Dah melepuh jarinya menekan nombor. Bayang yang dicari masih juga tidak kelihatan. Fatih duduk berpeluk tubuh sebuah meja yang terletak disudut kegemaran dia dan rakan-rakannya. Mujurlah kafeteria di kolej mereka pada hari itu tidak dipenuhi dengan para siswa dan siswi di situ. Kalau tidak,bertambah kusut kepalanya.
Dia menyisip jus orennya. Sudah setengah cawan. Sedang dia sibuk membelek telefon bimbitnya, bayang seorang gadis melintas di hadapannya dan duduk bertentangan dengan mejanya. Bagai tarikkan magnet,mata Fatih terus melekat pada gadis itu. Gadis itu bukanlah gadis seksi yang memakai pakaian yang mendedah aurat. Tetapi gadis itu bertudung litup.
Gadis yang bekulit sawo matang dan mengenakan sepasang baju kurung kuning air dengan tudung yang senada dengannya direnung. Entah angin apa,bagai ada satu perasaan aneh meresap ke dalam jiwanya. Setiap gerak-geri gadis itu diperhatikan.
“Oit!” Fatih tersentap apabila bahunya ditepuk kasar. Dia mengerutkan dahinya dan menoleh ke belakang. Irfan dan Qistina sudah di belakangnya. Fatih merenggus marah lantas kembali menoleh ke arah meja di mana gadis yang bertudung itu duduk. Malangnya gadis itu telah hilang.
Irfan yang perasan dengan tingkah Fatih segera duduk di depan lelaki itu bersama di sisinya Qistina.
“Kau cari siapa hah!?”
“Eh,kau nampak tak perempuan yang duduk meja depan ni tadi?” soal Fatih. Matanya masih mencari-cari bayang gadis itu.
“Perempuan? Apa kau merepek ni? Tak perasan pun aku ada perempuan duduk meja depan meja kita ni. Kau ni day dreaming ni. Kau ingatkan dekat siapa hah!? Anna atau Diana?” tanya Irfan. Sesekali dia memandang Qistina.
“Ada lah..perempuan ni duduk depan meja ni tadi. Jangan nak masukkan nama mereka boleh tak? Aku tengah serius ni.”
“Fatih, aku pun tak perasanlah ada perempuan duduk depan meja ni tadi. Kau ni biar betul. Siapa yang kau nampak tu?” ujar Qistina. Serta merta bulu romanya tegk berdiri. Dijelingnya Irfan.
“Susahlah korang ni. Dah lah aku blah dulu!” Fatih segera bangun dan berlalu pergi. Irfan dan Qistina saling berpandangan keliru.
“Balqis,tunggu!!” Seri berlari-lari anak mendapatkan Balqis. Langkah Balqis terhenti setelah namanya dilaung. Dia menoleh ke arah kawan baiknya yang tercungap-cungap mengejarnya. Balqis tersenyum.
“Nah,ni ada lagi kad daripada peminat awak. Kali ni daripada Darwish.” Seri menghulurkan sekeping kad kepada Balqis. Balqis menggeleng dan menolak lembut.
“Lah,kenapa pulak?”
“Macam biasa,awak tolong simpankan. Suatu hari nanti baru saya baca.” Ujar Balqis mula mengatur langkah. Seri menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Awak ni peliklah Balqis. Pada pandangan saya,awak tak pernah cakap dengan lelaki yang bukan mahram awak. Lepas tu memandang wajah lelaki pun awak elakkan. Kalau boleh,tu muka awak pun awak tak nak ada lelaki tengok. Kenapa ye?”
“Sebab nanti awak akan tahu kenapa saya buat semua tu. Tapi,bab memandang wajah tu saya boleh bagi jawapan. Jawapannya simple je. Saya tak nak mengundang kemaksiatan. Bukankah jika seseorang lelaki itu bertentangan mata dengan seseorang wanita itu dikira zina. Kecantikkan boleh membawa ke arah kemaksiatan begitu juga dengan kekacakkan. Jadi,saya nak biarlah orang mencintai saya bukan kerana paras rupa. Tetapi biarlah kerana Allah.” Jawab Balqis tersenyum manis. Seri begitu kagum dengan Balqis. Ternyata masa kini masih ada gadis yang menitip beratkan agama Islam.
Malam itu,Fatih langsung tiada mood untuk keluar bersuka-ria dengan kawan-kawannya mahupun gadis-gadis yang mudah menyerah kalah kepadanya. Dia masih didatangi dengan bayang gadis misteri siang tadi. Dia sendiri tidak tahu kenapa kerana gadis itu,konsentrasinya sering terganggu. Apakah dia sudah jatuh cinta? Ah tak mungkin! Aku selalu jatuh cinta. Mungkin perasaan ni biasa-biasa saja. Nafi Fatih di dalam hati. Namun dia hairan mustahil perasaannya biasa-biasa saja. Dia tidak pernah berperasaan seperti ini. Memandang gadis itu membuatkan hatinya yang geram kepada Irfan siang tadi menjadi tenang.
Dia terganggu dengan deringan telefon bimbitnya. Tertera nama Irfan di skrin telefonnya. Dengan malas dia menjawab.
“Hrm..helo.”
“Helo,bro kau dekat mana hah!? Tak nampak pun batang hidung kau dekat kelab.” Ujar Irfan.
“Aku tak keluarlah malam ni..”
“What? Gila memang kau rugilah aku cakap. Dekat sini ramai awek baru. Cun gila.”
“Tak apa lah kau sorang je lah telan. Aku banyak aggsiement nak kena buat.”
“Hah?! Satu lagi kejutan.. Fatih Asyrawi buat aggsiement? Bro,sejak bila weyh?” kedengaran gelak tawa Irfan di corong telefon.
“Tak payah lah kau tahu.”
“Eleh..kau ingat aku bodoh ke? Woi,ni mesti kes awek yang kau cari-cari siang tadi kan? Kau ni kenapa? Tak pernah-pernah angau tetiba angau,apa cerita?”
“Mana ada..”
“Nak bohong lagi. Sudah lah kau. Eh,cun sangat ke awek tu? Nanti kalau dah dapat jangan nak makan sorang. Ajak member sekali.” Sakat Irfan.
“Dia bukan macam perempuan yang kau heret ke hulu ke hilir tu. Dia ni bertudung dan..”
“Weyh,kau ingat awek bertudung ni baik ke? Belum tentu bro..”
“Tak..yang ni aku yakin dia baik sebab time aku tengok dia rasa tenang je. Aku nak marah kau tadi pun tak jadi lepas tengok muka dia.” Terang Fatih apa yang dirasakannya.
“Yeke? Ermm..siapalah agaknya ye? Okaylah bro..nanti kita cerita lagi. Bye.” Talian dimatikan. Fatih duduk termanggu di atas katilnya. Dia akhirnya mengambil keputusan untuk tidur.
Awal-awal lagi Fatih sudah sampai ke tempat yang sama di mana dia melihat gadis misteri itu. Dia berharap gadis itu akan datang lagi. Sudah hampir sejam dia menunggu namun bayang gadis itu masih belum kelihatan. Dia hampir berputus asa. Ketika dia sedang berkira-kira untuk pulang, gadis yang dinantinya mucul juga. Kali ini dia tidak keseorangan. Fatih segera menghayun langkah mendekati gadis itu.
“Err..Hai!” tegur Fatih teragak-agak. Balqis dan Seri berpandangan.
“Ehem..Assalamualaikum.” Seri menghulurkan salam. Fatih jadi malu sendiri sementara Balqis cuma diam.
“Wa..Waalaikumussalam..” tergagap-gagap dia menjawab salam.
“Kenapa ye awak ni halang jalan kami?” Seri bertanya kerana dia tahu sudah pasti Balqis tidak akan bersuara.
“Maaf ye. Saya hanya nak berkenalan dengan kawan awak ni. Siapa nama?” Fatih memandang Balqis yang menundukkan wajahnya seperti mengelak daripada dilihat.
“Erm..kami dah lambat. Lain kali ye.” Seri menarik Balqis untuk pergi tetapi mereka dihalang.
“Saya nak tahu nama dia je.. tolonglah.” Rayunya. Balqis memandang Seri dan akhrinya mengeluarkan sebatang pen dan sehelai kertas. Dia menulis sesuatu sebelum dihulur kepada Fatih. Fatih hairan mengapa gadis itu tidak bersuara. Dia menyambut kertas yang dihulurkan gadis itu. Ketika Fatih sedang membaca tulisan yang tertera di kertas itu,Seri dan Balqis segera berlalu.
“Eh..” Fatih terdiam tidak sempat menghalang. Dia memandang dua gadis itu dari jauh. Di bibirnya terukir senyuman.
“Puteri Balqis..” nama itu meniti di bibirnya.
“What? Hahaha..kau ni dah tukar taste ke ?” Perli Irfan setelah mendengar cerita Fatih. Hati Fatih mendonggol geram.
“Apa masalah ke dengan perempuan bertudung? Nanti,aku nak cari bini pun perempuan yang berpegang kepada agama Islam.” Ujar Fatih. Jauh di corong telefon kedengaran lagi suara Irfan tertawa.
“Itu aku tahu..maksud aku yang..hahaha”
“Yang apa?”
“Yang bisu tu..”
“Mulut kau ni memang tak ada insuran lah bro..aku tak cakap pun dia bisu. I just tell that she doesn’t answer me with voice. Faham tak? Tak bererti dia bisu. Mana tahu kot-kot dia malu.” Ujar Fatih.
“Okey..jadi,apa kau nak buat sekarang?”
“Haa..macam ni lah! Aku nak mintak kau tolong cari maklumat tentang dia. Boleh?”
“Gila? Kau yang minat dia aku yang kena.. apa punya lelaki lah kau ni.
“Kau cakap orang je lebih. Tolonglah. Seminggu aku belanja kau makan dan minum. Amacam?”
“Erm..okey. Bila kau nak maklumat dia?”
“Tonight!”
“Gila? Kau ni gelojoh gila bro..tak menyempat-nyempat. Kau ingat senang ke? Lagi-lagi awek yang low profile macam dia tu.”
“Kau buat je. Kalau tak nak tak apa aku offer dekat sesiapa yang berminat.” Selamba saja Fatih menjawab.
“Hrm..yela! Tapi aku tak janji. Kalau sampai pukul 12 aku tak call, maknanya aku tak dapat lagi.” Irfan akhirnya mengalah.
“Bagus. Okeylah bro..aku ada hal nak kena buat. Jangan lupa permintaan aku tu.” Akhirnya panggilan diakhiri. Fatih tersenyum lega kerana sebentar lagi dia akan mengetahui siapa Balqis. Senyuman masih terukir.
“Puteri Balqis..huh! Tak lama lagi aku akan dekati kau.” Fatih sudah merangka-rangka rancangan untuk mendekati Balqis.
Fatih tersenyum-senyum sendiri. Setelah Irfan menyatakan maklumat peribadi Balqis,Fatih sudahpun bersedia dengan rancangannya.
“Fatih,you mest be interest to hear this..”
“Apa?”
“Percaya atau tak,Balqis ni tak bisu..dan dia ni ramai peminat.”
“Wow! Lepas tu?” tidak sabar Fatih ingin mendengar maklumat lain.
“Tapi,dia tak bercakap dengan lelaki. Perangai dia,dia takkan benarkan lelaki melihat wajahnya dan mendengar suaranya.”
“Hah? Peliknya..” Fatih sudah menggaru kepala.
“Haha..tu lah. Okey aku dah bagi maklumat jadi pandai-pandailah.” Talian dimatikan.
Setelah mendapat berita itu,tidak lekang senyuman di bibir. Hari ini,dia sudah bersedia dengan senjatanya,kertas dan pen! Pen dan kertas itu tujuannya untuk berkomunikasi dengan Balqis. Sudah satu kolej dia mencari kelibat Balqis namun tidak ditemui. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk duduk di bangku yang berada tidak jauh dengan dewan kuliah jurusan Perundangan. Sedang dia melepaskan lelah,dia menagkap kelibat Balqis yang baru keluar dari dewan kuliah itu. Dia tidak sangka rupanya Balqis merupakan seorang pelajar jurusan Perundangan. Macam mana nak jadi lawyer kalau tak nak bagi orang tengok muka dia dan dengar suara dia? Hisy,pelik. Detik hati Fatih. Segera dia bangun untuk mendapatkan Balqis.
Dia menahan langkah Balqis. Terpinga-pinga gadis itu. Fatih mengisyaratkan supaya gadis itu tunggu sebelum dia menulis sesuatu dan kemudian menyerahkan kertas dan pen kepada Balqis. Balqis menyambut. Di bacanya dengan dahi berkerut tanpa memandang Fatih.
Assalamualaikum, saya Fatih Asyrawi.
Boleh kenal tak Cik Puteri Balqis?
Tersengih Fatih ketika melihat Balqis membaca. Entah bagaimana Balqis dengan mudah menerima salam perkenalan itu. Dia mula merasa lelaki di depannya adalah lelaki yang lain daripada yang lain. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia membuat telahan seperti itu.
Wa’alaikumussalam..erm,ikhlas ke awak?
Fatih mengerutkan dahi sebelum membalas.
Sumpah Cik Balqis! Saya benar-benar sukakan awak.
Balqis akhirnya memandang Fatih dan tersenyum. Dia berjalan meninggalkan Fatih tertanya-tanya. Fatih mengambil langkah seribu untuk mengejar Balqis. Apa yang dilihatnya,Balqis duduk di sebuah bangku di bawah pohon beringin. Fatih mendekatkan dirinya dan duduk di sebelah Balqis dengan jarak yang sedikit jauh. Dia menghulurkan kertas yang baru ditulisnya dengan ayat baru kepada Balqis. Balqis yang pura-pura membaca menyambut huluran itu.
Cik Balqis ni pelik.
Kenapa ya Cik Balqis tak nak bercakap dengan lelaki?
Balqis tergamam membaca. Dia tidak berani mengangkat wajahnya kerana dia tahu dia sedang diperhatikan.
Jangan panggil ‘cik’.
Saya hanya bercakap dengan lelaki yang..
Yang ingin mendekati saya kerana Allah..
Mengenali saya kerana Allah..
Dan mencintai saya kerana-Nya..
Tersentuh hati Fatih membaca. Balqis sudah bangun berura-ura mahu pergi namun sempat ditahan.
“Balqis,saya benar ikhlas ingin mendekati awak. Saya akui saya seorang yang jahil tetapi,saya akan cuba merubah diri kerana awak dan kerana Allah. Sejak saya nampak awak,saya mula terdetik untuk berubah. Saya mendekati awak kerana Allah..mengenali awak kerana Allah..dan mecintai awak kerana Allah.” Fatih menutur kata dengan ikhlas. Akhirnya wajah Balqis dapat juga dilihatnya. Balqis mengaku dia juga mula berasa sesuatu sejak bertemu Fatih tempoh hari. Balqis mencapai kertas di tangan Fatih dan menulis..
Saya memberikan awak satu peluang.
Agar dapat dibuktikan kebenarannya.
Jangan berdusta. Mungkin saya tidak tahu.
Tetapi Allah tahu.
Fatih tersenyum tika membaca. Dia bersyukur dan bertekad akan berubah. Segala yang haram akan ditinggalkan. Balqis melangkah pergi dan Fatih hanya membiarkan kerana kini tiada yang perlu dikhuatiri. Balqis menyambut salam cintanya,jadi gadis itu bakal menjadi miliknya.
6 tahun kemudian..
Fatih bersyukur kerana kini hidupnya bertambah bahagia. Kehadiran Balqis merubah segalanya. Dia kini telah berkahwin dengan Balqis di usia yang muda. Sudah dua tahu dia dan Balqis berkahwin dan kini dikurniakan dua orang puteri kembar,Puteri Khadijah dan Puteri Aisyah. Nama isteri-isteri baginda Rasullullah. Nama-nama itu dipilih sendiri oleh Fatih.
“Papa..Aisyah nak dukung.” Suara Puteri Aisyah memecah lamunannya. Dia tersenyum dan mendukung anaknya yang kini sudah berusia 3 tahun. Dia melihat si adik pula sudah didukung oleh Balqis. Fatih tersenyum lagi.
“Manja betul anak-anak papa. Tapi janji bila besar nanti jadi wanita yang hebat macam mama.” Ujar Fatih sambil melirik ke arah isterinya.
“Mesti..lah!” serentak kembar itu menjawab. Mereka jalan beriringan meninggalkan kawasan taman permainan itu. Setiap langkah yang diiring Fatih dan Balqis,adalah langkah cinta. Bukanlah langkah cinta yang berdasarkan nafsu tetapi cinta kerana Allah.

What casino games do you play? | Dr.MD
BalasPadamWhat are the 포항 출장안마 best games and how many paylines do 태백 출장샵 they need? · 1. 진주 출장샵 Mega Fortune · 2. Dragon Tiger · 3. 목포 출장샵 Super Fortune 인천광역 출장마사지 · 4. Mega