20 JANUARI 2011
Demi persahabatan,
Hati dan perasaan sanggup dikorbankan.
Demi cinta,
Nyawa digadaikan.
Sesungguhnya itulah yang aku rasakan saat ini. Menanti yang tak pasti. Memang sukar bila jatuh cinta kepada sahabat sendiri. Rasanya sungguh SAKIT!
Bertambah sakit bila mengetahui dia memilih yang lain. Semalam Hakim mengkhabarkan dia telah ‘rasmi’ bersama Marina. Hati aku sakit sangat. Bagai disiat-siat dengan pisau belati. Tetapi,aku belagak biasa..siapa kata aku tiada rasa. Hanya TUHAN yang mengetahui. Aku ngadu perkara ni dekat Salina,Salina cakap dia dah tak tahu macam mana lagi nak pesan dekat aku yang sememangnya ‘keras kepala’ untuk melupakan Hakim. Sudah cinta,apa boleh buat.
Penat rasanya mengejar bayang-bayang Hakim yang entahkan ya,entahkan tidak aku dapat memiliki.
Sampai sini je dulu aku membuat catatan kerana mama dah panggil. Seeya!
Raisa menutup diarinya sebelum melangkah keluar bilik. Suara mamanya kedengaran lagi. Dipantaskan pergerakkannya.
“Mama!” Raisa memeluk mamanya erat dari arah belakang. Puan Habib merenggangkan pelukkan anak gadisnya sebelum memandang sambil mencekak pinggang.
“Mana Rai pergi? Penat mama jerit memanggil.” Puan Habib mula berbicara. Raisa tersengih.
“Sorry..Rai tengah buat aggsiement tadi. Sorry ya mama?” Puan Habib hanya menggeleng.
“Kalau ye pun,takkan sampai tak dengar mama panggil. Ish,budak ni..dah mari makan. Lepas makan,mama nak bagi Rai makan ubat.” Raisa menurut arahan mamanya.
“Ma,papa mana?” Raisa bertanya setelah perasan bayang papanya tidak kelihatan.
“Papa ke surau. Ada tahlil.” Pendek saja jawapan diberi. Puan Raisa mencedokkan nasi ke dalam pinggan anak bongsunya itu. Dia hanya mempunyai dua orang saja anak. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Yang lelaki,Ashraf telah bekerja dan tinggal bersama temannya.
“Ma,boleh Rai tanya tak?” Raisa menyambut pinggan yang berisi nasi kepadanya. Puan Habib duduk menghadapa anaknya.
“Tanyalah.” Raisa membetulkan kedudukannya.
“Kenapa Rai kena makan ubat? Tak boleh ke kalau tak makan?” Raisa menjadi serba salah menanyakan soalan yang dia sudah pasti jawapannya. Puan Habib merenung anaknya.
“Kenapa Rai tanya macam tu?” soalan dipulangkan kepada Raisa.
“Rai dah tak larat nak makan ubatlah mama. Penat!”
“Rai tahukan ubat tu jelah pertahanan Rai sekarang. Mama pun tak sanggup tengok anak mama makan ubat itu,ini.”
“Kalau macam tu,Rai tak payah makan ye? Lagipun ajal maut ditangan tuhan.” Dengan selamba Raisa menjawab. Tubir mata Puan Habib mulai basah.
“Rai takkan pernah faham perasaan mama. Mama tak nak kehilangan Rai. Walau macam mana sekalipun,Rai kena makan ubat! Faham?” Puan Habib menegaskan suaranya. Raisa menjadi sebal. Bukan kerana mamanya memaksa dia makan ubat tetapi kerana dirinya yang menghidap barah hati. Sudah lama menanti penderma tetapi masih belum ditemui. Raisa segera bangun dan melangkah masuk ke biliknya.
“Raisa! Makan dulu..” panggilan mamanya tidak dihiraukan. Dia masuk dan terus mengunci pintu. Dia duduk berteleku di atas katil. Air mata mulai mengalir. Di saat itu,terbayang wajah-wajah teman-temannya,keluarganya dan Hakim. Dia menangis sepuas-puasnya.
“Aku akan mati tak lama lagi..” suara Raisa diselangi dengan tangisannya. Dia teringat tentang hatinya yang parah. Bukan sekadar parah kerana barah,tetapi juga parah kerana cinta dan pengorbanan.
Dia akhirnya berbaring setelah penat duduk. Entah bagaimana,Raisa terlena bersama linangan air mata.
Dadanya sesak mengatur nafas. Dia berlari-lari mencari jalan keluar. Kiri,kanan,depan,belakang,atas,dan bawah semuanya putih. Dia keliru. Bila berlari,dia masih di tempat yang sama. Dia berhenti berlari dan meraung meminta tolong. Tetapi yang diterima adalah gema suaranya.
Raisa terjaga dari mimpi itu. Dia beristighfar dan meraup mukanya. Inilah padah jika sebelum tidur tidak menunaikan solat. Dia melangkah bangun hendak ke bilik air. Belum sempat dia membuka pintu,dadanya terasa sakit sangat. Dia cuba memanggil mama dan papanya,tetapi tidak terdaya.
Tiba-tiba dia jatuh terduduk. Dia cuba bangun untuk mencapai tombol pintu. Saat itu rasa sakit semakin menyengat. Akhirnya dia rebah tidak sedarkan diri.
“Raisa..Raisa,bangun nak..” sayup-sayup kedengaran suara Puan Habib memanggil Raisa. Perlahan mata dibuka. Dia memerhati sekeliling. Keadaan itu asing sekali. Dia melihat kiri dan kanannya. Di kirinya mama dan papanya sudah berdiri dan di kanannya pulan Ashraf dan Salina. Dia tersenyum pahit. Perlahan dia cuba bangun dari pembaringan. Puan Habib mencegahnya.
“Jangan banyak bergerak Raisa,kau tak boleh banyak bergerak.” Salina bersuara. Raisa memandang wajah temannya dalam.
“Kenapa Raisa dekat hospital?” Raisa bertanya. Dia tahu dia di hospital kerana dia bukanlah di bawah sedar.
“Raisa pengsan. Tulah,mama dah suruh Rai makan ubat malam tadi tapi Rai terus lari masuk bilik. Inilah padahnya.” Puan Habib membebel.
“Sudahlah tu..awak ni pun. Anak kita baru je sedar awak dah membebel. Bagi budak ni rehat dulu.” Encik Syakir mencelah.
“Macam mana saya tak membebel,awak sendiri tengok keadaan dia sekarang. Awak ni,malam tadi saya cerita dekat awak,awak ambik endah tak endah je. Tak fikir risiko Rai ni.” Puan Habib bertambah rancak membebel.
“ Mama,papa..sudahlah tu. Adik ni belum betul-betul sembuh. Bagilah dia rehat dulu.” Ashraf cuba meredakan keadaan yang tegang.
“Adik,lepas ni abang tak nak adik buat perangai macam ni lagi. Tengok apa dah jadi. Dah sekarang adik rehat,kami akan keluar.” Ashraf mengajak mama dan papanya keluar. Begitu juga Salina. Namun,belum sempat Salina keluar,Raisa telah memanggil.
“Ina,kau ada beritahu Hakim ke pasal ni?” Raisa mula bertanya. Salina menarik kerusi dan duduk di sisi katil Raisa.
“Tak. Aku tahu kau mesti tak nak Hakim tahu.”
“Baguslah..”
“Raisa,sampai bila?”
“Sampai bila apa?” Raisa pura-pura tidak mengerti. Salina mengeluh.
“Sampai bila kau nak sorokkan penyakit kau? Kau dah banyak menderita.”
“Sampai..sampai aku mati mungkin.” Salina terpana dengan jawapan Raisa.
“Jangan kau sebut pasal mati kalau kau tak tahu apa rasanya.”
“Aku serius..lebih baik Hakim tahu segalanya selepas aku mati. Masa tu mungkin dia akan perasan begitu banyak pengorbanan aku untuknya.”
“Dan kemudian dia pula menderita? Macam tu? Terus menerus dihimpit rasa bersalah?” Salina cuba menduga Raisa. Raisa cuma terdiam.
“Aku tahu,demi persahabatan dan cinta kau sanggup berkorban. Tapi perlu ke sampai membunuh jiwa kau sendiri?”
“Aku tak pernah rasa macam tu..tapi aku rasa yang sebaliknya. Seronok kerana aku adalah salah seorang pencinta yang setia.” Raisa tersenyum pahit.
“Penat aku cakap dengan kau. Apa benda kau tak nak dengar. Dahlah,aku mintak diri dulu. Hari ni keluarga aku balik kampung,jadi tak ada siapa dekat rumah. Aku balik dulu.” Salina memeluk Raisa sebelum berpisah. Raisa akhirnya termenung sendiri.
Salina mematikan taliannya bersama Hakim sebentar tadi. Dia sedang duduk santai di Summer Cafe. Dimintanya lelaki itu datang segera mungkin kerana dia rasakan,harus Hakim tahu keadaan Raisa yang sebenar.
30 minit kemudian bayang Hakim kelihatan. Hakim tersenyum sebelum menarik kerusi dan duduk berhadapan Salina.
“Kau nak minum?”
“Boleh jugak.” Hakim memanggil pelayan dan memesan minuman. 10 minit kemudian minumannya tiba.
“Apasal kau lambat?”
“Kau ingat KL ni sunyi sepi? Apalah kau..sesak kot. Lagipun tadi aku ada ‘kelas’.”
“Huh! Kelas? Kelas berasmara dengan Marina budak law tu?” Hakim mengerut dahinya bila mendengar suara Salina yang seakan-akan menyindirnya.
“Kenapa dengan kau? Aku tak kacau kau pun.”
“Aku pun tak kacau kau. Tapi tu lah, orang kalau dah mabuk cinta,kawan sendiri merana pun tak tahu.”
“Apa maksud kau?” Hakim tertanya-tanya maksud sebenar Salina.
“Kau perasan tak suasana sekarang? Takkan kau tak rasa macam kosong je..” Salina menanti jawapan. Hakim terdiam berfikir.
“Ada..aku rasa dah jarang nampak Raisa. Haa..mana dia?”
“Baru kau nak tanya pasal dia? Kim,Raisa dah tak lama..bila-bila masa je dia akan pergi tinggalkan kita semua.”
“Apa maksud kau? Kau ni banyak sangat berteka-teki dengan aku.”
“Aku nak jumpa kau ni pun sebab Raisa.”
“Kenapa dengan Raisa?”Hakim mula panas punggung.
Dada Raisa kembali sakit. Kali ini lebih sakit. Mujurlah saat itu ada seorang jururawat masuk untuk menghantar makanan. Dia kelam-kabut melihat keadaan Raisa. Dia segera memanggil Dr.Aisyah.
“Nurse,tolong ambikkan bantuan pernafasan.” Arah Dr.Aisyah. keadaan semakin rumit. Bantuan pernafasan diberikan. Setelah setengah jam berusaha,dia gagal. Raisa telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 2.30 petang.
Puan Habib meraung menatap tubuh kaku anaknya. Dia seakan tidak percaya dengan apa yang berlaku. Menurut Dr.Aisyah,hati Raisa sudah tidak dapat bertahan. Barahnya mula menular ke sistem pernafasan.
Tika itu,Hakim menyerbu masuk dituruti Salina. Langkah Hakim mati melihat apa yang didepannya. Ashraf menyatakan Raisa telah pergi. Hakim terduduk. Ingatannya berputar dengan kata-kata Salina.
“Raisa sakit Kim. Dia menghidap barah hati sejak 3 tahun yang lalu. Dia tak izinkan aku beritahu kau. Tetapi,aku dah tak sanggup tengok dia menderita dan aku terpaksa beritahu kau. Buat pengetahuan kau jugak,Raisa cintakan kau. Cinta dia cinta mati! Dia sanggup korbankan segalanya demi cinta dan persahabatan..” Suara Salina tenggelam bersama sebak. Hakim tergamam.
“Kenapa..kau tak bagitahu dari awal? Mana dia sekarang?!”
“Dia ada di hospital sekarang. Keadaannya semakin tenat..” belum sempat Salina menghabiskan kata,tangannya ditarik Hakim. Hakim meletakkan not RM10 di atas meja. Dia harus segera ke hospital untuk menemui Raisa.
Dan kini,dia hanya sempat melihat tubuh kaku Raisa. Rasa serba salah menghimpit diri. Tangisannya sayup-sayup kedengaran. Salina juga tidak dapat menahan air matanya. Hakim bangun dan mendekatkan dirinya dengan Raisa yang sudah tidak bernyawa. Air mata seorang lelaki yang selama ini dikatakan gagah gugur juga.
“Raisa Atikah,maafkan aku..”ucap Hakim penuh kekesalan. Kini segalanya telah berakhir. Perjalanan hidup Raisa hanya digelung perasaan cinta yang tidak kesampaian. Dan Hakim benar-benar menyesali kerana tidak pernah memandang Raisa yang selama ini selalu ada untuknya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan