiri tegak dengan sejambak bunga lili putih di tangannya. Izzaty,Fana dan Dalila tersenyum penuh makna. Dany melangkah ke arah Yani yang masih melekat memandangnya.
“Hai..” Dany menyapa. Yani memandang rakan-rakannya yang hanya tersenyum.
“Err..Hai.” Entah kenapa Yani bertambah gugup. Dany menghulurkan sejambak bunga lili putih itu kepada Yani. Yani tersenyum lantas menyambut.
“Thanks.” Hanya itu terucap. Dany tersenyum sehingga menampakkan lesung pipitnya.
“Wish you good luck!” Dany dengan pantas memetik sekuntum bunga dan diselitkan di celah rambut Yani. Yani terpana dengan tindakkan Dany. Rakan-rakannya yang melihat melopong dan tergelak kecil.
“Kau nampak bertambah cantik dengan bunga tu.” Puji Dany. Yani tersipu malu. Tiba-tiba entah dari mana datangnya kumpulan The Diva,mereka telah menolak Yani sehingga hampir jatuh dan berpusing ke belakang. Dany tidak sempat melakukan apa-apa tetapi mujurlah ada tangan sasa yang menyambut.
“Awak okey?” lelaki yang menyambut Yani bertanya. Yani mendongakkan mukanya. Dia terpana kerana lelaki itu adalah Shark teman lelaki Shiela.
“Saya okey.” Yani pantas membetulkan dirinya. Malunya bukan kepalang. Dany segera mendapatkannya.
“Kau okey?” Yani cuma mengangguk. Dany memandang Shark sekilas sebelum membawa Yani duduk di tempat berdekatan. Shark hanya memerhati Yani dari jauh.


“Baiklah para hadirin semua,hari ini seperti yang sedia maklum merupakan Hari Pencarian Ratu! Di sini,terdapat 5 buah kumpulan yang menyertai pencarian ini. The Diva juga tidak ketinggalan. Empat lagi kumpulan ialah TyFaNyDa,Shiny Girls,Princess dan Maya.” Tepukkan gemuruh dan sorakkan mula kedengaran. The Diva mula bangga di saat itu kerana bagi mereka,merekalah yang terhebat.
“Seterusnya,mari kita berkenalan dengan para juri. Juri-juri kita pula terdiri daripada 3 orang jejaka yang kacak-kacak dan sasa. Tidak lain dan tidak bukan, Shark,Iman dan Fairuz.” Tepukkan gemuruh kembali kedengaran.
“Baiklah,untuk meneruskan acara,mari kita berkenalan denga para puteri kita sebelum salah seorang daripada mereka ditabalkan menjadi Ratu!” acara sesi perkenalan berjalan dengan tepukkan gemuruh dan siulan nakal. Setelah acarah perkenalan tamat,mereka dikehendakki melalui 2 ujian sebelum mengetahui siapa disetiap kumpulan akan menjadi wakil ke pusingan akhir.
“Pusingan pertama,setiap peserta dikehendaki melakukan catwalk di atas pentas ini..mari kita mulakan dengan Shiela dari The Diva..” Shiela melangkah naik ke atas pentas dengan megahnya. Jelingan menggoda dihadiahkan buat juri-juri. Setelah turun dari pentas, dia menuju ke arah TyFaNyDa.
“You all boleh ke tandingi aku? Good luck!” Shiela terus meninggalkan mereka dengan pandangan sinis. Kumpulan TyFaNyDa sedaya boleh menahan amarah.
“Tengoklah nanti..kita mesti sedarkan dia!” Fana sudah menggempal penumbuknya. Mereka semua bersetuju. Ketika tiba kumpulan TyFaNyDa,Izzaty telah memulakan langkah. Ketika ingin naik beraksi,kaki Izzaty telah tersadung sehingga mengundang gelak tawa. Izzaty yang malu terus berlari kebelakang pentas. Yani melihat ke arah tempat Izzaty jatuh sebentar tadi. Kelihatan ada wayar di situ. Dengan perlahan langkah Yani diatur menuju ke arah hujung wayar. Di melihat Kiera dan Maya sedang tergelak sakan. Yani yakin ini angkara The Diva. Yani kembali semula ke arah rakan-rakannya.
“Dalila,Fana nanti ketika hendak naik ke pentas,hati-hati. Kumpulan The Diva akan menjerat korang semua.” Dalila dan Fana mengangguk. Ketika Dalila naik ke pentas, nasibnya baik kerana dia dapat beraksi dengan cermat sekali. Begitu juga dengan Fana. Yani telah menanam di dalam hatinya untuk mendapat markah tinggi daripada juri supaya dapat membalas dendam kepada The Diva.
Yani melangkah naik ke atas pentas dengan gaya menggoda dan senyuman yang memikat. Targetnya ialah Shark kerana Shark merupakan ketua juri. Dia meniup flying kiss kepada Shark ketika melangkah ke hadapan sebelum melangkah turun. Sakit hati Shiela melihat perlakuan Yani. Bertambah sakit melihat Shark yang sedari tadi tidak sudah-sudah memandang Yani.
“Aku takkan biarkan Yani dapat markah yang tinggi!” ujarnya sendiri penuh dengki. Ketika Yani kembali bersama rakan-rakannya,mereka memuji gaya dan tingkah Yani. Mereka sendiri terkejut melihat aksi berani mati Yani.
“Sekarang padan muka Shiela tu. Mesti tengah terbakar sekarang..hahaha..” Dalila tertawa seronok. Tawa mereka terhenti dengan kehadiran Shiela dan ahli kumpulannya.
“Jangan ingat korang dah menang!” Shiela terus berlalu dengan angkuh sekali. TyFaNyDa mencebik.
“Aku akan buat terbaik untuk balas dendam..”Ujar Yani. Izzaty,Fana dan Dalila tersenyum seronok. Mereka yakin dalam ujian kedua Yani pasti berjaya kerana Yani mempunyai suara yang merdu.
“Okey baiklah para hadirin sekalian..pusingan pertama telah berlalu. Sebentar tadi pelbagai aksi telah kita saksikan. Sungguh sengit ya! Para puteri kita masing-masing berentap dengan sengit. Tetapi,siapa diantara mereka yang akan menjadi RATU? Haa..pusingan kedua ini yang akan menjadi jawapan pertama. Setelah lima orang puteri dipilih di setiap kumpulan, mereka berlima akan melalui pusingan bonus yang mana akan menentukan siapa RATU yang dicari. Tanpa membuang masa,mari kita mulakan pusingan kedua, Sing A Song !!”
Pertandingan berjalan lancar namun,ketika Dalila beraksi,microphonenya telah mengalami masalah teknikal. Dia malu bukan kepalang. Tetapi,Yani tidak akan mudah terpedaya. Dia tahu ini semua angkara The Diva.
Nyanyian Yani telah menarik hati Shark dan juri yang lain. Sikit-sikit hati Shark mula terpaut kepada Yani. Ini membuatkan dia telah memberi gadis itu markah yang lebih tinggi daripada Shiela.
“Baiklah berakhir sudah kedua-dua pusingan kita. Keputusan telah ada di tangan saya. Nampaknya persembahan daripada semua perserta memang cukup-cukup menghiburkan. Mari saya umukan siapa lima puteri akan kepusingan bonus. Pusingan bonus ialah pusingan di mana para puteri yang terpilih akan memasak untu juri-juri kita..wooo!! menakjubakn. Baiklah tanpa membuang masa saya umumkan..puteri dari The Diva, Shiela!! TyFanyDa pula..” Pengurus acara itu sengaja menggantung ayatnya supaya suspen.
“Kalau aku dapat, aku akan jatuhkan Shiela.” Ujar Yani. Izzaty,Fana dan Dalila bersetuju.
“Yani!!” nama Yani diucapkan sebagai wakil kumpulan mereka. Mereka berempat saling berpandangan sebelum berpelukkan gembira. Shiela dan ahli kumpulannya memandang jengkel.
“Bertenang..masih ada tiga kumpulan lagi. Shiny Girls pula diwakili,Maisara!! Princess,Kate!! Dan akhir sekali, Maya diwakili oleh Aryna!!” segenap dewan riuh dengan tepukkan dan jeritan. Yani berasa bangga kerana dia terpilih. Ini membolehkan dia membalas dendam kepada The Diva yang telah memalukan rakan-rakannya.
Entah semangat apa yang meresap,Yani tampil dengan semangat berkobar-kobar. Memang kalau diikutkan,Yani membantah dirinya diturut serta pada awalnya. Tetapi kerana maruah,dia menjadi seronok untuk tampil kehadapan.
Sesi pusingan bonus dimulakan. Ligat saja kelima-lima peserta pusingan terakhir beraksi. Yani dan Shiela yang telah ditetapkan untuk bersebelahan sesekali saling jeling-menjeling. Bersungguh-sungguh Shiela memasak supaya dapat memikat hati juri terutama sekali teman lelakinya,Shark. Yani tenang saja kerana dia yakin dia dapat menandingi Shiela.
Ketika sedang sibuk mereka semua memasak,mereka dikejutkan dengan satu letupan. Semua mata tertumpu ke arah letupan itu. Ternyata bunyi letupan itu datang dari arah tempat Shiela. Semua yang ada ketawa terbahak-bahak kerana dapur Shiela meletup sehingga mukanya hitam berminyak. Malu tidak terkata. Sudahlah dia baru siap menyediakan bahan dan belum mula memasak. Dia buntu.
Lonceng berbunyi menandakan sudah tamat waktu. Yani tersenyum senang. Shiela kelam-kabut kerana dia langsung tidak memasak apa-apa. Ketika para juri naik untuk merasa,Yani memandang Shiela dengan pandangan mengejek.
Kini tiba giliran Yani. Shark merasa masakkan sambal tumis udang yang disediakan Yani dengan tekun sekali. Dia memandang Yani dan tersenyum.
“Nice..awak berjaya masak makanan kegemaran saya.” Ujar Shark tanpa disangka. Shiela yang mendengar menjadi bertambah marah.
“Thanks.” Shark berlalu pergi. Ketika melintasi Shiela,wajah gadis itu langsung tidak dipandangnya. Lagi pula Shiela langsung tidak memasak jadi tiada sebab untuk dia berhenti di situ.
Setelah setengah jam menunggu,akhirnya pengurus acara naik ke atas pentas untuk mengumukan pemenang. Shiela kian resah kerana dia telah gagal di dalam pusingan bonus. Tetapi dia yakin Shark telah memberinya markah yang tinggi untuk menjadi juara.
“Baiklah,keputusan sudah ada di tangan saya. Sebelum itu diminta para puteri naik ke atas pentas dan juga ketua juri kita,Shark untuk menyampaikan mahkota,sijil dan juga sejambak bunga.” Semua peserta pusingan bonus naik ke atas pentas termasuk Shark. Mereka semua menanti dengan penuh gentar.
“Baiklah,seperti yang dinanti-nantikan, biar saya umumkan tempat ke-5 dan ke-4. Tempat ke-5 jatuh kepada...Kate dan ke-4 Maisara!!” tepukkan gemuruh namun kembali senyap. Mereka semua tidak sabar menanti pemenang tempat ke-3 ,naib ratu dan RATU !
“Seterusnya tempat saya ingin umumkan Naib Ratu kita terlebih dahulu..Naib Ratu jatuh kepada..Aryna!” semua bertepuk tangan. Gamat suasana. Shiela dan Yani saling berpandangan.
“Sekarang kita ketahui pula siapa RATU. Ini bermakna yang tidak disebut itu adalah pemenang tempat ke-3. RATU kita ialah...YANI !!!” kumpulan TyFanNyDa melonjak gembira. Begitu juga penyokong mereka. Shiela melopong tidak percaya.
Yani melangkah ke arah Shark. Shark tersenyum sambil mengucapkan tahniah. Takhta RATU diletakkan di atas kepala Yani. Shiela berlari ke arah mereka namun belum sempat sampai,dia telah terjatuh akibat tersadung wayar microphone. Semua yang ada mentertawakannya. Dia terus berlari turun pentas.
Tetapi yang menghairankan,Shark langsung tidak bertindak apa-apa tetapi sebaliknya dia mengambil microphone.
“Ehem..maaf semua,di sini saya ingin membuat pengumuman. Mulai hari ini saya dan Shiela sudah tiada apa-apa. Dan,saya juga ingin mengambil kesempatan untuk melamar RATU kita sebagai teman wanita baru saya. Yani,sudikah awak menjadi teman wanita saya??” Yani menjadi kelu apatah lagi ketika itu banyak mata memandangnya. Dia memandang ke arah rakan-rakannya dan ke arah tempat duduk Dany. DANY!?
Dia melihat sekeliling untuk mencari kelibat Dany namun tidak ditemui. Dia memandang rakan-rakannya semula. Dalila memberi isyarat Dany telah pergi. Yani semakin terhimpit. Dia memandang Shark dan tersenyum tawar.
“Maaf,saya tak dapat menerima awak. Memang sepatutnya seorang ratu itu memerlukan rajanya. Tetapi,awak bukanlah lelaki yang saya ingin menjadi raja untuk saya. Saya dah jumpa dengan lelaki yang betul-betul sesuai menjadi raja saya. Lelaki yang sentiasa ada bersama saya. Maaf sekali lagi.” Shark mengeluh hampa setelah mendengar kata-kata Yani. Dia tersenyum hampa.
Tanpa membuang masa,Yani berlari turun pentas untuk mendapatkan kumpulannya.
“Dany mana?” soalan pertama yang di ajukan.
“Dia terus keluar lepas Shark lamar kau tadi..” tanpa mendengar kata-kata seterusnya daripada Dalila,Yani terus berlari keluar.
Dia mencari Dany keseluruh kawasan dewan namun tidak ditemui. Dia berjalan lagi dan kini tiba di pondok berhampiran dewan. Dia duduk seketika untuk melepaskan lelah. Kasut tumit tinggi ditanggalnya. Matanya melilau keadaan sekeliling dan kemudian pandangannya menangkap bayang Dany yang sedang duduk berseorangan di sebuah pondok lagi satu. Yani segera menghampir Dany tanpa memakai kasut. Kasutnya dipegang.
“Assalamualaikum..”Yani memberi salam. Dany yang tertunduk mendongak. Setelah melihat Yani yang datang,dia mengalihkan pandangannya.
“Kenapa kau tinggalkan dewan macam tu je?” Yani mengambil tempat di sebelah Dany. Dany tetap diam. Yani mencubit lengan Dany supaya lelaki itu bersuara. Dany mengaduh.
“Sakit! Buat apa aku ada dekat dalam lama-lama. Sakit hati je.” Suara Dany seperti merajuk yani tergelak lucu.
“Kenapa sakit? Kau suka aku ya?” Yani cuba menguji Dany. Dany menggeleng. Tetapi akhirnya mengaku setelah diugut akan dicubit lagi.
“Kenapa tak cakap dari awal?”
“Buat apa..lagipun kau sekarangkan dah dengan Shark.”
“Mana ada! Aku tak terima dia..”
“Hah?! Kenapa?” ternganga Dany mendengar. Dia tidak percaya.
“Sebab..dia bukan lelaki yang sesuai jadi raja untuk aku!”
“Habis siapa yang sesuai kalau bukan dia?” Dany tidak sabar menanti.
“Kura-kura dalam perahu,pura-pura tak tahu. Kaulah orangnya..” Dany sekali lagi terkejut.
“Hah?! Betul ke??” Yani mengangguk. Dany bangun dan melompat.
“Nanti dulu. Belum declare lagi. Hrm..Dany,mulai hari ni sudi tak kau jadi raja untuk aku?”
“Setuju! Aku akan jadi raja yang setia kepada ratunya.”
“Betul ni?” Dany mengangguk. Mereka ketawa seronok. Siapa sangka gadis yang lebih biasa mendiamkan diri boleh menjadi RATU dan lelaki biasa boleh menjadi RAJAnya. Kini Sekolah Menengah Dato’ Haji Talib telah menemukan RATUnya sekaligus menemukan RAJAnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan